memang tangan kau gatal

nagaoka masjid

gambar atas ni adalah snapshot blog nagaoka masjid. kau mesti nak tau lebih lanjut kan? meh aku cerita sikit. kami di nagaoka, muslim & muslimah jumlahye ramai, aku cerita ni termasuk warga malaysia, indonesia, bangladesh, thai, pakistan, mongol dan macam2 lagi. Islam worldwide kan! ramainya umat Nabi Muhammad s.a.w. kat sini, sampaikan raya sini lagi meriah dari raya kat malaysia kau tau!(ayat saje nak sedapkan hati sendiri..haha. raya dengan famili la lagi syiok kan..sigh). k, berbalik kepada cerita masjid ni, kami plan untuk beli satu bangunan, rumah la, untuk dijadikan masjid. tapi, demi mencapai hasrat kami(warga Islam di nagaoka), kami perlukan satu angka Yen yang agak besar, dan kami perlukan fund untuk itu. di sini aku menyeru kepada kau yang terbaca tentang ini, kalau2 kau ade terlebih duit, kau anak dato’ K ke, kau tauke belacan ke, kau bos kedai runcit ke, sape2 punla kau, marilah menderma. sikit pun jadik. moga2 dengan derma kau orang itu, kami mampu menjayakan projek ini. kau tentu tahu kan derma ke arah membina masjid ibarat kau menanam benih yang kau akan tuai hasilnya di akhirat kelak. kau sebar2kan lah tentang hal ini, dan kau sokonglah kami.

cerita pasal tajuk entri kali ni, aku nak diri aku sendiri terasa kepedasan ayat2 aku. haha. tapi, aku nak kau pun sama2 terasa, kalau kau termasuk sekali lah. sedang kau berwirid & berzikir kepada Allah, especially selepas kau solat lah, kat mane tangan kau? tentu saje kau punye tangan gosok2 sejadah, tangan kau carik2 bulu hujung sejadah, tangan kau kutip pasir2 dan bulu2 kat sejadah, bulu2 kat baju kau, malah kat baju member kau pun sekali. lagi hebat kau garu sini sana, kau kopek kopeng luka kau, kau picit jerawat kau, kau korek rongga2 muka kau, kau kikis daki2 kat badan kau. tak begitu? ini semua kau lakukan sedang kau berzikir kepada Allah. pelik bukan?

bende ini sangat common. sesiapa pun buat. tapi, di sini aku nak menyeru diri aku sendiri terutamanya, dan kau orang lah, same2 lah kita berubah dengan berzikir dengan penuh khusyuk, sambil memahami maksud setiap bibit2 zikir kau. kau semat dalam hati, sedang kau ucap subhanallah, “Maha Suci Engkau ya Allah”.. Alhamdulillah, “segala puji hanya untuk Engkau ya Allah”.. Allahu Akbar, “ya Allah Engkaulah yang Maha Besar”. kan ke molek begini? takdelah kau tergaru sane, tergaru sini. kan?

sedangkan pak2 sami yang berbaju oren kuning tu boleh statik time dorang berzikir..”omm pre pre..oumm..omm..” ntah ape yang dioummkan entah.. time tu, sikit pun dorang tak gerak, tak garu2, tak kurik2, tak picit2 jerawat. ni tak, dahla kau picit jerawat, pulak tu pecah dan berdarah2 muka kau. dengan tangan tak basuh, kau salam jama’i dengan orang lain. dah orang lain pulak berjangkit bakteria jerawat kau. kau dengar tak ni?patutlah aku banyak jerawat. dapat dari kau rupenye. haha.. (attempt menyalahkan orang lain kenapa jerawat banyak)

sekian. kau pandai2 lah amik pengajaran kalau kau faham ape yang aku sampaikan. time zikir, kau letak diri kau sekali bersama dengan zikir, bukan mulut kau saje terkucap kacip. baik, aku dah sedar. terima kasih. next entri, aku nak share lagu yang sengat best dengan kau orang. tunggulah.

6 Responses to “memang tangan kau gatal”

  1. stat dr post ko yg hari ry, dan selepas itu, asyik mara jek.
    haha, rilek bro, tenang2 saja, xbaek mara2, nnt cepat tua, walaupon ko mmg tua dr ak, aku rasa la. haha.
    tp post kali ni, menyentuh hati la, tp aku xde duit byk nk derma, hihi, tp aku doakan, niat murni korg, berjaya ya.🙂

    • parkins07 Says:

      haha. aku saje je zie. dah ko asyik x online, xleh nak marah ko.. t’paksa aku luahkan kat sini. kehkeh

      lagipun mmg aku da trase tua kot. kang x smpat pesan kat anak2 aku. biar dorg bace ni je. uhuk2..

      ko doakan la projek pembelian masjid ni berjalan lancar ye! insyaAllah. kalau ko nak tau, mol orang kuat di balik blog nagaokamasjid tu. hehe

  2. haha, bagus2,
    wah, bagus la korg nieh, tabik spring, “toing2” hehe,
    selamat maju jaya la..
    niat baek, insyaallah, mndpt, kap ba ra kap alif ta nun, keberkatan. hihi

    • parkins07 Says:

      haha. mol bagus la. aku x bagus pun. kehkeh.

      ye ye.. kap ba kap wau mim kap alip pa, kabkumkap..skali bahasa thai daa! hihi

  3. eleh ko bagus gak,
    xnk tunjuk kot. ehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: