maaf ye kalian

raya

salam syawal aku tujukan untuk semua yg bergelar muslim & muslimah. semoga ramadhan yang berlalu layak menaikkan sedikit tingkat kita kepada mu’min & mu’minah hendaknya. insyaAllah. kepada semua rakan2 tadika, sekolah rendah peserai, mrsm serting dari form 1 sampai form 5, rakan2 aaj, rakan2 di jepun,  dan tak lupe, semua rakan2 yang aku kenal, ingin aku mintak maap zahir batin salah silap, kasar bahasa & ape sahaja t’makan t’minum harap halal. ayat common yang sentiasa berulang2, tapi itulah hakikat hidup yang perlu diakui, saling memaafi & mengasihi.

kepada famili tersayang, sumpah rindu sangat3 kat kalian. mak abah, maafkan emy. dari form 1 asyik duk jauh je dari mak abah. sekarang lagila jauh. la ni, dah tahun ke 3 tak dapat beraya sama. camne perasaan sebak emy, tentu lebih lagi sebak mak abah kan. rindu sangat2 nak peluk mak abah. tak dapat tipu perasaan. sentiasa ingin bersama mak abah kala ni kalau mampu. bukan mak abah je, rindu jugak kat along, angah, ude, anis, adik,  huda tersayang dan anak2 yang aku rindu, zenra, ericka, hezriq, adam. waaa..nak balik!!

ramadhan berlalu dah. bagaimana kite? aku la terutamanya. astaghfirullah..ya Allah, aku berharap aku diampunkan olehmu ya Allah, bersama ramadhan yang telah berlalu. aku amat berharap agar ibadah yang telah kita amalkan sepanjang ramadhan lalu same2 dapat kita teruskan, dapat kita amalkan, dan dapat kita tingkatkan menjelang syawal ni. aku seru diri aku sendirilah yang lemah ni. kau orang pun jugak ye! smoga kita sama2 bertambah cemerlang sebagai hamba Allah.

kalau tahun lepas aku nyanyi dan tujukan lagu air mata syawal untuk mak abah aku, tadi aku nyanyi & tujukan lagu salam aidilfitri ayahanda bonda untuk mereka. ala, lagu nyanyian hujan & raihan tu. download la kalau kau belum ada. lirik dia penuh makna bagi aku.

nota sikit : kalau kau nak takbir raya full, download lah di sini ye! akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!

7 Responses to “maaf ye kalian”

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mi!!
    Maaf Zahir dan Batin..
    Semoga syawal di Jepun membawa seribu kenangan berharga for Mi..
    Jgn lupe posa 6!heee…

    • Selamat Hari Raya Aidilfitri Da!
      maaf zahir batin jgk k!
      semoga aidilfitri kat mesia berharga buat da. yela, next year dah beraya kat negara orang. hihi =P
      jgn lupe pose 6 jgk tau!

  2. strawhatluffy Says:

    best giler raye bro..rugi lu xde..yg lg aku x phm ni, lu xnak plak call aku wish raye, lu call org len plak..hahaha..cipet lu..jgn mara bro..gua gurau2 je di hari raye yg indah ini…

    Selamat Hari Raya Aidlfitri, Maaf Zahir dan Batin..
    =)

    • haha. saje nk jeleskan aku kan. raye jepun best gak dol!! haha..

      alaa pian, bukan tanak kol ko. tapi kang jiwang sangat lak kol ko raye2 ni..hehe

      slamat hari raye, maaf zahir batin dol!

  3. selamat hari raya hermy! maaf le klu ade trkutuk trkata (mmg slalu kutuk pon kan) haha, 0-0 la ek. pasni leh kutuk lagi. ;p

    • parkins07 Says:

      selamat hari raye irzie!haha, skati ko je ek. rupenye ko la yg salu kutuk aku..t’sedak2 aku salu kat sini! hee, 0-0 yek. byk gak kutuk ko kan?kan kan?pasni kite smbung men kutuk2 lg k! cayalahh..haha..maaf zahir batin zie!

  4. isk, masih SENGAL lagi upenye ko. haha. ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: