kopi jantan tarik

tentang solat dan yahudi

seperti biase, lepas zuhur buat bacaan fadha’il amal, serta sedikit kupasan. dan seperti biase juga tadi, ianya menjadi borak2 kosong yang berisi ilmu dengan housemate aku. di bawah fadhilat shalat, hadith riwayat Imam Tirmizi tentang kepentingan kesempurnaan solat dan perlunya solat sunat. tajuk ringkas yang kau selalu dengar sejak dari kecik lagi. kesimpulan ringkas, betapa amal yang pertama sekali akan dihisab adalah solat..Kau dah tahu itu! dan pabila solat  fardhu punyai cacat cela, akan dipandang pulak solat2 sunat..Kau dah tahu itu! dan tatkala itu, kalau solat kau lepas, maka kau sudah mampu mengukir senyum. malang sekali kalau bab solat pun kau dah kantoi..telan air liur lah kau.. Itu pun kau dah tahu!hee..

ulasan ringkas tentang bagaimana kebanyakan kita, time puasa terutamanya, puasa tu buat..tapi tak solat. kau sediamaklum, sebelum puasa, solat dulu akan ditimbangkira.. kalau kantoi bab tu, maka kantoilah! sifir yang senang. itu ulasan dari zaman dulu. zaman la ni, sibuk di sini sana budak anti yahudi, anti zionist, anti israel.. tapi solat entah kemana.. kat facebook, blog, ym, skype, twitter, mane2 sumber yang kau mampu tunjukkan antinya kau pada mereka, kau tunjukkan. walhal isya’ burn di karaoke, azan subuh, air liur basi masih mengalir..sampai matahari hampir tegak, baru kau terjage. korek hidung, berak,  mandi dan bersiap, dan kembali menyebarkan perasaan antinya kau pada saitan2 itu. eh?

tak berminat dengan isu ini. ramai dah sebut.

tentang wanita dan neraka

mengaitkan isu syurga neraka selepas hisab itu tadi..terkeluar cerita yang secara lebih kurangnya, ada wanita berjumpa Rasulullah s.a.w. dan bertanya tentang bagaimana nasib wanita di akhirat kelak, sebab lelaki boleh solat jemaah di masjid, boleh pergi berperang untuk mengejar syurga..sedangkan mereka, hanya duduk di rumah. dan jawapan Rasulullah s.a.w., wanita lebih lagi best. wanita kalau dia taat Allah, Rasul dan Suami dia, die boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang dia suke. sedangkan lelaki yang syahid, akan masuk syurga melalui pintu syahid.. yang sempurna solat akan melalui pintu solat dll.. tetapi bagi wanita yang mempunyai ciri-ciri tadi, die boleh pilih ikut suke dia nak masuk pintu mane.  ikut suka hati kau je! best kan?

kalau begitu, kenapa Rasulullah pernah kata, ramai umatnya dalam neraka tu adalah wanita?

situasi mudah..seorang isteri bekerja kat sebuah kompeni sebagai setiausaha, atau kerani, atau sebagai makcik cleaner sekalipun, bos panggil masuk dalam pejabat. dalam pejabat berduaan, kalau sekejap dan dalam keadaan pintu terbukak takpe lagi, ni duk bincang projek sampai setengah jam sejam, pintu lak tertutup. kau fikir ianya tak mengapa? ianya HARAM dulu kini selamanya! ini bukan aku yang cakap, tapi ustaz Azhar yang cakap. aku cume memetik kata2 beliau dalam ceramah. ianya bukan situasi darurat. sehari sekali kau buat dosa itu, sebulan? setahun? bagaimana dengan suami yang tahu dan membiarkan perkara ni? dayuskah? lelaki dayus tak layak masuk syurga kau tau!

pakai jilbab panjang sampai punggung pun tapi kalau duk dalam kemungkaran dan laknat para malaikat tiap masa, takde gune kan? itu yang Rasulullah kata ramai umatnya kat neraka itu adalah dari kalangan wanita.

beruntunglah kau suami yang mampu memiliki seorang isteri yang sudi menjadi surirumah,  cuci spender renoma ngan stokin bau biawak mati kau setiap hari, menyusukan anak dengan susu badan, memukul anak2 kau dengan kasih sayang, masak lomak cili api + daging salai seminggu 3 kali..omakk aii..sodapnyo..! bersyukurlah lagi dan lagi jika kau dapat. balik2 rumah lepas penat kerja, kopi jantan tarik dah siap sedia!huiiyaii…best kan?

aku menulis bukan nak kata aku bagus..jauh sekali. aku menulis bukan nak menakutkan..jauh sekali. aku menulis untuk peringatan diri aku dan bakal anak2 aku nanti. start dari awal lagi blog ini, aku berniat nak tujukan kepada bakal anak2 aku nanti sebenarnya..biar mereka kenal ayahanda dia camne mase muda. haha.

p/s : kepada kau yang pernah aku tertanya,  “tak sanggup duk umah je ke jage anak2 nanti bile kahwin?” hati-hatilah. mungkin aku pernah terpikir untuk menjadikan kau permaisuri hidup aku. haha. maen2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: