Tarbiyah Ramadhan

Telah 4 hari syawal dilalui. bermakna telah 4 hari ramadhan ditinggali. tatkala ini, sejauh mana tarbiyah ramadhan masih hidup dalam dalam diri kau? sejauh mana ruh bulan penuh rahmat itu masih kekal dalam hati kau? perlu muhasabah diri. supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang mendapat celaan Allah, Nabi, dan para Malaikatnya.

Jangan cemari syawal al-mubarak dengan maksiat!

itu nasihat kepada diri aku sendiri. dan kepada kau yang terbaca jugaklah! sebelum apa2, kau perlu fahami maksud mubarak itu dulu! bukan sekadar ucapan di bibir. Eid Mubarak! berjuta orang menyebutnya. kau yang bajet kunun nak up sikit pun gune ucapan Eid Mubarak. padahal kau tak faham pun maksud mubarak tu. kalau kau faham pun, belum tentu kau hayati.

Mubarak, asal perkataan daripada barak iaitu barakah atau berkat dalam bahasa kita. dan “mu” di depan menunjukkan imbuhan pelaku atau penyampai. yang secara lebih kurangnya, mubarak membawa erti, pembawa berkat. macam jugak ‘allim yang bermaksud belajar, mu’allim menjadi pengajar. maafkan aku kalau salah. dah lupe bahasa arab sebab dah lame sangat tak revise.

so, berkenaan Aidilfitri Pembawa Berkat ini, akan hilang segala nilai, tujuan serta matlamat aidilfitri itu seandainya kau penuhi dengan maksiat. Sememangnya, syawal yang kita sambuti sangat jauh daripada syiar Islam, bahkan ia mampu mengundang murka Allah 24/7. tak percaya?

1. syawal menjadi medan kau bermegah-megahan. dengan segala serba serbi baru, dari langsir ropol2, ke seluar dalam pun nak ropol2, semua kau ganti baru! dengan itu, wujudlah riak, ujub, takabbur dalam diri. tak betul ke?

2. syawal menjadi medan pembaziran. berbelanja tak ingat dunia semata-mata untuk kepuasan nafsu diri. untuk tampak cantik di mata manusia, kau berhabisan dalam segala macam benda. daripada makanan, pakaian, hiasan rumah, hiasan kereta, alat solek.. macam2 kan! kenape tak berhabis-habisan dalam merebut berkat Ilahi?

3. syawal menjadi medan maksiat pakaian. pecahan yang paling pelbagai. baju siapa lebih ketat, baju siapa lebih seksi, baju siapa lagi nampak buah dada besar, baju siapa lagi nampak tough, kain siapa belah lagi tinggi, seluar mana nampakkan kau ade class, segala macam fesyen ade. kebaya ketat punggung puing, jeans skinny ketat gile babi, baju kurung jarang sampai nampak dalam, baik2 ramadhan pakai tudung, masuk raya tayang fesyen rambut raya pulak, dan macam2 lagi. ini hakikat! inikah Eid Mubarak yang kau katakan??

4. syawal menjadi medan maksiat salaman sesama bukan mahram. benda ni bukan benda baru. dah tak perlu nak ungkit sepatutnya. tapi asbab insan itu sifatnya pelupa, perlu sentiasa diingatkan. kepada diri sendiri terutamanya. sukarnya nak elak maksiat yang satu ni kan! tapi usahalah! rata-rata tahu, bersentuhan lelaki perempuan ajnabi hukumnya haram. tapi, sejauh mana kau amalkan ilmu yang kau ade? kawan2 kakak kau, kawan2 adik kau, kawan2 abang kau, kawan2 bapak kau, kawan2 mak kau, bapak kawan2 kau, mak kawan2 kau, semua yang kau boleh nikahi, bilamana mereka sua tangan untuk disalam, tolonglah, jangan perkecilkan soal halal haram. selamat beramal!

5. syawal menjadi medan maksiat couple. ramadhan dah cukup cantik kau tak keluar berdating, tidak berjumpa kerena menghormati kesucian ramadhan. tarbiyah ramadhan yang diharap kekal, terputus di awal syawal. mula berdating kembali, berjalan berduaan naik kereta jalan jauh2, berpimpin tangan, ade lagi yang terpaksa bermalam kat rumah pasangan kau pulak.. jelas tak lagi??

kalau nak senarai semua, banyak gila kot. kau boleh fikir sendiri! aku menulis untuk peringatan diri sendiri. kau pun tahu aku tidak baik mana. tapi aku sentiasa berharap, aku mampu berubah, untuk menjadi anak yang soleh, untuk menjadi suami yang soleh, untuk menjadi bapa yang soleh, semata-mata kerana Allah s.w.t. dan aku berharap, kau yang membaca pun sentiasa pasang harapan yang lebih baik.

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ

Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(16:128)

aku sentiasa ingatkan sahabat-sahabat aku, kalau hari ni aku mampu bercakap tentang Islam dan Iman, esok lusa belum tentu. tatkala tu, tolonglah tegur aku! aku perlukan sahabat yang sentiasa tegur salah silap aku. dan mungkin suatu hari nanti, aku harap, bila anak aku terbaca blog ni, kalau aku ade lakukan kesilapan time tu, dia pun mampu tegur aku.

Eid Mubarak!



 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: