Archive for September, 2010

encik kadir tidak busuk

Posted in otak lalala kata with tags on September 23, 2010 by sinyu lalala

robot atas ni robot aku. name die encik kadir. member aku bagi. encik kadir sangat hampeh, aku suruh dia jage bilik jangan bagi serangga masuk pun dia tak boleh buat. huncis betul. tamat cerita encik kadir.

Seorang sahabat, berkat ramadhan yang penuh rahmah, berkat kesungguhan dirinya mencari titik perubahan, diberi hidayah mencari jalan mardhatillah(mendapat redha Allah), kini dirinya melalui satu titik perubahan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia iaitu untuk taat pada Khaliq (الخالق), Sang Pencipta yang tidak diciptakan. Alhamdulillah..

Tapi jalan yang perlu dilalui tak semudah ABC.. tak semudah 123.. manusia yang penuh dengan pelbagai sifat mazmumah, hasad, dengki, iri hati, cemburu, tak boleh tengok orang senang, hati busuk, mulut pun busuk, suka fitnah, suka mengumpat, suka carut, dan macam2 lagi mewarnai kehidupan hari ini. Kalaulah setiap manusia itu ada warna masing2 yang ditentukan oleh sifat diri sendiri, putih mewakili hati suci, hitam mewakili hati busuk, aku rasa pasti dunia ni gelap, HITAM!

Balik kepada cerita tadi, dalam perjalanan menuju redha Ilahi, tidaklah semudah alif-ba-ta dalam muqaddam. Ade dugaan dia, dan kau perlu faham. Lagi-lagi hidup dalam kelompok manusia akhir zaman, yang tak senang tengok orang buat baik. Syaitan itu kan dari kalangan manusia dan jin. Tak hairanlah kalau ada member kau yang perangai busuk macam saitan. Bila kau buat baik, mulalah cakap yang bukan-bukan pasal kau.

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.(24:15)

Dorang cakap yang kau berubah jadik baik sebab nak mengejar cinta si dia. Haha! Pergi mampus. Siapa dia?? Berak busuk, kentut keluar air kadang2, peluh masin lagi bacin, kaki bau kepam, taik idung kepul2, taik telinga berkopeng, kuku berdaki hitam, kan?? Tak perlu kau nak nafikan, ia sifat semua manusia, termasuk kita! Dan aku tahu, kau berubah kepada kebaikan memang pun untuk mencari cinta. Betul kan? bukan cinta si dia yang penuh kekotoran, tapi cinta si DIA yang penuh kesucian =)

Dalam hal ini sahabat, kau tak perlu rasa gusar. Kau hanya perlu sabar dan tabah. Lama mana sangatlah dorang nak bising pasal hal kau. Paling lama, sebulan dua, pastu senyaplah. Dunia memang penuh dengan kekotoran. Asal perkataan dunia itu sendiri dari perkataan daniiun(دنيء ) yang maksudnya kotor.  So, kau jangan fikir sangat hal dunia. Fikir je hal ehwal akhirat, syurga yang darul kamil, lembah yang penuh kesempurnaan. k! lantak pi kat mereka yang bermulut busuk. Kau tabah hari ini, kesudahan yang baik pasti ada nanti, insyaAllah.

فَٱصۡبِرۡ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَـٰقِبَةَ لِلۡمُتَّقِينَ

Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.(11:49)

Oho, kalau kau tertanya-tanya, perlu ke kau terangkan kat mereka-mereka yang mulut busuk ni kenapa kau berubah, jawapan dia sudah pasti TAK PERLU langsung. Kerana ianya hal yang sangat ekslusif(camni ke eja?), membabitkan hanya kau dan DIA. Watpelah dorang tu nak sibuk2 amik port dalam hal ni. Kalau kau terangkan pun, kau pasti dorang akan tutup mulut? Simpan sendiri je k!

Kepada kau yang tak senang tengok orang berubah kepada kebaikan, kau dahla kentut busuk, ketiak busuk, daki hitam kaw piaw busuk, kaki busuk, berak busuk, hati ngan mulut pun nak busuk jugak! Sudah-sudahlah weh. Hal ikhlas tak ikhlas seseorang, Allah je tau. Malaikat pun tak dapat nak tahu melainkan Allah jualah yang memberi pengetahuan kepada mereka. Kan ke ikhlas tu bagai semut itam yang pakai jaket kulit itam, atas batu itam, dalam satu hutan yang gelap gelita. Takde sape tahu kecuali DIA jugalah. Bab jaket kulit tu aku tambah. Hoho!

Aku berlindung kepada Allah atas apa-apa kesalahan dalam coretan aku. Mohon maaf kalau ade salah dan silap. Wallahualam, Allah je yang Maha Mengetahui segalanya. Semoga kau terus tabah sahabat. Wassalam.

Advertisements

Hati Rapuh

Posted in otak lalala kata with tags on September 15, 2010 by sinyu lalala

perkara yang paling mengasyikkan dalam hidup ialah, bilamana kau dilanda kerinduan yang amat sangat kepada kedua ibubapa kau, dan kemudian kau menangis tanda mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah kurniakan kau pada waktu ini. tak kisahlah samada ibu ayah kau masih hidup mahupun telah tiada. jika masih ada, kau bersyukur kerana Allah masih meminjamkan mereka nikmat usia, dan kalau telah tiada, syukurilah kerna mereka tentu punyai suatu nilai istimewa, yang menyebabkan Allah menjemput mereka awal.

semalam, tengah aku syiok layan upin & ipin yang sekian lama aku tertinggal, aku terbukak satu episod yang sangat mengasyikkan. Upin & Ipin, episod Istimewa Hari Ibu. dalam sadar aku tengok upin ipin tu, air mata aku mengalir.. mengalir dengan penuh erti, mengalir dengan penuh syahdu. syukur aku pada Allah, kerana masih mengurniakan aku mak dan abah. masih dapat aku rasa kasih sayang mereka. masih dapat aku tatap wajah mereka. masih dapat aku katakan, “emy sayang mak abah sangat3!” Allahurabbi…

aku meletak diri aku pada tempat upin dan ipin, pun aku tidak sependek dorang. masih kecil, sangat mahu merasakan kasih sayang ibu, sedang kawan2 lain hidup beribu.. lebih mendatangkan feeling, bilamana rakan2 lain sibuk nak sambut hari ibu, upin dan ipin sedar yang mereka takde mak, tapi nak rase sambut jugak. Allahuakbar.. tatkala tu, Alhamdulillah meniti di bibir berulang kali.. mengenangkan diri yang masih punyai kesempatan beribu..

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.(17:24)

1. tolonglah, jangan pernah terlupa untuk mendoakan ibu ayah kau setiap kali lepas solat! tolonglahhh.. kau baca doa, mendoakan muhajidin di palestin, mendoakan muslimin di sekalian alam, mendoakan diri kau dan jemaah, tapi kau terlupa untuk mendoakan ibu ayah kau! tolonglahhh… itulah jalan terbaik untuk kau membalas jasa ibu ayah kau.. tapi kau sia-siakannya!

2. kepada yang masih beribu berbapa, selalulah pulang ke rumah. menatap wajah mereka je pun korang dah dapat pahala. apatah lagi mencium pipi dan dahi mereka, menyatakan betapa sayangnya korang pada mereka.. gembirakan mereka! hargai mereka sebelum kau hanya mampu menangis sambil pegang batu nisan..

3. kepada yang sudah tiada ibu atau bapa, atau dua-dua, cara terbaik untuk korang terus berbakti kepada mereka adalah dengan senantiasa mendoakan mereka. semoga dicucuri rahmat dan keampunan, semoga ditempatkan bersama mereka yang mendapat redha Ilahi, semoga kau menjadi anak yang soleh & solehah, yang mampu membantu mereka di hari perhitungan. ameen.

Tarbiyah Ramadhan

Posted in otak lalala kata with tags on September 13, 2010 by sinyu lalala

Telah 4 hari syawal dilalui. bermakna telah 4 hari ramadhan ditinggali. tatkala ini, sejauh mana tarbiyah ramadhan masih hidup dalam dalam diri kau? sejauh mana ruh bulan penuh rahmat itu masih kekal dalam hati kau? perlu muhasabah diri. supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang mendapat celaan Allah, Nabi, dan para Malaikatnya.

Jangan cemari syawal al-mubarak dengan maksiat!

itu nasihat kepada diri aku sendiri. dan kepada kau yang terbaca jugaklah! sebelum apa2, kau perlu fahami maksud mubarak itu dulu! bukan sekadar ucapan di bibir. Eid Mubarak! berjuta orang menyebutnya. kau yang bajet kunun nak up sikit pun gune ucapan Eid Mubarak. padahal kau tak faham pun maksud mubarak tu. kalau kau faham pun, belum tentu kau hayati.

Mubarak, asal perkataan daripada barak iaitu barakah atau berkat dalam bahasa kita. dan “mu” di depan menunjukkan imbuhan pelaku atau penyampai. yang secara lebih kurangnya, mubarak membawa erti, pembawa berkat. macam jugak ‘allim yang bermaksud belajar, mu’allim menjadi pengajar. maafkan aku kalau salah. dah lupe bahasa arab sebab dah lame sangat tak revise.

so, berkenaan Aidilfitri Pembawa Berkat ini, akan hilang segala nilai, tujuan serta matlamat aidilfitri itu seandainya kau penuhi dengan maksiat. Sememangnya, syawal yang kita sambuti sangat jauh daripada syiar Islam, bahkan ia mampu mengundang murka Allah 24/7. tak percaya?

1. syawal menjadi medan kau bermegah-megahan. dengan segala serba serbi baru, dari langsir ropol2, ke seluar dalam pun nak ropol2, semua kau ganti baru! dengan itu, wujudlah riak, ujub, takabbur dalam diri. tak betul ke?

2. syawal menjadi medan pembaziran. berbelanja tak ingat dunia semata-mata untuk kepuasan nafsu diri. untuk tampak cantik di mata manusia, kau berhabisan dalam segala macam benda. daripada makanan, pakaian, hiasan rumah, hiasan kereta, alat solek.. macam2 kan! kenape tak berhabis-habisan dalam merebut berkat Ilahi?

3. syawal menjadi medan maksiat pakaian. pecahan yang paling pelbagai. baju siapa lebih ketat, baju siapa lebih seksi, baju siapa lagi nampak buah dada besar, baju siapa lagi nampak tough, kain siapa belah lagi tinggi, seluar mana nampakkan kau ade class, segala macam fesyen ade. kebaya ketat punggung puing, jeans skinny ketat gile babi, baju kurung jarang sampai nampak dalam, baik2 ramadhan pakai tudung, masuk raya tayang fesyen rambut raya pulak, dan macam2 lagi. ini hakikat! inikah Eid Mubarak yang kau katakan??

4. syawal menjadi medan maksiat salaman sesama bukan mahram. benda ni bukan benda baru. dah tak perlu nak ungkit sepatutnya. tapi asbab insan itu sifatnya pelupa, perlu sentiasa diingatkan. kepada diri sendiri terutamanya. sukarnya nak elak maksiat yang satu ni kan! tapi usahalah! rata-rata tahu, bersentuhan lelaki perempuan ajnabi hukumnya haram. tapi, sejauh mana kau amalkan ilmu yang kau ade? kawan2 kakak kau, kawan2 adik kau, kawan2 abang kau, kawan2 bapak kau, kawan2 mak kau, bapak kawan2 kau, mak kawan2 kau, semua yang kau boleh nikahi, bilamana mereka sua tangan untuk disalam, tolonglah, jangan perkecilkan soal halal haram. selamat beramal!

5. syawal menjadi medan maksiat couple. ramadhan dah cukup cantik kau tak keluar berdating, tidak berjumpa kerena menghormati kesucian ramadhan. tarbiyah ramadhan yang diharap kekal, terputus di awal syawal. mula berdating kembali, berjalan berduaan naik kereta jalan jauh2, berpimpin tangan, ade lagi yang terpaksa bermalam kat rumah pasangan kau pulak.. jelas tak lagi??

kalau nak senarai semua, banyak gila kot. kau boleh fikir sendiri! aku menulis untuk peringatan diri sendiri. kau pun tahu aku tidak baik mana. tapi aku sentiasa berharap, aku mampu berubah, untuk menjadi anak yang soleh, untuk menjadi suami yang soleh, untuk menjadi bapa yang soleh, semata-mata kerana Allah s.w.t. dan aku berharap, kau yang membaca pun sentiasa pasang harapan yang lebih baik.

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ

Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(16:128)

aku sentiasa ingatkan sahabat-sahabat aku, kalau hari ni aku mampu bercakap tentang Islam dan Iman, esok lusa belum tentu. tatkala tu, tolonglah tegur aku! aku perlukan sahabat yang sentiasa tegur salah silap aku. dan mungkin suatu hari nanti, aku harap, bila anak aku terbaca blog ni, kalau aku ade lakukan kesilapan time tu, dia pun mampu tegur aku.

Eid Mubarak!



 

Ya Humaira

Posted in otak lalala kata with tags on September 11, 2010 by sinyu lalala

Seharian berselawat ke rumah rakan taulan di sekitar nagaoka amat menyeronokkan walaupun lutut kian longgar. Marhaban. Baru aku rase RAYA hari ni. 1 syawal semalam agak menyeksa jiwa. kena duduk dalam lab siapkan slide untuk presentation kat sensei. baik2 aje semua. Alhamdulillah. sensei nampak suke dengan ape yang aku buat. perancangan Ilahi yang sungguh indah pada aku.

bercakap tentang Humaira, kau tahu ape maksud humaira? ye ye.. gelaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. kepada isteri yang paling dicintai & disayanginya, iaitulah Saidatina Aisyah r.anha. dek kerana pipi Ummul Mukminin ini yang kemerah-merahan, maka dia digelar “Humaira”. so, kau dah tau kan maksud humaira.. iaitulah kemerah merahan.

Saidatina Aisyah r.anha merupakan anak kesayangan sahabat Baginda s.a.w. , Abu Bakar As-Siddiq. Keindahan pekerti Ummul Mukminin ini memang tidak mampu dipertikaikan kerana ianya terlalu indah. Memiliki rupa yang sangat cantik dengan daya ingatan yang begitu kuat melengkapkan pakej beliau sebagai seorang yang layak disanjung sebagai isteri kesayangan Baginda s.a.w.

Menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmunya, berpengetahuan luas dalam bidang hadis, fiqh dan qiyas, akidah, tauhid, rahsia syariat, perubatan, sejarah, pidato serta syair adalah kelebihan yang dimiliki Ummul Mukminin. tak pelik lah ramai sahabat rujuk Saidatina Aisyah r.anha dalam banyak hal agama dan kehidupan selepas kewafatan Baginda s.a.w.

Kalau nak cerita pasal Ummul Mukminin ni, memang sampai jumaat depan pun tak habis. terlalu banyak keindahan yang ada pada dirinya, terlalu banyak jasanya, baik pada Nabi s.a.w., mahupun kepada agama Islam sendiri.

arini, aku nak cakap dan mendedahkan tentang kewujudan Humaira dalam hidup aku! siape humaira? iaitulah dia yang kemerah-merahan. heh! aku tak gemar cakap tentang ni sebenarnya, tapi aku rase aku perlu. untuk mengelakkan fitnah2 luar yang mengusik. senang cite, dialah yang bakal menemani hidup aku sehingga ke akhir hayat hendaknya. bergantung kepada rezeki Allah. die isteri no 1 ah kire sekarang ni! hee=D  kau tengok jelah gambar bawah ni!

ye ye. dialah Humaira dalam hidup aku. semoga kami akan bahagia ke akhir hayat bersama. kau pun doakanlah!

1. tibe-tibe sekarang ni aku teringat kesalahan yang telah aku buat pada hari ni. Astaghfirullah. terkedu. perlu minta maaf segera.

2. indahnya kalau wujud seorang isteri seindah Aisyah Humaira r.anha kan! memang takkan dapat sama sebijik, dapat persis 10% pun sudah besar rahmat dah! tapi kena cermin diri, cacat cela di pelbagai sifat! Allahurabbi..

3. kau yang tak penah tengok/bace entri bunga hati, sila bukak sekejap kat new tab. sini [bunga hati].

4. aku tulis entri tu suke2, tapi berperasaan. sehari tu, dalam area tarikh entri tu ditulis jugak, aku yang takde bakat muzik langsung, cube maen petik2 gitar mengisi mase lapang. tibe2 terjadik lagu pulak sambil bace sajak bajet sadis aku tuh.

5. pakai kod bodoh2 je. dan suare aku pun bodoh2 jugak. lantaklah, aku bukan cita-cita nak jadi penyanyi pun.

6. kau yang sangat bosan takde ape keje nak buat, dan memiliki daya tahan mendengar suara budak bajet, download dan dengarlah. kalau nak maki, makilah.

7. rakam guna iphone mase bosan2 2 bulan lebih dulu dah. tibe2 hari ni aku terbukak balik file tu, dan rase nak upload walaupun macam haram hasilnya.

8. [download kat sini]. hanya boleh play gune itunes/quicktime player. aku malas nak tukar format. lirik, same macam entri bunga hati tu. karat gak ah. kau tahan jela.

10. perlu tujukan kepada sesiapa ke lagu ni? tak payah kot kan. semoga dia berbahagia selalu. itu mesejnye! hee

11. chalo bette. wassalam

desperate husband-to-be

Posted in otak lalala kata with tags on September 9, 2010 by sinyu lalala

ramadhan da nak abes. dan hati mula rasa gundah gulana, gelisah.. entah diterima tidak amalan sepanjang ramadhan ni. dan mampu ke tak jumpa ramadhan next. kalau jumpa, mampu ke buat lebih baik daripada ramadhan kali ni. gile ah..  macam2 perlu fikir. kurang tenang jiwa sekarang. perlu cepat kawen untuk tenangkan diri! hee

وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).(51:49)

petikan ayat Quran kat atas, jelas menunjukkan yang Allah menciptakan setiap dari makhluknya berpasangan. Kambing jantan ade kambing betinanya, siput babi jantan ade siput babi betinanya, lipan bara jantan ade lipan bara betinanya. itu binatang. begitu jugak manusia, ade lelaki dan ade wanitanya, ade ikhwan dan ade akhwatnya, ade zaujun dan ade zaujahnye.

pasal binatang tadi, atas asbab fitrahnye makhluk Allah dijadikan berpasangan, maka kalau kau bela binatang, belalah berpasangan. contoh, kalau kau bela biawak pasir jantan, belalah biawak pasir betina jugak. kalau kau bela siamang jantan, belalah siamang betina jugak. kalau kau bela ayam katik jantan, belalah ayam katik betina jugak. bilamana kau bela dorang seko2 tanpa pasangan, kesian weh. tertahan fitrah mereka. dorang ade nafsu jugak. dah fitrah kejadian berpasangan, dan kau tahan mereka daripada melempiaskan ape yang mereka perlu lempiaskan, berdosa hukumnya. kucing yang kau bela dalam sangkarla yang paling jelas sekali.

tak mahu bercakap pasal binatang. binatang bukan bace blog ni pun. kalau dorang bace, mesti dorang komen kate sayang aku  gila2. lebih mahu bercakap pasal kita, manusia. Rasulullah s.a.w. ade bersabda,

Bernikahlah kamu, dan berbanyaklah kamu. Maka sesungguhnya aku lagi akan bermegah-megahan dengan kamu pada segala umat yang dahulu pada hari kiamat.

hadis yang aku dengar dari ceramah ustaz azhar. menceritakan bahawa Nabi menyuruh umatnya bernikah, berkahwin, dan menambahkan zuriat. dengan itu, Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat nanti akan bermegah-megahan dengan ramainya umat Muhammad s.a.w.

berkahwin itu insyaAllah tiada masalah. semua orang suka kahwin dan boleh berkahwin. tapi masalahnya, yang menakutkan kita pada hari ini, adakah kau pasti zuriat yang kau lahirkan bakal menjadi umat Muhammad s.a.w. yang sebenar-benar umat? sedangkan kita sendiri bagai buih di lautan, wujudnya kita sebagai Islam tidak memberi kesan kepada pembangunan umat, harapkan bilangan yang ramai je, sedang kualiti Islam yang kita ade??

benda ni lah yang paling perlu kita risaukan. anak2 yang bakal kita lahirkan, besarkan, dan tinggalkan, adakah mereka bakal menjadi hamba Allah yang faham tentang agama? masih mampukah mereka menyebut Lailahaillallah? jika mereka masih mampu itu sudah besar rahmat bagi kita, tapi bagaimana dengan anak2 mereka pulak? Allahurabbi.. kerisauan yang tiada penghujungnya..

ramainya umat Muhammad s.a.w. pada hari ini tidak lebih dari sekadar nilai kuantiti tanpa kualiti. kalau Rasulullah s.a.w. masih hidup, pasti Baginda sedih sangat tengok kita pada hari ini. mengejar ilmu dunia tanpa turut sama mengejar ilmu agama yang sepatutnya didahulukan.. berbelas tahun bergelumang dengan ilmu dunia, sedang ilmu akhirat, ilmu agama, kita letak tepi sebagai sampingan. ini realiti hari ini! berapa ramai dalam jutaan di antara kita yang boleh bercakap tentang usul Fiqh? tafsir Quran? tafsir & mustahal hadith? hampeh!

Menurut ustaz azhar, kerosakan masyarakat malaysia, tidak kira muda remaja, tua ganyut dan kanak2 pada hari ini, tidak lain, hanyalah bala Allah s.w.t. atas kederhakaan kita kepadaNya. hidup penuh dengan hedonisme tanpa sempadan, hidup dalam murka Allah s.w.t. setiap hari, dan inilah akibatnya. punah ranah budak2 kita leni kan? astaghfirullah.. aku juga termasuk. Ampuni kami ya Rabb.

mana taknya, rancangan di televisyen penuh dengan hiburan duniawi semata-mata.. rancangan keagamaan diletak jam 3 4 pagi.. itu pun nasib-nasib ade. setiap hari kita disajikan dengan pelbagai drama, filem, iklan, yang semuanya ade unsur2 menghitamkan hati kita sedikit demi sedikit. dah tu, bukan setiap hari pulak kau bace Quran dan Hadith yang mampu menghilangkan titik2 hitam tu. maka, semakin hari, semakin hitamlah hati kita, semakin malaplah syiar iman pada diri kita. Allahurabbi.. dakyah syaitan di kalangan manusia sendiri yang begitu kuat, lindungi kami Tuhan!

berbalik cerita pasal kahwin, Rasulullah anjurkan umatnya bernikah, dan menambahkan zuriat! pastikanlah, zuriat yang kau wariskan kepada Islam dan dunia hari ini, adalah zuriat yang tegar dalam menongkah arus kerosakan umat, kental dalam menongkah arus fitnah akhir zaman! kepada kau yang belum kawen, kawenlah! semoga kau beroleh ketenangan hati!

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.(30:21)

Wallahualam.

1 . Ramai gile member2 da kawen & da nak kawen. Gile ah. aku rase cam kanak2 je lagi. haha. tahniah untuk kalian yang da kawen, dan bakal kawen. yang da nak kawen antaranya kamulah mayani, naim, zaim, syafiq bakri! perghh… jeles gak a sikit2. haha

2. Sangat terasa nak cepat ade anak sendiri. boleh tido peluk baby. adoilaaa…syioknye! tapi calon takde. so, kepada kau yang rase nak masuk minang aku, cepatlah! haha. duit hantaran pun kau yang bagi aku, amacam?

3. Pastinya satu benda kau takkan dapat kalau hidup dengan aku ialah, takkan dapat pakai kasut tinggi! haha. melainkan tinggi kau 1.55m ke bawah. kalau kau tinggi lebih dari had tu, kau nak pakai jugak, aku ape kisah. aku memang tak tau malu. bangga lagi ade. kau jelah.. heh

4. aku telah canangkan kat mak aku untuk terima Humaira sebagai menantu. dan mak aku tolak mentah2. mak aku sayang Humaira, tapi taknak terima sebagai menantu. kenapekahhh???

5. Semoga Allah permudahkan urusan dunia, urusan agama, dan urusan akhirat kita. Allah tahu yang terbaik. kau hanya perlu yakin dengan ketentuanNya yang penuh hikmah. Husnul zon. bersangka baiklah!

6. Selamat hari raye. mintak ampun kepada semua sahabat, rakan dan semualah. maaf zahir batin. aku beraya dalam lab taun ni. kena present lagi. macam best! boleh aku cite lebat kat anak2 aku nanti! hoho

7. menangislah kerana ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. bergembiralah kerana janji Allah untuk menyempurnakan ganjaran bagi pekerja yang selesai melakukan kerja. tapi, sejauh manakah nilai kualiti kerja2 kita?? muhasabah diri!!

8. wassalam

penampar di dahi

Posted in otak lalala kata with tags on September 1, 2010 by sinyu lalala

pernah rasa buang air besar sambil sebelah kaki kebas? kebas yang rase macam kaki tak jejak tanah. dah tu tandas cangkung pulak. perghh.. aku baru rasa pagi tadi. seksa gile dol!!

pendahuluan yang takde kena mengena dengan entri kali ni. kali ni aku nak cakap pasal doa. hari ni agak2 dah berapa banyak kali kau doa? kau dah doakan mak bapak kau? dah doakan diri kau? keluarga kau? sahabat2 kau? nenek moyang kau? sekalian muslimin & muslimat? kalau masih belum, pegilah doa banyak2. sibukkan diri kau dengan berdoa.

Allah bersifat Maha Pemurah. itu kau tahu. manusia juga ade yang bersifat pemurah. tapi, jauh cicir dengan pemurahnya Allah s.w.t. bapak kau seorang yang pemurah. sekali kau mintak duit 5ringgit nak beli Cd lagu raya cetak rompak, bapak kau bagi. selang 5 minit, kau mintak pulak 50ringgit nak beli levis bundle, bapak kau bagi. selang 5 minit lagi, kau mintak 500ringgit pulak nak beli beg dslr jenama porter, kalau aku jadik bapak kau, habis baik kau dapat penampar kat dahi.

Allah pulak, kalau kau tak mintak, itu yang buat Dia marah. Allah Maha Pemurah kan, kenapa kau taknak mintak? kerek sangat kah kau? bagus sangat kau? sampai kau taknak luangkan masa berdoa padaNya. Berdoa itu bukan satu keharusan, tapi ianya perintah Allah. begitu Maha Hebat dan Maha Pemurahnya Allah sampai Allah suruh kita berdoa, dan tunaikan doa kita. bukan macam kita, selagi boleh harap2 janganlah ade orang mintak nak pinjam duit. kemut!

tentang perintah Allah s.w.t. suruh kita berdoa, ade banyak dalam al-Quran. antaranya ;

ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةً‌ۚ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan(petikan ayat Al-A’raf 55)

وَٱدۡعُوهُ خَوۡفً۬ا وَطَمَعًا‌ۚ

Berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang(kalau2 tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan(supaya makbul). (petikan ayat Al-A’raf 56)

jelas ianya fi’il amar di situ yang membawa erti suruhan atau perintah. kau berdoa sahaja pun insyaAllah dah dapat pahala. dan kau perlu tahu, dalam satu sabdaan Baginda s.a.w., jika seorang Islam berdoa, kecuali doa untuk putuskan silaturrahim dan doa untuk sebarang dosa, Allah s.w.t. akan beri kita salah satu daripada 3 perkara;

1. mendapat apa yang kau doakan itu.

2. sebagai ganti doa kau itu, satu musibah atau keburukan akan dijauhkan.

3. akan dapat ganjaran pahala di akhirat nanti mengikut kadar doa kau.

diberitakan pada hari kiamat nanti, Allah akan berkata, “Wahai hambaKu! Aku telah memerintahkan kamu supaya berdoa dan Aku juga telah berjanji untuk menerimanya.  Adakah kau telah berdoa kepadaKu?” dan Allah akan menceritakan satu persatu doa yang kita minta, dan dalam bentuk apa Dia tunaikannya. dan diceritakan jugak, bila kita dapat tengok banyaknya ganjaran pahala sebagai ganti doa, kita akan berkeinginan supaya tidak ada satu pun doa kita dikabulkan di dunia kerana inginkan hanjaran pahala di akhirat. Allahurabbi… Maha Pemurahnya diriMu.

lagi2 di bulan ramadhan ni, aku sarankan kepada diri aku sendiri jugak, dan kau semua, penuhilah masa terluang dengan berdoa. pintu rahmat Allah terbuka luas, penuh dengan waktu yang mustajab untuk doa diterima, apa lagi yang kita tunggu? cuba tukar sikit kebiasaan diri kau, dari selalu dengar rock kapak, kepada zikir munajat, dari dengar justin bieber, kepada zikir taubat. berdoalah!

nota 1 : fahamilah doa2 kau. berdoa bahasa arab kemain hebat, tapi maksud apebenda kau doa, satu haram kau tak tau. pastu nak claim kate doa kau tak diterima. janganlah begitu. fahami doa2 yang kau baca. kalau takleh nak faham bahasa arab, doa bahasa yang kau fahamlah! bahasa uganda sekalipun kalau kau faham. Allah kan Maha Memahami, Maha Mengetahui.

nota 2 : kepada kau yang menjadi imam, bacalah doa kuat sikit. bukan cukup untuk kau sorang dengar je. makmum pun nak tau ape yang kau doa, yang mereka aminkan berkali2 tu. makmum pun satu hal, tak dengar imam bace doa ape, pun main amin je. dengan harapan imam doa benda baik2 la ni. boleh, memang boleh. tapi buatnya imam doa supaya bini dia terbukak hati bagi dia kawen lagi, korang pun main amin je. cantikkk! kepada sang imam, fahamlah doa yang kau baca tu ye!

nota 3 : kalau imam tu member2, kadang2 dia doa bahasa arab, dengan bacaan doa untuk dia sorang, ampunkan dia sorang, ampunkan mak bapak dia sorang, yang makmum pun main pukul sebut amin je. nak wat camne, imam tak faham, makmum pun 2 kali 5. sedap je korang aminkan member kau sorang2 terampun dosa. hoh! mase tu, kepada kau yang faham, doalah sendiri ye kalau jadik camni.

semoga kita lebih faham ibadat yang kita lakukan sehari-hari.

p/s : hidup lebih bererti dengan teman hidup baru. mendoakan kamu sentiasa denganku ke akhir hayat, Humaira. holahola =P