Archive for August, 2010

salam ramadhan

Posted in otak lalala kata on August 12, 2010 by sinyu lalala

Salam Ramadhan. Syukur lagi dan lagi, syukur yang tidak terhingga kepada Rabb yang Maha Suci, Allah s.w.t. kerana telah mengizinkan kita untuk hidup dalam satu lagi Ramadhan yang penuh barakah. Rahmat Allah melimpah ruah pada bulan ini, yang mana jika kita tidak merebut peluang ini untuk membuat amalan, untuk menagih keampunan Allah, tersangatlah ruginya kita. Amin Baginda s.a.w pada doa malaikat Jibril a.s. yang mana binasalah bagi mereka yang mendapati Ramadhan telah berlalu, tapi masih belum diampunkan. Nauzubillah. semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini. ampuni diriku yang penuh dengan dosa ini ya Allah.

Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam pada bulan Ramadhan dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan).

Wallahualam. semoga kita berjaya grad dalam madrasah ramadhan ini dengan jayanya. Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon dengan rahmatMu yang luas meliputi segala sesuatu supaya Engkau mengampuni daku. amin.

p/s : salam ramadhan kepada semua yang mengenali. kepada kamu sahabat terindah, selamat menjalani ramadhan ye=)  selamat untuk rakan-rakan sekalian juga. wassalam.

Advertisements