Archive for August, 2009

sentiasa menjadi diri kau

Posted in otak lalala kata with tags on August 2, 2009 by sinyu lalala

mase aku balik malaysia yang lepas (awal tahun ni), aku dikejutkan dengan dua trend baru.

1st, shuffle. macam gampang trend ini. aku tak tahu kat mane kacak die shuffle itu. kau terkinja2 dengan kaki ke sane ke mari sesuka ati kau. aku bukannye anti trend. tapi aku realistik terhadap sesuatu trend. ini macam kera kena sawan, kau terkinja tanpa arah tuju. ok la, aku boleh terima dengan anggap ia satu senaman walaupun ianya agak macam syial. aku tak paham ape yang kau perjuangkan. kacak sangatkah kau dilabel budak shuffle? kalau kau bermuka bandar, tampak moden, memang layan electronic music, aku boleh consider jugakla. tapi kalau kau bermuka kampung, (lagi2 kalau kau budak kampung aku), sumpah kau layan lagu rock kapak, tapi kau nak berimej bagai kau budak shuffle, mungkin untuk dapatkan gadis bandar, aku memang sumpah geli dan akan memaki kau sedaya upaya.

2nd, trend lambakan di pasar malam & bus stand baju tulis besar2 “Saya Sayang Mak Saya”, “Awak Tak Perasan Saya Sebab Awak Perasan Awak Cantik”, “Apa Pandang-Pandang Kalau Suka Cakap Suka”. aku tak kisahla kalau kau nak pakai baju ala2 indie begini. tapi yang aku panas ati bila kau pakai baju “Saya Sayang Mak Saya”, tapi hakikat sebenarnya, kau betul2 sayang ke? setakat kau ingat kat mak kau, kau fikir itu sayang? mak kau pesan kau jangan tinggal sembahyang, bukan setakat kau tertinggal satu dua sembahyang, malah kau tak sembahyang pun. kau tak amik kisah pasal sembahyang, dan pastinya, bile masa kau doakan kesejahteraan, kesihatan, panjang umur mak kau? lepas sembahyang la mase kita biasa doa, at least kalau kau sembahyang, sehari 5 kali kau doakan mak ayah kau. kau kata sayang mereka kan? aku tidak kisah kepada kau yang pakai baju “Saya Sayang Mak Saya” dan betul2 menghargai mak kau sebenar-benarnya. yang mak kau pinta adalah doa, takde mak kau terhegeh2 mintak kau pakai baju tulis kau sayang mak kau, tapi perangai macam saitan.

yang aku cume nak sampaikan kat sini cume, kau kena realistik dengan ape yang berlaku di sekeliling untuk kau terima pakai. tengok diri kau sendirilah.. contohnya, untuk tampak kacak, trend common adalah dengan memiliki DSLR. kalau kau pencinta fotografi, memang aku salute. ke mane2 dengan SLR untuk mendapatkan shot menarik. aku suke dan respek itu. tapi kalau kau hanya sekadar poser, ke sunway pyramid, ke central market, ke uptown pun kau bawak SLR hanya untuk nampak kacak demi mengikut trend, kau memang bangang. jadilah diri kau sendiri. aku balik malaysia lepas ni ape pulak trend baru yang berkembang agaknya.

Advertisements

bau ketiak macam haram

Posted in otak lalala kata with tags on August 1, 2009 by sinyu lalala

syukur Alhamdulillah aku dah settle exam yang gile banyak tak ingat. memang spanjang bulan 7 lepas agak tensi dengan exam. time kasih sangat2 kat member2 yang banyak tolong ajar, bagi semangat, bagi tumpang rumah study, dan segala2 la. time kasih kat moll, zaim, amir, ito,  yone, syun, aoki, din, arip, barak, bad, ayam, kamoda, ichimura, yukari, nacchan etc. tak sabar nak balik mesia ni weh!!

macam yang ade dekat tajuk tu, aku nak tulis pasal bau ketiak macam haram yang dimiliki oleh naoto, member jepun aku yang bukan member baik aku. gile macam syial aku cakap die punye bau ketiak. dem aa.. sory a entri ni agak memualkan. tapi aku dah tak boleh tahan igauan bau syial tersebut.

ade sekali, aku duduk belakang die kat kelas continuum mechanics. pemandangan depan memang meloyakan tekak aku. die dahla pakai baju sleeveless, bulu ketiak panjang gaban lebih 2 inci, lebat macam kebun sawit. aku tak kelentong ni weh! bau memang gampang gile lah.. aku tapis bau tu dengan aku hidu bau jam aku, bau buku, bau baju aku.. pun tak dapat tandingi bau haram tu..

sekali lagi rabu hari tu aku duduk belakang die time exam specific english. nasib baikla exam english je..kalau tak, lingkup aku. tak tenang gile jawab exam , pemandangan same, baju sleeveless, bulu ketiak memanjang lagi, mungkin 2 inci setengah. bau pulak, semakin macam syial. aku 3 4 kali nak termuntah. dem!! aku loya gile gaban. aku buat style same dengan menapis bau tersebut dengan menghidu jam aku, bau kertas exam.. pun tak mampu lagi..

fakta yang kau orang perlu tahu sebelum berangan2 nak kahwin dengan lelaki jepun..

  • mereka tidak pandang bulu ketiak panjang sebagai sesuatu yang memual atau menggelikan. mungkin itu kacak bagi mereka. tapi kalau dah bau macam syaitan tu potong ke cukur la weh! panas ati aku..
  • bukan bulu ketiak sahaja, malah bulu2 lain juga. aku tidak bercakap lucah, cuma memberitahu fakta. kau orang yang nakal, tentu sudah tahu fakta ini awal2 lagi. faham2 sendiri.
  • seperti yang kau sedia maklum, bile mereka ke tandas, mereka bukak, tembak, dan tutup. mudah dan menggelikan bagi aku. kalau di jamban, kau orang pun sedia maklum, tak perlu aku bagitau.

fakta umum orang jepun di mata aku, di mata orang lain aku tak tau..

  • mereka menulis tidak senget seperti cara kebanyakan orang kite yang akan menyegetkan nota pabila menulis. kadar kesengetan kita mungkin sekitar 30 hingga kadang kala melintang 90 darjah. sedangkan dorang tulis tegak, 0 darjah. mungkin ini ade kaitan jugak dengan cara berfikir seseorang, hipotesisnye semakin senget kau menulis, semakin senget kepalotak kau.
  • suke melebih2 dalam anime & manga. apa yang mereka takde, mereka akan bubuh kaw2 kat anime dan manga. contoh, mereka bermata kecik dan sepet, tapi dalam manga especially, mata gadis gile bapak besar tak hingat. begitu juga dengan dada. bukan lucah, tapi fakta yang nak disampaikan. orang jepun susah nak jumpe yang bersaiz sedap mata memandang, tapi dalam anime dan manga, saiz tersebut melampaui batas manusia normal.
  • dalam drama pulak, mereka suka buat drama berkenaan dengan bende yang mereka tidak berani buat. contoh, drama yang mempamerkan budak2 high school dorang gile suke gaduh, suke lawan cikgu, suke buli. contoh, drama GTO, gokusen, life, begitu juga dengan filem crows zero. hakikat sebenar, mereka takut nak langgar peraturan, atau dengan bahasa manisnye, mereka ade disiplin. tapi tak semualah. aku recommend korang yang tak tengok crows zero 1 & 2 lagi download dan tengok lah.. best woo! kacak gile filem ni..

panjang pulak dah entri ni. sory kerana menulis entri yang agak memualkan. kau orang yang bace sampai habis, terima kasihlah. aku tidak suke penulisan awal2 aku yang memualkan tu, kerana dipenuhi emosi ingin terajang budak ketiak masam itu. sekian..