Archive for October, 2009

hari lahir kau

Posted in otak lalala kata with tags on October 22, 2009 by sinyu lalala

mr.tezzy

kepada kau, kau  & kau yang baru je menyambut, tengah menyambut atau bakal menyambut hari lahir, selamat aku ucapkan. semoga kau berjaya dunia & akhirat. entri ini aku akan cuba tulis seringkas mungkin. aku cume nak berkongsi tentang bagaimana care terbaik untuk kau sambut hari lahir kau.

di hari jadi kau, tak payah kau nak sibuk menunggu ucapan dari rakan2, dan merajuk andai balak atau awek kau lambat sikit wish. member lupe nak wish pun kau kadang2 merajuk. tak payahla kau susah2kan diri. ade bende yang lagi penting dari bende ni yang kau perlu buat. nanti aku bagitau.

andai di hari jadi, kau sibuk nak sambut dengan makan2 dengan kawan, lepak dari malam ke pagi, tengok wayang,  main snuker, buat party yang penuh dengan hiburan semata, karaoke dan segala bagai, nahh, kau menyambut ulang tahun kelahiran kau dalam suasana jahiliah. bukan ke lebih baik kau habiskan malam kau dengan baca quran dan berdoa kesyukuran atas umur yang dipinjamkan. ok la, aku faham kau perlu bersosial dengan kawan2, pergilah sekadar makan2 k. dah tu balik la, tidur lagi baik daripada berhibur bagai saitan.

ape yang aku nak sampaikan sebenarnya, care terbaik untuk kau sambut hari ulang tahun kelahiran kau adalah dengan kau call mak kau, kau ucapkan pada mak kau,

“mak, terima kasih mak kerana telah melahirkan dan membesarkan anakmu ini. mak menjaga dengan penuh kasih sayang sampai la ni anakmu dah 22 tahun. terima kasih sangat3 ibuku sayang”.

nah, tentu mak kau gembira. mak kau lah insan yang paling layak di wish pabila masuk hari birthday kau.  ni tak, di hari jadi kau, kau sibuk nak menerima wish dari balak & awek kau, bergayut berjam2 lame, layan mesej dari rakan2 lagi.. kurang betul cara itu pada aku. lebihkan mak kau lah ye, bukan kau. kau cume hidup setelah dilahirkan, mak kau yang melahirkan dan membesarkan. tak lupe, ucaplah jugak kat abah kau. merajuk abah kau karang, takmo cakap dengan kau dah.

aku sekadar berkongsi apa yang patut. kau nak ikut tidak itu hak kau. apa yang baik ikutlah, ape yang tak baik dari aku, janganlah kau ikut pulak. terima kasih untuk asyran, yang merangkap abang@sahabat aku yang menyedarkan aku tentang hal ini. k dol, chalo dulu. panjang jugak jadik entri ni. hadoiyai..

notakacak : izzy, kau ingat tak teddy kat gmbr atas tu? aku namekan die “lil tezzy”. hehe. btw, thanx alot zy! bkn hadiah birthday la tapinye..

jangan jadi saitan

Posted in otak lalala kata with tags on October 14, 2009 by sinyu lalala

moeru gomi

tak banyak masa untuk menulis. minggu exam dah la dol. oh, universiti aku dah masuk musim mid term exam. bagi aku sikit ruang untuk aku tulis something. kau bacelah kalau kau ade mase.

sejadah dah bentang, azan dah sudah, sat gi dah nak qamat, kain pelikat pun ade kalau kau kate seluar kau kotor, tinggal nak taknak je kau sembahyang.. kau jangan jadi syaitan yang lari bile dengar azan. kau buat tak tahu sedangkan orang solat dekat je dengan kau. aku percaya, kalau ade iman sebesar zarah je pun kat diri kau, kau akan turut sama solat. jangan kau bagi alasan,  buat ape solat kalau sekadar nak menunjuk. solat bukan bende nak buat berlagak dol, solat tu wajib, menunjukkan kau Islam. parah kau kalau kau kate begitu. aku tak tahu apa alasan lain kau. pulak lagi, time orang solat, kau pulak berborak bagai ketawa macam saitan. saitan gile kau.

semoga dapat kita sama2 menjaga solat. itu je aku nak cakap. hehe=)

entri sebelum ni aku dah share lagu maher zain-always be there.. kali ni aku share lagi satu lagu lagi. memang best gile jugak. kau takkan menyesal download (dan tunggu lame2 kalau kau di malaysia). download la ni..maher zain-insha Allah. selamat mendengar! wassalam

hey kau, senyumlah!

Posted in otak lalala kata on October 9, 2009 by sinyu lalala

logined

menyahut seruan irzie yg x suke aku emosi menulis entri.. aku nak kau orang senyum sekarang. pliss.. senyumlaa.. senyum sikit ye =) kau cumel bile senyum.. haaa.. senyum pun kau. bagus! kau yang tak senyum, aku rase kau memang seorang yang susah dipujuk, kuat cemburu dan akan mengalami gout kat lutut di hari tua kau. haha.

lame aku nak tulis pasal ni. kau nampak tak ape yang tidak kena pada gambar di atas? aku tau, kau yang di jepun tentu sudah lama tau pasal bende ni. ketepikan kau, bagi orang yang tak tahu jadi tahu. di sebuah laman web official milik softbank, kire macam maxis la kat mesia nu, bile aku log in, bergetar bulu ketiak aku melihatnya. haha. aku tanye kau, past tense bagi “log in” ape? kau yang jawab “logined”, memang sumpah kau boleh jadik pakcik sedara gaban. kahkah. bunguk gile dol. past tense log in = logined. kahkahkah. tak tahan gile. logged in la ngeng!hadoiiyai..jendol die betul.

sudah sekian lame aku tak mengalami simptom geleng2. 2 hari lepas aku alaminya semula. itu tandanya jepun sudah semakin sejuk. tidak suke sejuk2 sangat. jadi malas yang amat. kau yang tidak tahu pasal simptom geleng2, bolehlah klik di link untuk amik tahu.

tujuan asal entri ini adalah untuk kongsi lagu yang sangat best. kau pernah dengar Maher Zain? lagu ‘always be there’ gile tak hagak die punye best. thanx to my best friend yang kongsi lagu ni. kali ni, aku nak kongsi dengan kau orang pulak. k! download di sini. aku jamin, kau mesti suke.

notakacak : untuk irzie, tido lena malam ni kau zie dapat scholar sambung belajaq luar negara. jepun lak tu! terima kasih en.rahim. haha

memang tangan kau gatal

Posted in otak lalala kata with tags , on October 7, 2009 by sinyu lalala

nagaoka masjid

gambar atas ni adalah snapshot blog nagaoka masjid. kau mesti nak tau lebih lanjut kan? meh aku cerita sikit. kami di nagaoka, muslim & muslimah jumlahye ramai, aku cerita ni termasuk warga malaysia, indonesia, bangladesh, thai, pakistan, mongol dan macam2 lagi. Islam worldwide kan! ramainya umat Nabi Muhammad s.a.w. kat sini, sampaikan raya sini lagi meriah dari raya kat malaysia kau tau!(ayat saje nak sedapkan hati sendiri..haha. raya dengan famili la lagi syiok kan..sigh). k, berbalik kepada cerita masjid ni, kami plan untuk beli satu bangunan, rumah la, untuk dijadikan masjid. tapi, demi mencapai hasrat kami(warga Islam di nagaoka), kami perlukan satu angka Yen yang agak besar, dan kami perlukan fund untuk itu. di sini aku menyeru kepada kau yang terbaca tentang ini, kalau2 kau ade terlebih duit, kau anak dato’ K ke, kau tauke belacan ke, kau bos kedai runcit ke, sape2 punla kau, marilah menderma. sikit pun jadik. moga2 dengan derma kau orang itu, kami mampu menjayakan projek ini. kau tentu tahu kan derma ke arah membina masjid ibarat kau menanam benih yang kau akan tuai hasilnya di akhirat kelak. kau sebar2kan lah tentang hal ini, dan kau sokonglah kami.

cerita pasal tajuk entri kali ni, aku nak diri aku sendiri terasa kepedasan ayat2 aku. haha. tapi, aku nak kau pun sama2 terasa, kalau kau termasuk sekali lah. sedang kau berwirid & berzikir kepada Allah, especially selepas kau solat lah, kat mane tangan kau? tentu saje kau punye tangan gosok2 sejadah, tangan kau carik2 bulu hujung sejadah, tangan kau kutip pasir2 dan bulu2 kat sejadah, bulu2 kat baju kau, malah kat baju member kau pun sekali. lagi hebat kau garu sini sana, kau kopek kopeng luka kau, kau picit jerawat kau, kau korek rongga2 muka kau, kau kikis daki2 kat badan kau. tak begitu? ini semua kau lakukan sedang kau berzikir kepada Allah. pelik bukan?

bende ini sangat common. sesiapa pun buat. tapi, di sini aku nak menyeru diri aku sendiri terutamanya, dan kau orang lah, same2 lah kita berubah dengan berzikir dengan penuh khusyuk, sambil memahami maksud setiap bibit2 zikir kau. kau semat dalam hati, sedang kau ucap subhanallah, “Maha Suci Engkau ya Allah”.. Alhamdulillah, “segala puji hanya untuk Engkau ya Allah”.. Allahu Akbar, “ya Allah Engkaulah yang Maha Besar”. kan ke molek begini? takdelah kau tergaru sane, tergaru sini. kan?

sedangkan pak2 sami yang berbaju oren kuning tu boleh statik time dorang berzikir..”omm pre pre..oumm..omm..” ntah ape yang dioummkan entah.. time tu, sikit pun dorang tak gerak, tak garu2, tak kurik2, tak picit2 jerawat. ni tak, dahla kau picit jerawat, pulak tu pecah dan berdarah2 muka kau. dengan tangan tak basuh, kau salam jama’i dengan orang lain. dah orang lain pulak berjangkit bakteria jerawat kau. kau dengar tak ni?patutlah aku banyak jerawat. dapat dari kau rupenye. haha.. (attempt menyalahkan orang lain kenapa jerawat banyak)

sekian. kau pandai2 lah amik pengajaran kalau kau faham ape yang aku sampaikan. time zikir, kau letak diri kau sekali bersama dengan zikir, bukan mulut kau saje terkucap kacip. baik, aku dah sedar. terima kasih. next entri, aku nak share lagu yang sengat best dengan kau orang. tunggulah.

ternak jerawat berpada-pada

Posted in otak lalala kata with tags on October 3, 2009 by sinyu lalala

aku cume nak berkongsi,  ape yang telah dikongsi oleh seorang sahabat. kau dah penah dengar lagu atas ni? nyanyian 3ilm dan D-cliques. syiok gile lagu2 dorang. aku suka. tak tau la kau orang suka tak. aku layan je semua genre, dangdut pun layan je bai. cume hard metal yang bingit, aku tak la. kusut kepala dengar. kalau kau orang berkenan, dan nak download, aku ade compilekan dalam rar. koleksi yang aku ade jela tapi. 7 lagu. untuk kau yang di malaysia, sakit sikitla kau nak tunggu siap. haha! padan muka kau. kau yang di german, rusia, uk, jepun, ireland tentu kerek dengan kelajuan internet kau. download kat sini.

bangang gile dol, aku punye jerawat membiak dengan pesat. ternakan bakteria aku berjaya dengan tiba2. marah aku nih! aku penggemar kacang, kau bagila kacang ape, walaupun aku tak tahu name, tapi aku suka makan. aku ade kacang yang kaler cokelat licin tu. aku bawak dari malaysia. banyak. pasal aku sukala. aku makan sebagai kudapan, atau dalam bahasa manisnya, sebagai jajan sambil2 layan movie or wat report. yang aku tak faham ni, ape kaitan kacang dengan jerawat? ade fact kate xde kaitan. dem laa.. aku pulak jenis suka mengumpil, mengutil dan memicit jerawat. beraya sakan bakteria jerawat kat muka aku sekarang ni. kau yang tahu ape kaitan jerawat dan kacang, mungkin boleh bagitau.

notakacak : teringat kat cikgu zaid yang panggil aku budak jerawat kat kelas dulu. arghh.. lagi marah aku kat zaki tahrim! panggiil aku bepop. kau kenal bepop? dalam lawak kampus tu. bangang punye zaki tahrim!!mane kau sekarang?hahaha. rindu dol..

bile kau tak daya

Posted in otak lalala kata with tags on October 1, 2009 by sinyu lalala

dem~~ aku tak daya. “dem” itu bukan satu keluhan yg bermaksud damn, tapi ia satu bunyi mengeluh macam haihhh~~ kau fhm? kau tak faham pun xpe kot. aku terasa cam kusut dalam hati, bengang tapi tak tau camne nak lepas, marah yang tak terucap, tak faham pun ade jugak sikit. sekejap lagi aku cerita kenape.tarik napas dulu..

ok, aku nak cerita ni. byk kali ingatkan diri sendiri, & kadang2 org lain jgk, pasal ketidakupayaan kita ni dalam nahi mungkar. mencegah kemungkaran la maksud aku. even kat depan mata kita berlaku kemungkaran. aku rase  diri aku ni tak gune sangat, bila depan mate ade kemungkaran, terang2 ni dol..tapi aku tak berdaya nk tegur, atas alasan aku lagi muda. dem~~bengang kat diri sendiri. astaghfirullah..

aku bagi kau situasi, dalam 1 parti meraikan kau, ade air coke, ade air jus, dan ade air bir yang kononnye 0% alkohol. kau pilih air mane? ok la, aku tau kau orang baik2 belaka, pilih air jus & coke walaupun senior kau offer nak tuang bir kat cawan kau. andaikata saudara seagama kau pilih air bir tu macam mane? depan mata kau! dah tu dibalunnya makan daging yang sememangnya terang2, daging tak sembelih secara Islam. kau pulak macam mane? tergoda tak? daging lembut yang dipanggang, cecah dengan sos yang sangat enak.

ade jugak seafood, kau dah lega la kononnye. tapi masak gune bekas yang sama panggang hirisan daging babi lembut, dan tidak dibasuh dulu pulak bekas tu. kau kena ingat, hukum gune bekas yang dimasak babi tu jatuh harus hanya apabila dibasuh dengan air dulu.

Abu tsa’labah al-Khusani : Sesunggunya aku berkata kepada Rasulullah “Sesungguhnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi didalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah bersabda “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu ,makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Kata al-Munziri “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah”

Kata al-Khattabi “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak didalam bekas minuman mereka ,tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu).Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.”

mungkin perasaan nak makan sangat tu bukanlah lawan kau, tapi lawan kau adalah, perasaan nak makan atas sebab nak jage hati senior2 kau, kerana itu parti meraikan kau. tatkala tu, iman kau sahaja yang jadi benteng. pulak, dalam parti itu ada saudara seagama kau yang balun je makan segala2. kau nak jawab camne bai?

tatkala tu, aku asyik teringat kat tazkirah abg fauzi. Alhamdulillah, Allah beri aku kekuatan. terima kasih kat abg fauzi atas tazkirah yang berguna. tentang bagaimana kau akan kerap disua bir & sake, oleh orang sekeliling kau. baik senior, baik sensei, baik member2 kau. mane ade mak bapak kau nak jage tengok kau dah. Allah, kau ingat ke Allah tu Maha Melihat? semuanya bergantung kat iman kau semata-mata.

ah, panjang pulak jadik. nak tulis pendek je. dem~~ lagi sekali. pandai2 la kau amik pengajaran ye. aku jugak la. semoga Allah melindungi aku yang lemah ini dan kau orang semua daripada kemungkaran. wallahualam.