Archive for May, 2010

pelangi hati

Posted in hati lalala kata with tags on May 27, 2010 by sinyu lalala

pelangi hati

tahu, ramai di kalangan kau orang yang sedang kacau bilau hati.. tak tenang.. gundah gulana.. mengalami kerosakan jiwa yang kritikal.. ianya macam musim jiwa kacau je tampak gaya..

pelbagai sebab ade.. gadoh dengan laki.. bini lari dari rumah.. balak skandal dgn gadis lain.. awek mintak cerai talak 3.. kerja macam dem bosan nak mampus.. kucing cirit birit.. patung sailormoon koleksi kau ilang.. macam2..

rindu menggila.. sukar buat pilihan jodoh.. tak tahu perlu teruskan hubungan atau tak.. bingung dengan masa depan.. macam2 yang mengusutkan hidup kan?

pun berat mana ujian atau masalah yang kau hadapi, satu benda kau perlu sentiasa ingat..

ingat ini.. kita hambaNya yang lemah.. yang hina.. yang banyak buat dosa.. tak mampu nak buat apa2 pun tanpa izinNya. degup jantung kau pun kau tak boleh nak kawal.. hatta nak korek idung, nak kentut pun kena dengan izin Dia..

oleh itu, jangan sesekali kau mengeluh.. jangan sesekali kau pertikaikan ketentuanNya. sedar diri sikit, tak layak sungguh kita. andai kita berkata “Ya Allah, kenape aku kena camni ya Allah?” kau sedar kah diri kau siapa? tangan yang ditadah ketika berdoa, kan tangan itu jugak yang buat dosa pelbagai jenis.. mata yang memandang tempat sujud, mata yang menangis mengenangkan nasib, kan mata itu jugak yang menikmati pelbagai maksiat dunia.. kan? lagi mau banyak cerita ke bai?

redha

tak layak langsung kita nak pertikaikan ketentuan Ilahi. pasrah menghadapi setiap dugaan, setiap ujian, setiap masalah dengan hati yang tenang.. belajarlah menerima suratan hidup.. ketentuanNya.

ingat

tak perlu lari dan elak dari masalah, kerana ianya akan tetap kau hadapi.. pandang ia sebagai suatu keindahan dalam hidup. keindahan yang mendewasakan kau..

bila setiap yang berlaku dipandang indah, rindu, sepi, tangis, kecewa, pilu, pasrah, kasih, derita, semuanya akan kau hargai sebagai keindahan yang mewarnai hidup.. menjadi penyeri hari.. menjadi Pelangi Hati..

dengan menikmati segalanya sebagai keindahan, kau akan lebih hargai nikmat umur yang Dia pinjamkan..

aku cuma bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian, penilaian.. terpulang pada kau untuk pilih jalan apa dalam menghadapi masalah dan tekanan hidup. hantuk kepala ke dinding lif juga salah satu cara. silalah kalau kau cukup bangang..

p/s : family ngan member2 selalu tanye, jepun musim ape sekarang. dan jawapan aku spontan, sedang musim mengawan. bangang bukan? mungkin perlu tukar jawapan ke musim jiwa kacau selepas ini. wee..

Advertisements

kad yang bertindih

Posted in hati lalala kata with tags on May 19, 2010 by sinyu lalala

tentang keperluan dan keinginan

seringkali kita salah menafsirkan bahawa keinginan kita itu satu keperluan..sebaliknya jarang atau tak pernah sama sekali kita meletakkan keperluan itu sebagai satu keinginan..

kerna seringkali keperluan berada pada takat di bawah keinginan kau..tetapi, terkadang bagai kad yang bertindih, keperluan dan keinginan kau berkongsi ruang..

hakikatnya, memenuhi keperluan merupakan yang terbaik dalam hidup kita..kerna dengan memenuhi keperluan tanpa menurut keinginan kau, kau akan belajar sesuatu yang berharga..Sabar

aku bagi contoh mudah..

keperluan, kau perlu makan malam hari ini..makan ape pun tak kisah.. makan nasi dengan telur mata lembu dan kicap pun ok. asalkan makan, pada kau ianya cukup. itu keperluan kau

keinginan, untuk makan malam hari ini, kau nak makan nan cheese, ayam tandoori, baryani kambing, dengan air lassi mangga. sengkek atau berduit kau, ianya berada pada tahap keinginan kau

dan seperti yang aku katakan, jikalau kau berjaya tidak menurut keinginan kau itu, kau akan menikmati suatu perasaan yang cukup mendidik..Kesabaran..

contoh lain

di hari perkahwinan kau, kau perlukan sebuah majlis walimah. sebagai memenuhi keperluan itu, cukup sekadar satu majlis sederhana yang tidak melebih-lebih dari segi belanja makan, hiasan dan kelangsungan majlis. yang penting keberkatan Ilahi yang dicari pada hari tersebut.

tetapi keinginan kau berkata, kau mahukan sebuah majlis yang gilang gemilang kerna ianya sekali seumur hidup kau. kau mahukan majlis di tempat2 mewah, hiasan yang mampu mengubah suasana majlis bagai taman syurga, kau dihias bagai pasangan bidadara~bidadari kayangan..dengan hiburan yang mewarnai hari berharga kau itu..ianya keinginan kau kan?

kalau kau mampu memiliki keinginan kau itu, ianya tidaklah salah sama sekali. malah ianya satu bonus bagi kau. tetapi jangan sampai kau merosakkan sesuatu demi mencapai keinginan kau itu..

kerna kau perlu ingat,

karma dunia, ada harga yang perlu dibayar atas setiap kehancuran yang kau sebabkan..

yang penting, perlu berhikmah dalam setiap tindakan kau. bersederhana lebih baik. jika kau mampu sekalipun memiliki setiap keinginan, tidak salah jika kau tunaikan keperluan kau sahaja..

tidak semua hari akan berpihak kepada kau..

p/s : tak pernah sesaat daku menyesali, apa yang telah aku nikmati, apa ku alami.. ~pelita by API

pura-pura kehidupan

Posted in hati lalala kata with tags on May 8, 2010 by sinyu lalala

berpura-pura

terkadang dalam hidup, kita perlu berpura-pura dalam beberapa perkara..

maksud dan tujuan kepura-puraan bergantung kepada individu.. samada untuk kepentingan sendiri, mahupun untuk menjaga kepentingan orang sekelilingnya..

berpura-pura tidak semestinya memiliki sifat negatif..ade pura-pura yang bersifat positif..

aku bagi contoh pura-pura negatif

en.kadir pura-pura menjadi seorang yang bersopan santun di hadapan mak yan demi memikat hati anak gadis mak yan, cik tukinah. padahal en.kadir adalah seorang yang sangat tekejal, suke melompat ke sini sane dan kurang asam perangainya.

contoh pura-pura positif

atan bai pura-pura ketawa terbahak-bahak sehingga batuk darah walaupun lawak wak kemat langsung dia tak paham. dia sangat menjaga hati sahabatnya itu.

berpura-pura bukan semuanya menipu. demi menjaga kepentingan orang sekeliling, terkadang kita berpura-pura dalam banyak hal dalam kehidupan..

berpura-pura gembira di hadapan semua rakan-rakan kau..ianya perlu, demi menjaga kegembiraan hidup bersama rakan-rakan di sekeliling kau.. pun berat mana masalah kau, sedih bagaimana sekalipun jiwa kau, rosak teruk mana pun hati kau, tetap kau perlu senyum..dan tunjukkan yang kau gembira..

ianya bukan lebih kepada “pura-pura gembira”..ianya lebih kepada “cuba hidup gembira”..

lain orang lain cara..dan cara-cara yang berbeza inilah yang mewarnai setiap rona-rona kehidupan..indah bukan?

berpura-pura gembira lebih elok daripada kau terus dihanyutkan kerosakan jiwa..sekurang-kurangnya, kau gembira juga walaupun ianya sekadar pura-pura..

nasihat aku, pura-pura juga perlu bertempat dan beretika. pura-pura positif mungkin perlu diamalkan manakala pura-pura negatif, jangan sekali. ianya hipokrit.

p/s : cuba hidup gembira dengan dengar lagu macam lagu kat bawah ni. kau biar betul?

beautifuly imperfect

Posted in hati lalala kata with tags on May 7, 2010 by sinyu lalala

menghargai

kau takkan dapat bayangkan betapa hebatnya Pencipta Sekalian Alam yang kita sembah setiap hari..Allahuakbar. semua yang tercipta terlalu indah dalam hidup kita..

menghargai adalah suatu tindakan bukan fizikal yang kau perlu sentiasa tanam dalam hidup..ianya dapat diterjemah dapat pelbagai bentuk tindakan..sama ada secara fizikal mahupun secara emosi..

suka & duka,tawa & tangis,setia & curang,bahagia & derita, dan pelbagai lagi bentuk terjemahan perasaan, segalanya adalah keindahan dlm hidup..kau hanya perlu berhenti seketika dan berfikir tentang penciptaannya..

menghargai sesuatu sebelum terlewat adalah sesuatu yang kau perlu lakukan..

menghargai kekurangan seseorang itu paling indah bagi aku..

sebagai contoh

pasangan hidup kau kuat kentut sebelum tido..setiap kali sebelum tido, ade saja bunyi dan bau kurang senang dari dia..kadang2 baunya mampu buat kau pitam..kalau ianya memang tidak boleh diubah, jangan kau marah..malah kau perlu hargainya..kerana bila dia sudah tiada, itulah yg akan kau rindukan setiap malam..dan kau takkan dapat memilikinya lagi sampai bila2..

aku bagi contoh buruk sangat..

baiklah, begini lebih masuk akal..

pasangan hidup kau itu seorang yang senang & suka tertido.. sambil berborak juga boleh tertido.. pun kau terpaksa berulang kali mengejutkannya supaya dia bangun study..pun kau terpaksa mengejutkannya berulang2 kali sehingga kau tak mampu tidur hanya untuk mengejutkannya bangun solat subuh..hargainya. ianya adalah suatu keindahan. kerana pabila dia telah tiada dalam hidup kau, telah pergi jauh meninggalkan kau, itulah yg kau akan rindu setiap saat dalam kehidupan seharian kau..dan ianya pasti takkan dapat kau miliki lagi..

little imperfection that make you perfect..

begitu juga jika pasangan kau suka merepek, buat lawak hampir stiap mase, seperti kanak2 yang tidak pernah matang.. sedang kau marah pun dia masih buat lawak..jangan kau membenci ia.. hargainya. kerana repekan itu yang kau akan rindu setiap masa pabila dia sudah tiada lagi di sisi kau..

kekurangan bukanlah untuk dimaki hamun, dibenci, dan perlu dibuang.. ianya perlu dihargai..

hargailah setiap yang berlaku di sekeliling kau..hatta setiap tangisan kau, perlu kau hargai..

pesan aku, hargai sesuatu itu sebelum terlambat..

p/s : ramai kawan2 yang dah dan nak kahwin. tahniah untuk kalian. indah kan hidup ni!=) oh, khas utk kamu mayani, tahniah ye. smoga kamu menjadi isteri solehah. dan kepada yang lain juga..

little imperfection that make you perfect..