hari lahir kau

mr.tezzy

kepada kau, kau  & kau yang baru je menyambut, tengah menyambut atau bakal menyambut hari lahir, selamat aku ucapkan. semoga kau berjaya dunia & akhirat. entri ini aku akan cuba tulis seringkas mungkin. aku cume nak berkongsi tentang bagaimana care terbaik untuk kau sambut hari lahir kau.

di hari jadi kau, tak payah kau nak sibuk menunggu ucapan dari rakan2, dan merajuk andai balak atau awek kau lambat sikit wish. member lupe nak wish pun kau kadang2 merajuk. tak payahla kau susah2kan diri. ade bende yang lagi penting dari bende ni yang kau perlu buat. nanti aku bagitau.

andai di hari jadi, kau sibuk nak sambut dengan makan2 dengan kawan, lepak dari malam ke pagi, tengok wayang,  main snuker, buat party yang penuh dengan hiburan semata, karaoke dan segala bagai, nahh, kau menyambut ulang tahun kelahiran kau dalam suasana jahiliah. bukan ke lebih baik kau habiskan malam kau dengan baca quran dan berdoa kesyukuran atas umur yang dipinjamkan. ok la, aku faham kau perlu bersosial dengan kawan2, pergilah sekadar makan2 k. dah tu balik la, tidur lagi baik daripada berhibur bagai saitan.

ape yang aku nak sampaikan sebenarnya, care terbaik untuk kau sambut hari ulang tahun kelahiran kau adalah dengan kau call mak kau, kau ucapkan pada mak kau,

“mak, terima kasih mak kerana telah melahirkan dan membesarkan anakmu ini. mak menjaga dengan penuh kasih sayang sampai la ni anakmu dah 22 tahun. terima kasih sangat3 ibuku sayang”.

nah, tentu mak kau gembira. mak kau lah insan yang paling layak di wish pabila masuk hari birthday kau.  ni tak, di hari jadi kau, kau sibuk nak menerima wish dari balak & awek kau, bergayut berjam2 lame, layan mesej dari rakan2 lagi.. kurang betul cara itu pada aku. lebihkan mak kau lah ye, bukan kau. kau cume hidup setelah dilahirkan, mak kau yang melahirkan dan membesarkan. tak lupe, ucaplah jugak kat abah kau. merajuk abah kau karang, takmo cakap dengan kau dah.

aku sekadar berkongsi apa yang patut. kau nak ikut tidak itu hak kau. apa yang baik ikutlah, ape yang tak baik dari aku, janganlah kau ikut pulak. terima kasih untuk asyran, yang merangkap abang@sahabat aku yang menyedarkan aku tentang hal ini. k dol, chalo dulu. panjang jugak jadik entri ni. hadoiyai..

notakacak : izzy, kau ingat tak teddy kat gmbr atas tu? aku namekan die “lil tezzy”. hehe. btw, thanx alot zy! bkn hadiah birthday la tapinye..

9 Responses to “hari lahir kau”

  1. Hehe.. aku pon sama jugak.. tak kesah orang tak wish ke hape ke sebab dari kecik lagi aku tak sambut bday.. ha ha ha.. reu nak plan gi mane weh?
    aku on jerk.. xde hal.. aku balik akhir tahun ni atau awal tahun depan.. InsyaAllah.. pulau mane lak? redang?sipadan? perhentian? pulau kapas? pangkor?

    • parkins07 Says:

      x tau lagi pulau ne. haha. aku cume bagi cadangan. kalo ok, ON la gamaknye plan kite. bincang kang lepas aku exam a.. tgh dalam minggu2 exam aku ni dol..

      balik awal tahun depan ah..aku pun balik time tu.. ;D

  2. Thumb’s up!! nice entry! ;p

  3. setuju, sgt setuju. terima kasih utk mak dan abah yg mmbesarkan.

  4. Double thumbs up!!!
    hahaha…

    roger aku gak nak buat reu…
    pulau ke tak pulau..semua layannnn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: