tak perlu suka sangat

dah sejuk gile dah nagaoka nih. main 4~7 degree je  sekarang ni ni..hadoi.. lemah gile gua camni bai. aku sangat kalah pada sejuk. tak gemar sejuk2 sangat ni. suka sedap2 cuaca autumn, mentari hangat sikit, angin sejuk sepoi2 betiup. syiokk oo..sejuk2 camni pun, bakteria jerawat aku masih belum mahu hibernate. tension. hibernate la weh!!

aku mahu bagitau buat kau yang di mesia, yang konon suka sangat winter, kenapa kau tak perlu suka sangat musim sejuk.  antaranya :

  • kau akan jadik malas secara automatik. tak jadi pada semua orang, tapi pada segelintir. bila sejuk, kau akan rasa tak buleh nak buat ape, nak duk dalam comforter/futon je sambil korek idung yang penuh dengan precipitate akibat kau pasang heater separa letrik separa minyak tanah. duk dalam kotatsu, syiokk!
  • hendak keluar rumah, kau kena sodok salji2 yang betimbun sekeliling kereta kau. hari pertama salji di negara orang mungkin kau akan suka bagai nak sewel. macam aku dulu, hari pertama salji kat jepun, sodok salji keliling kereta sambil menyanyi keriangan. masuk hari kedua, menyumpah aku tekanan.
  • kekerapan mengalami simptom geleng2 mendadak secara tiba2. tatkala ini, allignment dan kekuda kau perlu cukup kukuh untuk kestabilan diri.
  • akan banyak duduk  rumah berkurung diri. kerana kat luar bersalji dan sejuk, akan ade rase malas mahu keluar rumah. nak masak pun malas pasal dapur kau sejuk gile. kalau ade megi, hari2 makan megi. letak ayam luar peti ais untuk defroze, tak letak dalam air panas, sampai lusa belum tentu ayam kau lembut.
  • masuk tandas, bukan sahaja bau, malah wap2 bahan kumbahan kau pun akan kau perolehi. ini serius, bukan cerita kotor. perbezaan suhu yang besar menyebabkan wap2 bahan kumbahan kau naik menerawang di ruang legar tandas. ish..
  • susah dapat kekuatan untuk bangun subuh. kau orang aku tak taulah camne..aku ni, ya Allah, berilah aku kekuatan ya Allah, untuk menunaikan tanggungjawabku kepadaMu ya Allah.. terkadang tak terjaga akibat syiok sangat tido dalam futon suhu sejuk2 camni. astaghfirullah..
  • senang accident. kau hati2lah memandu. jalan licin senang menggelungsur. ramai masuk longkang, masuk sawah, juga ada yang jadi arwah. tak kurang kes rumah terbakar, kerana penggunaan heater. wanauzubillah..

banyak lagi sebenarnya, tapi cukupla. lain2 kau boleh pikir sendiri. dan aku nak gitau sikit, bende2 yang boleh kau buat kerek dengan musim sejuk :

  • cakap mulut keluar asap. ni bende boleh buat modal untuk kau kerek gile nih! haha. orang isap rokok len cite a kan. sejuk2 cakap kuar asap, macam dalam pilem pulak kan. fuuuh hhhaa hhaa..kuar asap kepul2. haha. takde keje
  • main snowboard. ape barang main ski, takde hasil betul kalau main ski je. tak kacak la bro! haha. snowboard lebih dipandang tinggi. syiokk oo.. lagi2 kalau kau dah terer. baru buleh kerek! jangan kerek sangat, nanti patah riuk kau.
  • lepas mandi, badan ko berasap2 macam super saiya. aku tak taula kalau kau tak layan benda ni. aku suka je konon2 aku goten, berasap2 badan weh!! haha. mandi gune air panas, suhu luar sejuk gile kan.. mau tak berasap
  • dapat pengalaman. kalau sekadar pengalaman sehari dua main salji, mungkin kau buleh buat kerek la kan.. tapi kalau kau hidup dalam salji.. tak tahu kau jadi orang ke jadi beruang.. hibernate sepanjang musim.

pandai2 la kau terima baik dan buruk. kalau kau seorang yang suka musim sejuk, lain la pendapat kita kan. ini tidak lain, hanyalah pendapat aku. kau fikir2kanla..aku buat entri camni sebab aku tak sabar nak balik mesia dan tinggalkan musim sejuk di jepun. haha! tak sabarnye…

2 Responses to “tak perlu suka sangat”

  1. salam..
    haha..igtkn aku sorang je anti musim sejuk..tgk2 ko pn sma je..aku rse semua pn cm2 kot..konon je dlu2 suka..lma2 jd menyampah…kt rusia winter extreme giler,worst msa ktrg 1st yr spai -40…skang ni plg sejuk pn -20 lebih je..still horror tp xseteruk dlu la…n kat cni winter dr nov-mac=5 bulan!

    kesimpulannya,bersyukurlah dgn kepanasan msia…hehe🙂

    • haha. x jgk mil. ade jek mber2 aku yg suke winter. kire kite ni mmg jiwa mesia ah! haha.

      aku lum winter lagi. baru nak masuk. tmpt aku xde la smpai -40. tapi masalahye berangin..tu yg buat sejuk ke sum2 tu.adess..

      mesia terbaik!! hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: