gile tak faham

salam. sedikit bengang. x faham dengan tingkah laku manusia yang berotak, berakal, tapi masih berkelakuan macam cencurut. aku bukanlah baik pun, tapi aku dah x boleh terima keadaan sebegini depan mata aku, pasal aku x mampu nak lakukan nahi munkar. aku nasihat diri sendirilah ni terutamanya. topik yg ingin aku cungkil ni berlaku di mana2, di kampung aku, di kampung kau orang, di kampung jiran kau, malah juga di jepun. aku tak tipu.

aku tanye sikit, kau pergi masjid sembahyang jumaat untuk ape dan kerana siapa? kalau kerana nak jumpa member2 berborak, memang patutla perangai kau begitu. kalau kau pergi kerana rasekan ianya memang dah terisi dalam jadual hari jumaat kau, rugi gile kau. aku tak faham bagi mereka yang dah besar panjang, kalau kawen boleh dapat anak serta merta, tapi mase khatib bace khutbah, masih lagi kau berborak sakan, hal bola, hal kereta, hal gadis, hal duniawi kau orang.

kamonla weh! kau dah layak jadik bapak orang, malah mungkin kau bapak orang pun, tapi still dengan perangai budak yang tak faham tentang adab. budak pun boleh senyap time khutbah kau tau! kalau dah dengar azan tu, cepat2lah masuk dalam masjid, kalau kau taknak sembahyang sunat pun xpe, kau duduk diam dengar khutbah. bukan kau duduk luar, bercerita bagai, suara kalah sikit hon kapal laut, sampai kau ganggu makmum nak dengar khutbah.

apa2 pun, kau betulkanlah niat sebelum kau datang sembahyang jumaat tu. niat kerana Allah semata2. Allah yang beri kau kekuatan untuk datang kau tau x? bukannye kau x jumpe member kau tu lepas sembahyang. bukan kau x boleh berborak time lain, gerenti jumpe punyelah member kau tu sat gi lepas sembahyang. pusing2 member kau tu jugak. amende time khutbahlah kau nak borak bagai. hadoiiyai..

Di riwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya, ” Barangsiapa yang berkata-kata ketika khatib membaca khutbah di atas mimbar, walaupun dengan mengingatkan sahabatnya dengan berkata “diam” sahaja sekalipun, maka sia-sia sahajalah pahala jumaatnya di hari itu.”

kau faham kan? dengan harapan yang membaca akan menyampaikan kepada rakan2 lain, semoga sama2 kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang. berubahlah. takkan kau nak tengok anak2 kau menurun perangai sebegini? nauzubillah min zalik. teguran ini umum. di kampung aku terutama, pakcik2 yang segalanya telah layut pun berborak sakan time khutbah. ape cite ni bai?

teguran aku mungkin kasar, memang kasar pun.. minta maaf. aku tidak reti berbahasa puitis dalam hal begini. semoga Allah mengampuni dosa dan salah silapku.

nota kacak : kau yang nak download zikir taubat, di sini aku sediakan link. teringat zaman sekolah bile dengar zikir taubat. indahnya nikmat iman tatkala itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: