entri panas hati

tentang ape aku nak kate ni, aku harap kau faham betul. tak kisahlah kau sape. aku pun sekali termasukla. hal ini berkenaan golongan tarbiyah. jangan cepat nak melenting sebelum kau bace sampai habis. aku tengah panas hati ni. kau sejuk2 suda..

aku tak nafikan golongan tarbiyah yang m’jalankan aktiviti dakwah dan islah ni adalah sangat penting dalam agama. usaha kau orang ibarat tulang belakang agama. tak perlu cerita panjang sebab aku tau, rata2 dari kau orang pun tahu kepentingan usaha dakwah ini. aku nak kau fahamkan betul2, apa yang aku nak cakap ni, bukan untuk golongan tarbiyah sekaliannya, tapi hanya untuk individu yang salah cara mereka. so, tak perlulah semua sek-sek tarbiyah, tak kiralah usrah, tabligh, halaqah atau ape saje nak condemn aku pasni.

cerita start bila kau tarik seseorang dari agama lain memeluk islam. ok, sampai sini memang murni usaha kau. tapi cara kau treat saudara baru itu, kau bagaikan tiada perasaan. kau pisahkan dia dengan keluarga, hanya semata sebab keluarganya bukan islam, dan kau takut dia kembali ke agama asal. sedikit peluang pun kau tak bagi untuk die contact family. kau tak tahu ke ape kau buat ni keje gile? macam kes culik kau tahu! kau memburukkan nama islam lagi adalah.

kau tahu kan, yang semua dari kita ada perasaan. saudara baru itu juga punya perasaan, rindu, kasih, sayang. kau tak fikir pasal rindu dia pada mak ayah dia? kau buat die tension kau tahu! dan nahh, lepas kau buat die begitu, kesunyian & masalah dia taknak pulak kau amik tahu. dan bila tekanan memuncak, tidak mustahil dia tidak tenang memeluk islam. semua angkara cara kau layan dia! sehingga die terasa, agama asalnya lebih membahagiakan. amik ubat, tarbiyah jenis ape yang kau dah buat? kau fikirla..

dah tu, bile budak baru tu nak belajar dengan kau, nak same2 bertarbiyah dengan kau, kau cakap die tak layak kerana tak sama level dengan kau. hallo, kau buleh tau level mane iman orang keliling kau ke? kalau nak cakap pasal level ilmu, memang orang2 baru masuk islam ni yang patut kau pilih masuk dalam grup kau, untuk mengajar dan same2 belajar ilmu agama. bukan kau ketepikan orang kurang ilmu. dem gile cara kau.

ape yang aku nak katakan, berhikmahlah dalam agama. kau kena fikir, walaupun saudara baru itu sudah islam, dia masih lagi perlu menghormati orang tuanya, dan pastinya, die sangat rindu pada keluarga dia setelah kau larikan dia bertahun lamanya. ade otak, tapi tak guna! panas ati aku.

sedih, orang yang tahu cerita ini mesti menitiskan air mata. bagaimana iman seorang muallaf yang benar2 mendalami ilmu islam, yang sudah mahir berbicara tentang kebenaran islam, tetapi kerana sedikit kesilapan layanan dari kau, imannya goyah..longlai dek kerinduan yang amat pada keluarga. kau perbetulkanlah diri kau dulu. aku sedar aku bukan baik sangat nak nasihat camni pada kau yang buat begini.

walaupun kepada orang yang aku nak mereka bace tak terbaca pasal ni, aku nak at least, aku dan kau orang yang bace ambil pengajaran. kalaupun kita tidak mampu mengharumkan nama islam, sekurang2nya, kita tidak mengotori nama islam. wassalam.

5 Responses to “entri panas hati”

  1. buat aku termenung sebentar..nice2

  2. tabik spring with ur post this time.
    (toing toing)

  3. kau sekeh yo pak tabligh berangan tu… den pasti diorg paham… kalau x paham.. kau cakap la camni.. 1st dgn tgn.. 2nd cakap.. 3rd hati.. den pon paneh gak org2 camni.. den laie la x alim… tp yg ponting… jgn nak memandai2 bilo tak berapo pandai kannnnnnnnn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: