Archive for September, 2009

gile tak faham

Posted in otak lalala kata with tags on September 26, 2009 by sinyu lalala

salam. sedikit bengang. x faham dengan tingkah laku manusia yang berotak, berakal, tapi masih berkelakuan macam cencurut. aku bukanlah baik pun, tapi aku dah x boleh terima keadaan sebegini depan mata aku, pasal aku x mampu nak lakukan nahi munkar. aku nasihat diri sendirilah ni terutamanya. topik yg ingin aku cungkil ni berlaku di mana2, di kampung aku, di kampung kau orang, di kampung jiran kau, malah juga di jepun. aku tak tipu.

aku tanye sikit, kau pergi masjid sembahyang jumaat untuk ape dan kerana siapa? kalau kerana nak jumpa member2 berborak, memang patutla perangai kau begitu. kalau kau pergi kerana rasekan ianya memang dah terisi dalam jadual hari jumaat kau, rugi gile kau. aku tak faham bagi mereka yang dah besar panjang, kalau kawen boleh dapat anak serta merta, tapi mase khatib bace khutbah, masih lagi kau berborak sakan, hal bola, hal kereta, hal gadis, hal duniawi kau orang.

kamonla weh! kau dah layak jadik bapak orang, malah mungkin kau bapak orang pun, tapi still dengan perangai budak yang tak faham tentang adab. budak pun boleh senyap time khutbah kau tau! kalau dah dengar azan tu, cepat2lah masuk dalam masjid, kalau kau taknak sembahyang sunat pun xpe, kau duduk diam dengar khutbah. bukan kau duduk luar, bercerita bagai, suara kalah sikit hon kapal laut, sampai kau ganggu makmum nak dengar khutbah.

apa2 pun, kau betulkanlah niat sebelum kau datang sembahyang jumaat tu. niat kerana Allah semata2. Allah yang beri kau kekuatan untuk datang kau tau x? bukannye kau x jumpe member kau tu lepas sembahyang. bukan kau x boleh berborak time lain, gerenti jumpe punyelah member kau tu sat gi lepas sembahyang. pusing2 member kau tu jugak. amende time khutbahlah kau nak borak bagai. hadoiiyai..

Di riwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya, ” Barangsiapa yang berkata-kata ketika khatib membaca khutbah di atas mimbar, walaupun dengan mengingatkan sahabatnya dengan berkata “diam” sahaja sekalipun, maka sia-sia sahajalah pahala jumaatnya di hari itu.”

kau faham kan? dengan harapan yang membaca akan menyampaikan kepada rakan2 lain, semoga sama2 kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang. berubahlah. takkan kau nak tengok anak2 kau menurun perangai sebegini? nauzubillah min zalik. teguran ini umum. di kampung aku terutama, pakcik2 yang segalanya telah layut pun berborak sakan time khutbah. ape cite ni bai?

teguran aku mungkin kasar, memang kasar pun.. minta maaf. aku tidak reti berbahasa puitis dalam hal begini. semoga Allah mengampuni dosa dan salah silapku.

nota kacak : kau yang nak download zikir taubat, di sini aku sediakan link. teringat zaman sekolah bile dengar zikir taubat. indahnya nikmat iman tatkala itu.

Advertisements

maaf ye kalian

Posted in otak lalala kata on September 20, 2009 by sinyu lalala

raya

salam syawal aku tujukan untuk semua yg bergelar muslim & muslimah. semoga ramadhan yang berlalu layak menaikkan sedikit tingkat kita kepada mu’min & mu’minah hendaknya. insyaAllah. kepada semua rakan2 tadika, sekolah rendah peserai, mrsm serting dari form 1 sampai form 5, rakan2 aaj, rakan2 di jepun,  dan tak lupe, semua rakan2 yang aku kenal, ingin aku mintak maap zahir batin salah silap, kasar bahasa & ape sahaja t’makan t’minum harap halal. ayat common yang sentiasa berulang2, tapi itulah hakikat hidup yang perlu diakui, saling memaafi & mengasihi.

kepada famili tersayang, sumpah rindu sangat3 kat kalian. mak abah, maafkan emy. dari form 1 asyik duk jauh je dari mak abah. sekarang lagila jauh. la ni, dah tahun ke 3 tak dapat beraya sama. camne perasaan sebak emy, tentu lebih lagi sebak mak abah kan. rindu sangat2 nak peluk mak abah. tak dapat tipu perasaan. sentiasa ingin bersama mak abah kala ni kalau mampu. bukan mak abah je, rindu jugak kat along, angah, ude, anis, adik,  huda tersayang dan anak2 yang aku rindu, zenra, ericka, hezriq, adam. waaa..nak balik!!

ramadhan berlalu dah. bagaimana kite? aku la terutamanya. astaghfirullah..ya Allah, aku berharap aku diampunkan olehmu ya Allah, bersama ramadhan yang telah berlalu. aku amat berharap agar ibadah yang telah kita amalkan sepanjang ramadhan lalu same2 dapat kita teruskan, dapat kita amalkan, dan dapat kita tingkatkan menjelang syawal ni. aku seru diri aku sendirilah yang lemah ni. kau orang pun jugak ye! smoga kita sama2 bertambah cemerlang sebagai hamba Allah.

kalau tahun lepas aku nyanyi dan tujukan lagu air mata syawal untuk mak abah aku, tadi aku nyanyi & tujukan lagu salam aidilfitri ayahanda bonda untuk mereka. ala, lagu nyanyian hujan & raihan tu. download la kalau kau belum ada. lirik dia penuh makna bagi aku.

nota sikit : kalau kau nak takbir raya full, download lah di sini ye! akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!

ramadhan ya ramadhan

Posted in otak lalala kata on September 10, 2009 by sinyu lalala

assalamualaikum. macam biaselah di mane2 jua, sempena bulan puasa ni aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semuala tak kira yang puasa ke, yang x puasa ke, yang betul2 puasa ke, yang puasa tahan lapar n haus je ke..selamat berpuasa. harap tak terlambat bagi aku untuk mohon maaf kat sume member2 n sesape la yang penah kena maki direct ke, indirect ke, terutamanya yang agak2 dulu penah jadi mangsa kutukan rasmi dalam blog lame aku. mohon ampun dari segala kesilapan zahir n batin. niat tiada lain, hanya untuk merapatkan ukhwah islamiah dan kasih sayang antara member2. aicehhh..hehe

diam x diam dah 20 hari kite puasa. x sedar kan? time does flies very2 fast. tanda2 hampirnya kiamat inilah, mase terasa begitu singkat, tapi tak tahu kenape jadinye begitu. dlm 20 hari ini juga, puasa betulkah kita?mata, telinga, mulut, tangan, kaki kau puasa?ke kau hanya tahan lapar n haus je?tido mati dari malam ke pagi, subuh ke mane, baik sikit kau sembahyang zuhur, asar sibuk membeli juadah, masuk maghrib kau balun pulun makan sampai tersembul pusat, pastu tersandar dan terlelap tertinggal maghrib. aku up sikit kau jadi baik, pergi surau terawih kononnye, padahal niat dalam hati nak jumpe borak2 ngan member. hari2 kau beginikah?aku harap taklah. aku nasihat diri aku sendiri sebenarnya. rugi besar kalau ramadhan berlalu tapi kita tak dapat apa2 darinya.

aku cume nak petik sikit je, pasal didik hati bace Quran. time syaitan2 kena ikat ni la baik kite didik hati lawan nafsu kita. nafsu memang x sukenye bace Quran. kau bacelah, bukaklah Quran tu. x dapat banyak sikit pun jadi bai. hari2 kau perutukkan x banyak, 10 minit pun xpe. x nak pakai minit, kau bace setengah muka pun jadilah. pelan2 kayuh. yang dah salu bace 2 muka, up jadi 3 muka ke. sikit xpe, janji istiqamah. kalau kau dapat teruskan amalan tu smpai lepas ramadhan lagi cantik.semoga kite diberi kekuatan.

aku baru lepas terbaca satu tazkirah ramadhan yang membuka kepalaotak dan minda aku. tazkirah yang sangat bagus pada aku. tazkirah berkenaan bagaimana kau sibuk baca al-quran laju2 untuk kejar khatam di bulan ramadhan. lebih baik kau baca relax, sambil bace makna, sambil fahami isi kandungan al-quran. daripada kau khatam 2 3 kali tanpa kau faham maknanya. astaghfirullah. aku tidak pernah terfikir sebelum ni. nah, kau pun bacelah di sini.

notakecil : lame gile tidak update kerana balik malaysia aritu, kelajuan internet kau paham2 jelah. selamat beramal dan selamat mengejar ganjaran lailatul qadr! ni ada link download zikir ya latiff, sape2 yang belum ade, silalah. amankan telinga kau dengan zikir.