lindungi kami Tuhan

Bersyukur tidak hanya cukup dengan melafazkan Alhamdulillah. aku nak bercakap tentang apa yang kita semua lalui pada hari-hari kita.. mane yang betul, mane yang tak betul, mane yang bagus, mane yang tak bagus, mane yang bajet macam bagus..heh!

begini, aku lihat kita ini kurang sangat bersyukur, aku sendirilah terutamanya. bersyukur sekadar melafazkan di bibir, kire ok lah kau masih ingat untuk mengucapkan Alhamdulillah tu. tapi ramai jugak yang tak mampu untuk buat bende simple itu. lepas makan, lepas bersukan, lepas bangun tido, lepas sembuh dari sakit, lepas lulus dalam exam, dan banyak lagi benda yang kau perlu ucap syukur. hatta setiap mudarat dan ujian yang kau terima, bersyukurlah! kerana itu tanda Allah masih peduli pasal kau. jangan sampai Allah malas nak amik peduli pasal kita..nauzubillah.

bersyukur dengan perbuatan kau.. pastikah kau buat? bagaimana Rasulullah yang maksum itu sampai bengkak-bengkak kaki solat, bila ditanya oleh isterinya Siti Aisyah radhiallahuanha, kenapa Nabi s.a.w. masih solat sampai bengkak-bengkak kaki sedangkan Nabi s.a.w. dijanjikan terampun dosa yang telah lalu dan akan datang. jawapan Nabi s.a.w. ringkas, padat, tepat dan jitu, “salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur..”

begitu sekali untuk menjadi hamba yang bersyukur.  setakat jage solat 5 waktu, nak kate kita hamba yang bersyukur? haha. balik awal la bai.. tak layak langsung kan. bagaimana dalam kehidupan kita seharian perlu hadirnya rase syukur  setiap saat.. setiap oksigen yang kita sedut Allah tak suruh kita bayar seposen sekali sedut, tak perlu kau kena bagi arahan kat  jantung kau supaya berdenyut dan kalau kau terlupa untuk suruh kau akan mati serta merta, banyak lagi yang kau perlu syukuri.

aku tak berapa faham, bagaimana kebanyakan rakyat malaysia berfikir. bila audition AF, malaysian idol, mentor, my star LG, boleh kate lebih setengah juta yang hadir. maksudnya, lebih dari setengah juta rakyat malaysia mahu jadik artis.. oh! itu yang mempunyai keberanian untuk pergi, yang menyimpan hasrat dalam hati kat rumah bagaimana? tentu ramai lagi bukan? inilah rasukan media dalam kehidupan kita tanpa disedari.

aku cuma terfikir, bagi mereka yang ade wajah boleh pergi, cantik atau kacak sikit, tapi suara macam hantu, mesti akan cakap, kalaulah suara aku sedap, mesti hot gile aku.. yang suara sedap tapi muka tongkang pecah, kalaulah muka aku cantik/hensem, mesti market gile aku.. oh, itukah doa kau? haha. pegi mampus.

doalah semoga diberi kefahaman agama. ramai yang terlupa untuk doa sedemikian. hanya berdoa untuk kecantikan fizikal untuk kehidupan duniawi. walhal kau perlu bersyukur dengan setiap nikmat yang kau miliki itu, dan mohonlah diberi kefahaman agama. bila kau faham agama, segalanya akan baik2 saja dalam hidup kau insyaAllah. jadilah hamba yang bersyukur. fahami agama untuk diamalkan! bukan pakai skirt pendek hampir cecah kemaluan, tapi bila ditanya ciri-ciri calon suami, kau mahukan suami yang beriman!! bukan pakai baju nampak lurah, dedah sane sini, tapi bila dikecam kerana seksi, jawapan kau “pun saya seksi, tetapi saya masih tahu batas2 agama. saya tidak lakukan perkara-perkara yang tidak senonoh..” holahola!! inikah jawapan yang kita dedahkan kepada anak2 kita? lindungi kami Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: