Archive for November, 2009

the arrival – kena tengok

Posted in otak lalala kata with tags on November 28, 2009 by sinyu lalala

dah lame nak menulis tapi takde mase. kau, kau dan kau dah tengok the arrival belum? kalau belum, lepas ni kau perlu lapangkan mase tengok. aku tak sedar pasal dokumentari ni sampailah madihah bagi im gitau pasal the arrival ni. kebanyakan kau tengah cuti kan? dah habis exam kan? nah, isi mase kau tengok the arrival ni! sumpah addicted dan sangat2 berilmu, untuk kau buka mata.

aku dah lame habis tengok, cume busy dengan hal dunia yang tak pernah habis, sampai baru ni aku ade mase nak menulis pasal the arrival ni. ianya satu fenomena, dokumentari yang sarat dengan info, yang akan buat kau asyik cakap, “ooo..patutlaa..”  atau “wooo..dasyat gile”. name projek pun wakeupproject kan, so that memang video ni akan kejutkan kita dari macam2 benda sekeliling yang kita perasan kononnya, tapi hakikatnya kita semua tengah tido. dan aku sangat setuju, banyak perbuatan kita sekarang ni, banyak dipengaruhi media. gaya hidup kita sekarang penuh dengan konsep hedonisme, astaghfirullah.

yang malay sub tu, ade part yang youtube disabled kan audio die, so that kadang2 aku overlap kan video english ngan malay. hehe. aku nak paham 100%, tak nak cicir2. english aku hampeh. kena ade sub jugak. so, dengan ape yang aku dah sediakan, kepada kau yang belum tengok, tengokla. curi2lah mase. aku pasni nak curi2 mase tengok the divine book & phase 3. hee..

1 bende yang aku nak kita sama2 pikir. kau mesti penah dengar yang facebook dibuat oleh Marc Zuckerberg, seorang yahudi yang mane ade bahagian dari pendapatan facebook die tu,  die salurkan ke israel. FAKTA INI BETUL ATAU TAK AKU TAK TAU, tapi ni jugak sebenarnya salah satu sebab la kenape aku tak layan fb sangat selain sebab utama aku yang tak suka benda crowded(aku ade tulis kat sini). kepada kau yang tak penah bace pasal facebook ni boleh google sendiri or bace kat sini.

lepas tengok the arrival ni baru aku sedar, yang kita tau pasal macam2 hal, tapi kita tido. kita tak usaha nak jauhi, tak cipta macam2 alasan untuk tak layan fb. sebaliknya kita cipta macam2 alasan untuk membenarkan kita layan fb. kan? macam yang ade dalam the arrival, mungkin ini zaman yang mane kite nampak “darkness is the light”. nuuzubillah. sama2 a kita pikir.

notakachak : dikalangan kau mungkin ade yang meluat aku macam baik sangat, lepak a dol. aku cume nak cube jadik baik, b’sama2 dengan kau orang jugak. aku bukan baik mane pun. tak payah cuak kat aku. aku cakap kat kau la siti! haha.

update 1: kamil ade share artikel pasal hukum facebook ni kat komen. oleh ustaz hasrizal, kat sini. kau bacelah sampai abes. dan amik pengajaran. thanx kamil! lu mmg best. haha.

update 2: gua baru teringat, moll ade gitau gua something ritu yang membuatkan gua lebih lagi memandang facebook menyokong israel. moll cakap yang kes perdana menteri palestin punye facebook fanpage kena delete. fan die sikit punye ramai gua cakap lu bai. gua pun search pasal ni tadi dan ni yang gua dapat.

sebab gua kuarkan hal2 ni bukan ape..gua nak kite same2 fikir. cetus dalam otak untuk berfikir, dan timbulkan kerisauan agama. asik risau hal dunia je kan. k bai, chalo.

Facebook Deletes the FanPage of Esmail Haneea

Advertisements

tulisan petak2 mahu kena gantung

Posted in otak lalala kata with tags on November 21, 2009 by sinyu lalala

ini wak. nama die amar amzirin, tapi muke jawa semulajadi die membuatkan dia dipanggil wak. haha. semalam borak2 ngan member aku pasal kapal, tibe2 dalam kepala aku teringat wak mase reunion aritu, dan aku gelak sorang2. dem. mase reu lepas, time sesi cite pasal diri sendiri tu, ade ke ko pegi cerita panjang lebar ko gi europe la, gi sudan la, gi uganda la, zimbabwe la. apela wak!! haha. tapi biasela, ko nak kerek jugak kan sikit. aku paham wak. xpe2. dan hasilnya, tibe2 ko dapat promosi free wak kat sini. hehe. jangan mara wak aa.

borak dengan sakira akan menyebabkan saraf sewel kau akan cepat teransang. aku tak tipu. hehe. aku nak kau orang recall satu cerita, yang stil jadi bahan gelak aku sampai sekarang. kau orang ingat lagi?

mase bile tah, form 2 kah, 3 kah, 4 kah, form 5,  aku tak ingat. tapi ade satu kes di mane adela sorang budak ni, die tulis surat layang ke bilik guru. surat layang die tu, die tulis tulisan petak2, tanak bagi kantoi sape die. hehe. isi die? die kate, lebih kurang camni..

saye tension dengan sistem belaja kat mrsm serting ni. bagi kerja berlambak2, latihan, latih tubi sikit punye banyak. sampai takde mase nak study. cikgu tak pikir hal kamikah? kami perlukan mase. kalau camni, baik saya wat mende jahat, bagi kena gantung sekolah 2 minggu. dapat saya balik rumah dan study dengan aman.

hahaha. gile tak matang pemikiran kau yang tulis ni. sampai sekarang aku tak tau sape. kalau kau tahu sape, bagitaula. haha. tapi takpela..zaman kanak2 kan. cikgu bace surat ni kat kelas aku sambil gelak2. bajet cikgu2 tergugat a dengan ugutan bengong kau?  haha. aparaa.. baik ngaku sape yang tulis!!

tajuk ikut suka kau

Posted in otak lalala kata with tags , on November 21, 2009 by sinyu lalala

atas ni adalah snapshot dari website wolfram alpha. saje mau berkongsi dengan kau orang semua website yang gile kacak ni. website knowledge engine ni memangla hebat. bagi kau yang pemalas, aku nasihatkan jauhi website ni. akan membuatkan kau lebih malas! aku tak tipu. aku dah nasihat, kalau kau tak ikut, itu hal kau. hehe. aku bagitau untuk kau gunekan ke arah kebaikan.

secara ringkas aku terangkan, website ni mampu buat derivative, integral, graph, taylor & maclaurin series, dan segala yang kau perlukan dalam matematik. itu yang penting pada aku. tapi bukan saje matematik,  malah banyak lagi website ni boleh! kau type la malaysia, dan kau saksikan hasilnya. kau type la ape2, even kau tanye die soalan seperti how old are you etc. & die akan jawab. ok, soalan2 dah diprogramkan, so, takdelah kacak sangat function ni.

cume yang best pada aku, die boleh buat kira2 matematik. kau bubuh je persamaan atau formula yang kau ade masalah selesaikan taylor series die, atau derivative ke ape2 lah, nescaye kau akan dapat jawapan dengan lengkap sekejepan saje. siap boleh tengok jalan kerja. tak perlu tunggu seminggu untuk amir imran buatkan soalan pembezaan yang tak siap2 sampai sekarang ni. haha.

tuka topik. kalau hari2 kau berdamping dengan orang yang fasik, sebagai contoh, seorang yang tak ambik kisah pasal solat die. hari2 kau bergaul dengan die, kamceng gile a kire, berbulan bertahun begitu, sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi cara kau berfikir. daripada kau seorang yang ambil berat mengenai solat, dengan bergaul dengan die, kau sedikit kurang ambil berat. pada kau, “alah, die ni relak je. lagi teruk dari aku. at least aku buat jugak.” tak banyak, sedikit akan ade rase sebegitu.

sebab itu islam suruh kita selalu berdamping dengan alim ulamak, ustaz, guru agama, dan rakan2 yang baik. sebaliknya kepada kes tadi, dengan kita berkawan dengan orang yang berpengetahuan agama & yang ade fikrah, bile kau yang dahulu nya kurang faqih dalam agama, sedikit sebanyak akan terkesan. jika dahulu kau tak ambil berat tentang solat, kau jadi sedikit ambil berat. kerana itulah timbulnya beza dalam maksud ertikata kawan, rakan, teman &  sahabat. kau nak jadi yang mane pada rakan2 kau? pikirlah.

etika berkawan yang baik, kau kawanlah dengan semua orang, tapi pastikan kau selalu berdamping hanya dengan orang yang layak kau gelar sahabat. seperti para sahabat yang menganggap Nabi Muhammad  s.a.w. junjungan kita seorang sahabat yang terindah. jadilah sahabat terindah, yang bukan hanya pentingkan hal duniawi je,  tapi ukhrawi rakan2 kita. kalau semua orang begini, kan bagus dunia ni jadi. wallahualam.

tak perlu suka sangat

Posted in otak lalala kata with tags on November 20, 2009 by sinyu lalala

dah sejuk gile dah nagaoka nih. main 4~7 degree je  sekarang ni ni..hadoi.. lemah gile gua camni bai. aku sangat kalah pada sejuk. tak gemar sejuk2 sangat ni. suka sedap2 cuaca autumn, mentari hangat sikit, angin sejuk sepoi2 betiup. syiokk oo..sejuk2 camni pun, bakteria jerawat aku masih belum mahu hibernate. tension. hibernate la weh!!

aku mahu bagitau buat kau yang di mesia, yang konon suka sangat winter, kenapa kau tak perlu suka sangat musim sejuk.  antaranya :

  • kau akan jadik malas secara automatik. tak jadi pada semua orang, tapi pada segelintir. bila sejuk, kau akan rasa tak buleh nak buat ape, nak duk dalam comforter/futon je sambil korek idung yang penuh dengan precipitate akibat kau pasang heater separa letrik separa minyak tanah. duk dalam kotatsu, syiokk!
  • hendak keluar rumah, kau kena sodok salji2 yang betimbun sekeliling kereta kau. hari pertama salji di negara orang mungkin kau akan suka bagai nak sewel. macam aku dulu, hari pertama salji kat jepun, sodok salji keliling kereta sambil menyanyi keriangan. masuk hari kedua, menyumpah aku tekanan.
  • kekerapan mengalami simptom geleng2 mendadak secara tiba2. tatkala ini, allignment dan kekuda kau perlu cukup kukuh untuk kestabilan diri.
  • akan banyak duduk  rumah berkurung diri. kerana kat luar bersalji dan sejuk, akan ade rase malas mahu keluar rumah. nak masak pun malas pasal dapur kau sejuk gile. kalau ade megi, hari2 makan megi. letak ayam luar peti ais untuk defroze, tak letak dalam air panas, sampai lusa belum tentu ayam kau lembut.
  • masuk tandas, bukan sahaja bau, malah wap2 bahan kumbahan kau pun akan kau perolehi. ini serius, bukan cerita kotor. perbezaan suhu yang besar menyebabkan wap2 bahan kumbahan kau naik menerawang di ruang legar tandas. ish..
  • susah dapat kekuatan untuk bangun subuh. kau orang aku tak taulah camne..aku ni, ya Allah, berilah aku kekuatan ya Allah, untuk menunaikan tanggungjawabku kepadaMu ya Allah.. terkadang tak terjaga akibat syiok sangat tido dalam futon suhu sejuk2 camni. astaghfirullah..
  • senang accident. kau hati2lah memandu. jalan licin senang menggelungsur. ramai masuk longkang, masuk sawah, juga ada yang jadi arwah. tak kurang kes rumah terbakar, kerana penggunaan heater. wanauzubillah..

banyak lagi sebenarnya, tapi cukupla. lain2 kau boleh pikir sendiri. dan aku nak gitau sikit, bende2 yang boleh kau buat kerek dengan musim sejuk :

  • cakap mulut keluar asap. ni bende boleh buat modal untuk kau kerek gile nih! haha. orang isap rokok len cite a kan. sejuk2 cakap kuar asap, macam dalam pilem pulak kan. fuuuh hhhaa hhaa..kuar asap kepul2. haha. takde keje
  • main snowboard. ape barang main ski, takde hasil betul kalau main ski je. tak kacak la bro! haha. snowboard lebih dipandang tinggi. syiokk oo.. lagi2 kalau kau dah terer. baru buleh kerek! jangan kerek sangat, nanti patah riuk kau.
  • lepas mandi, badan ko berasap2 macam super saiya. aku tak taula kalau kau tak layan benda ni. aku suka je konon2 aku goten, berasap2 badan weh!! haha. mandi gune air panas, suhu luar sejuk gile kan.. mau tak berasap
  • dapat pengalaman. kalau sekadar pengalaman sehari dua main salji, mungkin kau buleh buat kerek la kan.. tapi kalau kau hidup dalam salji.. tak tahu kau jadi orang ke jadi beruang.. hibernate sepanjang musim.

pandai2 la kau terima baik dan buruk. kalau kau seorang yang suka musim sejuk, lain la pendapat kita kan. ini tidak lain, hanyalah pendapat aku. kau fikir2kanla..aku buat entri camni sebab aku tak sabar nak balik mesia dan tinggalkan musim sejuk di jepun. haha! tak sabarnye…

pasal engineering sikit

Posted in otak lalala kata with tags , on November 13, 2009 by sinyu lalala

assalamualaikum. kau dah jawab belum salam aku? jawab dulu bai. sebelum ape2, kau tengoklah video atas ni. kalau yang dah tengok itu cerita lain, tapi bagi yang belum tengok, kau tengoklah dan pasti kau kagum dan teruja. lagi2 jika kau budak engineering. kalau kau budak material lagila pulak, mesti kau terbayang jika kau yang jumpe or buat benda tu, mesti kau akan jadik kaya gile x agak. mimpi la kau. haha

video berkenaan dengan sejenis material dipanggil d3o. sape2 yang dah tau, taulah. bagi yang belum tahu, video atas ni dalam bahasa jepun. nak english, kau search je d3o kat youtube, pasti macam2 keluar. d3o ini lembut macam gel, macam adunan uli2 tepung nak buat kuih tu, tapi bile kau bagi daya dengan kuat secara tibe2, die akan keras serta merta. gile kacak material ni! aku kagum, terpana, terkesima tengok video ni dulu. tak perlu aku terangkan pasal material ni lebih2 pasal kau boleh tengok di youtube & google sendiri. yang aku mahu kongsi adalah, perasaan kagum betapa hebatnya Allah s.w.t.

material itu tidak lain, memiliki sifat sedemikian atas izin Allah s.w.t. alaa, sama macam gulalah, tak manis die kalau Allah tak izinkan die manis. dan yang jelas kau tahu, api tak boleh membakar dengan kepanasannya tanpa izin Allah, macam dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. dulu. pun kalau material ini dicipta oleh saintis mane2, sape yang bagi die ilham? sape yang bagi die ilmu tu? sape yang benarkan material tu keras tibe2 kalau kena daya terkejut? semuanya dari Allah s.w.t. dan begitulah sepatutnya kita tengok dunia sekeliling kita. sekarang ni kebesaran dunia lebih besar dalam hati kita banding kebesaran Allah. tak begitu?

saje mahu berkongsi cerita, satu hari tu dapat borak dengan sorang saudara baru, member jepun masuk Islam. baru tak baru jugakla die terima islam ni. aku sekadar pak penyibuk je dalam sesi tanya menanya dengan mamat jepun islam tu. sikit2 yang mampu aku tolong translate, aku tolongla. padahal bahasa jepun aku tunggang langgang jek. haha. yang nak tanye tu sorang ustaz kat sini, abang fauzi, ngan ade dua orang senior pompuan. masing2 faqih dalam agama, kecuali akula..dhaif. yang menarik perhatian aku, bile budak jepun  tu tanye, kenape perlu fikir pasal pencipta? sebab die masih belum dapat keyakinan tentang kewujudan Allah.

orang yang tiada agama ni agak lain pemikiran dorang dengan yang dah ade agama. yang beragama yang tau kewujudan tuhan senang sikitla untuk tarbiyah die, untuk terangkan pasal Allah s.w.t. dan konsep monotheism dalam Islam. tapi bagi orang jepun yang tidak beragama dan pandang semua dari segi saintifik, kite kena jelaskan dari segi saintifik jugak. bile ditanya soalan kenape perlu fikir pasal pencipta dalam hidup ni, aku blur gile awal2.. abang fauzi terang kat kitorang dalam bm, aku ngan senior pompuan tu cube terangkan dalam japanese. sibaikla ade abang fauzi kan, dah name pun ustaz.  berjaya jugak nak terangkan kat mamat jepun tu tentang kenapa perlu fikir pasal pencipta dari segi saintifiknya.

aku ade nukilkan dalam english tentang teori The Creator tu. kau boleh download & bace kalau kau nak. yang kami cerita kat mamat jepun tu panjang lebar lagi, tapi dalam artikel tu pendek je, untuk keluaran artikel blog nagaoka masjid. panjang gile dah entri ni. haha. sory la weh makan mase kau yang bace lame2. vielen dank!

sedikit pasal medic

Posted in otak lalala kata with tags on November 12, 2009 by sinyu lalala

assalamualaikum. kau jawab dulu salam aku sebelum kau terus bace ye! hehe. baguss! jawab pun kau. entri kali ni, bersifat medic. untuk pengetahuan kau orang yang tak tau, aku nak gitau yang aku seorang pelajar engineering yang tak minat engineering, tapi minat medic. aku tidak pilih medic kerna mase sekolah, aku disogok dengan cerita2 kesibukan seorang doktor bile keje nanti, sedangkan aku nak lebih mase untuk famili.

mase form 4, time tu aku still bercita2 nak jadi doktor, mase mrsm buat korban lembu & kambing, untuk raya haji.. ustaz jantan tanye, “haa, ni sape nak jadi doktor ni, meh sini belah ni!” aku dengan kompidennye jawab “haa..meh sini ustaz..” aku ingat kena wat ape, rupenye kena belah perut lembu yang baru kena sembelih. lembu tu dah kiok, n budak2 pun telentangkan.. ” jangan sampai terburai isi perut die!” kate ustaz jantan. aku pun ape lagi, tunjukkanla kejantanan aku jugak,  kerek je belah perut lembu sikit punye cantik. haha. habis keje lapah melapah, mase nak masak, kecoh ustaz2, cikgu2, makcik2 DS yang daging kambing hilang. sampai sekarang dorang tak tau, tu keje aku sebenarnye. hehe. mase lapah tu, takde bekas isi daging dekat dengan aku, paling dekat belakang aku ade bekas ade isi daging kambing. aku pun pe lagi, tibai campur jela. dah name daging, ye tak! mintak maap la ye ustaz jantan. mampus naik darah tinggi makcik2 pakcik2 yang tibai termakan daging kambing malam tu. hehe.

cakap pasal medic, aku suke huda ajar aku mende medic walaupun aku tak paham sepatah aram kadang2. ade sekali tu, huda tengah study. aku kol, aku tanye tengah study ape. huda jawab tengah study pasal Huntington’s Chorea. huda tanye aku, tau x penyakit ape? aku mane bole tak tau kan, aku tibai ikut suke aku la. aku cakap, “tau! sakit die, orang tu tak pasal2 tibe2 je menari. die taknak pun. tibe2 jek!” pasal dalam otak aku tengah ade sehati berdansa. tibe2 huda jawab, “ish..terernye. camne bole tau?” aku ingatkan sajela huda nak layan jawapan sengal aku. aku pun layan jela balik, pasal memang kitorang sengal selalu. rupenye huda memang ingat aku betul2 terer pasal memang betul ape yang aku jawab tu. aku mati2 tak caye. sekali huda bagi aku video ni..

ye. itu die.. aku pecaye akhirnya sambil berguling2 gelak. bukan gelakkan orang ni, kau jangan silap. aku gelak pasal aku ingat dah cukup sengal jawapan aku, rupenye tak sengal langsung. adess.. bile huda terangkan kat aku pasal penyakit ni, aku terasa sangat Maha Hebatnya Allah s.w.t. kalau kau nak tahu, nanti aku suruh huda tulis pasal penyakit ni kat blog die. part yang paling aku kagum, mase kite relax, kite tak pernah terfikir untuk bagi arahan tulang belakang kite camne, otot2 kite camne, tulang2 kaki dan tangan kite duk camne, semua tu otak kita automatik bagi arahan & ransangan. belum lagi kerja2 yang complex. mechanism yang sangat hebat kan! semua tu perlukan pencipta yang hebat juga, dan tiada yang lain, hanya diriMu Ya Allah yang layak mandapat pujian, Maha Pencipta sekalian alam.

notakacak : weh, kau orang yang budak mrsm, borak lebat nak wat reu, bagila idea nak p mane, bile, nak buat ape. moh2 kite bincang sikit demi sikit. dah tak lame nih. taun lepas pun area2 camni gak kite plan. kite serahkan urusan menghandle kepada abg maarup ye! yeahhh!!

kau perlu tahu kenapa

Posted in otak lalala kata with tags on November 9, 2009 by sinyu lalala

almondsalam. aku mintak maap lagi sekali sebab entri mencarut sebelum ini agak kasar dan tidak sesuai untuk kau yang alim baca. aku tidak alim, juga bukan baik sangat. aku cuma mahu dan berkeinginan menjadi baik, bersama kau orang sekalian juga. pelan2 kayuh pun jadila..sampai insyaAllah satu hari nanti. banyak2 doa la kan. entri mencarut itu aku da buang, pengajaran die, jangan kau mencarut.

gambar atas takde kena mengena dengan entri kali ni. aku cuma nak jelaskan beberapa persoalan yang sering ditanyakan kepada aku dan mungkin kau tak tanya pun, tapi aku sibuk nak gitau. tak tau malu gile aku. hehe. kau nak tahu, bacalah. takde, kau pegilah blog orang lain yang lebih bergaya.

first, kenapa aku selalu balik mesia belajar kat jepun ni. asal cuti, seboleh mungkin aku nak pulun habiskan dengan balik mesia. cuti musim sejuk, seboleh mungkin aku nak pulun 3bulan balik. jelesla kau orang yang cuti winter pendek! haha. aku balik tidak lain dan tidak bukan, kerana mak abah, family dan anak2 aku, juga huda. tapi yang paling penting ialah mak abah aku. macam kau orang jugak rata2nya, aku keluar duduk jauh dengan famili dari form 1, sampai sekarang ni, masih berjauhan dengan famili. walaupun boleh kata tiap hari aku contact famili aku kat sini, tapi lain dol, dengan pulang ke mesia, tatap wajah mereka, dapat peluk cium mereka. sangat lain. aku dah rase sekarang ni sepatutnya aku kena spend banyak masa untuk mak abah aku. mak selalu pesan, study penting, tapi aku akan cakap, mak abah lagi penting. ok, aku da start sedih.. kau tak tahu bila masa mak abah kau akan jadi mayat. ini suatu yang pasti berlaku. aku tak dapat bayangkan kalau2 aku tidak sempat tatap wajah mereka sebelum mereka menjadi kaku, atas sebab aku duduk jauh di sini. aku belum menjadi anak yang soleh, tolonglah ya Allah, panjangkan umur mak dan abah aku. sebab nak selalu dengan mak abah, aku selalu balik. aku rindu nak peluk cium mereka tiap masa. kau pun aku pesan, ade cuti, baliklah..nanti mak abah kau dah jadi mayat, balik pun tak gune. pikirlah.

kedua, kenapa aku tak layan facebook yang kau orang layan gile gaban. satu sebab yang pasti, aku tak suka facebook sebab ianya terlampau crowded pada aku. aku tak suka sesak2. aku bukak jugak kadang2 dengan harapan aku mampu layan fb macam kau orang, tapi bila aku bukak, tak sampai 5 minit aku dah rase sesak. dan aku akan matikan window fb. aku seorang yang simple, dan suka bende simple, tak perlu macam2 function yang crowded. aku begitu. macam blog inilah, aku suka ianya simple. tak perlu ade macam2 widget. sesak. itu cara akulah. kau dengan cara kau itu hak kau dan aku hormati. aku tak suka sangat dengan blog yang sesak dengan glitter2 dan widget berderet2, lagi2 yang siap ade muzik. bukak2 keluar lagu. tapi jangan risau, aku akan bace jugak, cuma aku akan terus cari kat mane nak pause kan lagu itu dulu. aku tak suka suasana gamat. aku simple, tenang dan kadang2 sahaje kalut. haha. pecaye x? cukup kau percaya sekadar aku seorang yang simple. hehe

aku ade satu soalan ni. kalau ade makcik yang terer masak bace blog aku kan bagus, pasal aku nak tanye pasal masakan ni. tapi takpela, kau yang tahu bagitaula. tak tahu, kau buat teori sendiri pun aku akan cuba percaya. camni, kenapa bancuh tepung untuk buat cekodok ke, jemput2, lempeng, capati tak boleh gune air panas e?aku dah penah kena sekali, gune air panas buat jemput2. lembik jadiknye macam jeli gamat kau tahu! baru2 ni aku cube lagi dengan gune air suam sikit je..sikit je die panas. buat tosei. tosei aku rupe kuih bengkang penyek jadiknya. tak paham aku. mesti kena air sejuk baru jadi. kenape e? struktur ape yang berubah kalau gune air panas? tepung memang takle gune air panas e? kau yang tahu, tolongla bagitau. aku pikir jugak pasal struktur kimia dia, hutak aku mereng dah pikir. x jumpe jawapan. xpela, aku dah dapat pegajaran, takleh langsung gune air berhaba bancuh tepung.

last sekali, dak2 mrsm serting weh, jom a plan buat aktiviti tahunan kita cam biase. reunion underground! hehe. jom2.. takyah kecoh2 dol. tak suke official2 nih. pening kepala. jom2! gua balik kang kita gi pulau!! azeela kate die sponsor chalet! yeehaa!!