tajuk ikut suka kau

atas ni adalah snapshot dari website wolfram alpha. saje mau berkongsi dengan kau orang semua website yang gile kacak ni. website knowledge engine ni memangla hebat. bagi kau yang pemalas, aku nasihatkan jauhi website ni. akan membuatkan kau lebih malas! aku tak tipu. aku dah nasihat, kalau kau tak ikut, itu hal kau. hehe. aku bagitau untuk kau gunekan ke arah kebaikan.

secara ringkas aku terangkan, website ni mampu buat derivative, integral, graph, taylor & maclaurin series, dan segala yang kau perlukan dalam matematik. itu yang penting pada aku. tapi bukan saje matematik,  malah banyak lagi website ni boleh! kau type la malaysia, dan kau saksikan hasilnya. kau type la ape2, even kau tanye die soalan seperti how old are you etc. & die akan jawab. ok, soalan2 dah diprogramkan, so, takdelah kacak sangat function ni.

cume yang best pada aku, die boleh buat kira2 matematik. kau bubuh je persamaan atau formula yang kau ade masalah selesaikan taylor series die, atau derivative ke ape2 lah, nescaye kau akan dapat jawapan dengan lengkap sekejepan saje. siap boleh tengok jalan kerja. tak perlu tunggu seminggu untuk amir imran buatkan soalan pembezaan yang tak siap2 sampai sekarang ni. haha.

tuka topik. kalau hari2 kau berdamping dengan orang yang fasik, sebagai contoh, seorang yang tak ambik kisah pasal solat die. hari2 kau bergaul dengan die, kamceng gile a kire, berbulan bertahun begitu, sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi cara kau berfikir. daripada kau seorang yang ambil berat mengenai solat, dengan bergaul dengan die, kau sedikit kurang ambil berat. pada kau, “alah, die ni relak je. lagi teruk dari aku. at least aku buat jugak.” tak banyak, sedikit akan ade rase sebegitu.

sebab itu islam suruh kita selalu berdamping dengan alim ulamak, ustaz, guru agama, dan rakan2 yang baik. sebaliknya kepada kes tadi, dengan kita berkawan dengan orang yang berpengetahuan agama & yang ade fikrah, bile kau yang dahulu nya kurang faqih dalam agama, sedikit sebanyak akan terkesan. jika dahulu kau tak ambil berat tentang solat, kau jadi sedikit ambil berat. kerana itulah timbulnya beza dalam maksud ertikata kawan, rakan, teman &  sahabat. kau nak jadi yang mane pada rakan2 kau? pikirlah.

etika berkawan yang baik, kau kawanlah dengan semua orang, tapi pastikan kau selalu berdamping hanya dengan orang yang layak kau gelar sahabat. seperti para sahabat yang menganggap Nabi Muhammad  s.a.w. junjungan kita seorang sahabat yang terindah. jadilah sahabat terindah, yang bukan hanya pentingkan hal duniawi je,  tapi ukhrawi rakan2 kita. kalau semua orang begini, kan bagus dunia ni jadi. wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: