bile kau tak daya

dem~~ aku tak daya. “dem” itu bukan satu keluhan yg bermaksud damn, tapi ia satu bunyi mengeluh macam haihhh~~ kau fhm? kau tak faham pun xpe kot. aku terasa cam kusut dalam hati, bengang tapi tak tau camne nak lepas, marah yang tak terucap, tak faham pun ade jugak sikit. sekejap lagi aku cerita kenape.tarik napas dulu..

ok, aku nak cerita ni. byk kali ingatkan diri sendiri, & kadang2 org lain jgk, pasal ketidakupayaan kita ni dalam nahi mungkar. mencegah kemungkaran la maksud aku. even kat depan mata kita berlaku kemungkaran. aku rase  diri aku ni tak gune sangat, bila depan mate ade kemungkaran, terang2 ni dol..tapi aku tak berdaya nk tegur, atas alasan aku lagi muda. dem~~bengang kat diri sendiri. astaghfirullah..

aku bagi kau situasi, dalam 1 parti meraikan kau, ade air coke, ade air jus, dan ade air bir yang kononnye 0% alkohol. kau pilih air mane? ok la, aku tau kau orang baik2 belaka, pilih air jus & coke walaupun senior kau offer nak tuang bir kat cawan kau. andaikata saudara seagama kau pilih air bir tu macam mane? depan mata kau! dah tu dibalunnya makan daging yang sememangnya terang2, daging tak sembelih secara Islam. kau pulak macam mane? tergoda tak? daging lembut yang dipanggang, cecah dengan sos yang sangat enak.

ade jugak seafood, kau dah lega la kononnye. tapi masak gune bekas yang sama panggang hirisan daging babi lembut, dan tidak dibasuh dulu pulak bekas tu. kau kena ingat, hukum gune bekas yang dimasak babi tu jatuh harus hanya apabila dibasuh dengan air dulu.

Abu tsa’labah al-Khusani : Sesunggunya aku berkata kepada Rasulullah “Sesungguhnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi didalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah bersabda “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu ,makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Kata al-Munziri “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah”

Kata al-Khattabi “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak didalam bekas minuman mereka ,tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu).Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.”

mungkin perasaan nak makan sangat tu bukanlah lawan kau, tapi lawan kau adalah, perasaan nak makan atas sebab nak jage hati senior2 kau, kerana itu parti meraikan kau. tatkala tu, iman kau sahaja yang jadi benteng. pulak, dalam parti itu ada saudara seagama kau yang balun je makan segala2. kau nak jawab camne bai?

tatkala tu, aku asyik teringat kat tazkirah abg fauzi. Alhamdulillah, Allah beri aku kekuatan. terima kasih kat abg fauzi atas tazkirah yang berguna. tentang bagaimana kau akan kerap disua bir & sake, oleh orang sekeliling kau. baik senior, baik sensei, baik member2 kau. mane ade mak bapak kau nak jage tengok kau dah. Allah, kau ingat ke Allah tu Maha Melihat? semuanya bergantung kat iman kau semata-mata.

ah, panjang pulak jadik. nak tulis pendek je. dem~~ lagi sekali. pandai2 la kau amik pengajaran ye. aku jugak la. semoga Allah melindungi aku yang lemah ini dan kau orang semua daripada kemungkaran. wallahualam.

6 Responses to “bile kau tak daya”

  1. broo…kesian lu..apasal lu x ckp je lu islam.. bukan buddha atau kristian… hahaha.. kalu lu ckp mcm tu.. konpem dorang x berani nak angkat suara… respect lu kaw2 gua ckp….

    • parkins07 Says:

      ichi o gua ade la ckp gua islam bro. tp dorang ni sek2 baru gua kenal, so that dorang x tau lg psl islam tak boleh ini tak boleh itu.

      the thing is, ade islam dalam sek2 tu. tapi tak cukup keislamannya. so, timbul la persoalan oleh nihonjin2 tu “aikk, die makan, apehal gua x makan?”.

      manusia macam2 bro. ape yg baik amik teladan. buruk tolak tepi. gua bukan baik pun dol. x yah respek sangat. haha. btw, lu bile sng2 turun tempat gua dol!

  2. tercari2 dlm kepala sape manusia tu..sedih gile dgr..huhu

    p/s: tak daya…kacak kn p’kataan tu!;p gurau je k..=)

    • parkins07 Says:

      cik aina..thanx for the comment. x payah cari please. tak berniat untuk m’aib, cume nak member2 lain amik pengajaran bersama, persoalan iman bukan suatu yang patut diambil mudah. tu je..k!hehe

      tak daya..kacak gile kan? hehe.. macam kenal je..

  3. saidahmadihahhashim Says:

    thanx, perkongsian yang bermanfaat..
    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: