pasal engineering sikit

assalamualaikum. kau dah jawab belum salam aku? jawab dulu bai. sebelum ape2, kau tengoklah video atas ni. kalau yang dah tengok itu cerita lain, tapi bagi yang belum tengok, kau tengoklah dan pasti kau kagum dan teruja. lagi2 jika kau budak engineering. kalau kau budak material lagila pulak, mesti kau terbayang jika kau yang jumpe or buat benda tu, mesti kau akan jadik kaya gile x agak. mimpi la kau. haha

video berkenaan dengan sejenis material dipanggil d3o. sape2 yang dah tau, taulah. bagi yang belum tahu, video atas ni dalam bahasa jepun. nak english, kau search je d3o kat youtube, pasti macam2 keluar. d3o ini lembut macam gel, macam adunan uli2 tepung nak buat kuih tu, tapi bile kau bagi daya dengan kuat secara tibe2, die akan keras serta merta. gile kacak material ni! aku kagum, terpana, terkesima tengok video ni dulu. tak perlu aku terangkan pasal material ni lebih2 pasal kau boleh tengok di youtube & google sendiri. yang aku mahu kongsi adalah, perasaan kagum betapa hebatnya Allah s.w.t.

material itu tidak lain, memiliki sifat sedemikian atas izin Allah s.w.t. alaa, sama macam gulalah, tak manis die kalau Allah tak izinkan die manis. dan yang jelas kau tahu, api tak boleh membakar dengan kepanasannya tanpa izin Allah, macam dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. dulu. pun kalau material ini dicipta oleh saintis mane2, sape yang bagi die ilham? sape yang bagi die ilmu tu? sape yang benarkan material tu keras tibe2 kalau kena daya terkejut? semuanya dari Allah s.w.t. dan begitulah sepatutnya kita tengok dunia sekeliling kita. sekarang ni kebesaran dunia lebih besar dalam hati kita banding kebesaran Allah. tak begitu?

saje mahu berkongsi cerita, satu hari tu dapat borak dengan sorang saudara baru, member jepun masuk Islam. baru tak baru jugakla die terima islam ni. aku sekadar pak penyibuk je dalam sesi tanya menanya dengan mamat jepun islam tu. sikit2 yang mampu aku tolong translate, aku tolongla. padahal bahasa jepun aku tunggang langgang jek. haha. yang nak tanye tu sorang ustaz kat sini, abang fauzi, ngan ade dua orang senior pompuan. masing2 faqih dalam agama, kecuali akula..dhaif. yang menarik perhatian aku, bile budak jepun  tu tanye, kenape perlu fikir pasal pencipta? sebab die masih belum dapat keyakinan tentang kewujudan Allah.

orang yang tiada agama ni agak lain pemikiran dorang dengan yang dah ade agama. yang beragama yang tau kewujudan tuhan senang sikitla untuk tarbiyah die, untuk terangkan pasal Allah s.w.t. dan konsep monotheism dalam Islam. tapi bagi orang jepun yang tidak beragama dan pandang semua dari segi saintifik, kite kena jelaskan dari segi saintifik jugak. bile ditanya soalan kenape perlu fikir pasal pencipta dalam hidup ni, aku blur gile awal2.. abang fauzi terang kat kitorang dalam bm, aku ngan senior pompuan tu cube terangkan dalam japanese. sibaikla ade abang fauzi kan, dah name pun ustaz.  berjaya jugak nak terangkan kat mamat jepun tu tentang kenapa perlu fikir pasal pencipta dari segi saintifiknya.

aku ade nukilkan dalam english tentang teori The Creator tu. kau boleh download & bace kalau kau nak. yang kami cerita kat mamat jepun tu panjang lebar lagi, tapi dalam artikel tu pendek je, untuk keluaran artikel blog nagaoka masjid. panjang gile dah entri ni. haha. sory la weh makan mase kau yang bace lame2. vielen dank!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: