perihal kualiti & kuantiti

 

obat hati ada lima perkaranya

yang pertama baca Quran dan maknanya

yang kedua solat malam dirikanlah

yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

yang keempat perbanyaklah berpuasa

yang kelima zikir malam berpanjanglah

salah satunya siapa bisa menjalani

moga moga gusti Allah mencukupi

<obat hati – opick [download]>

kau dengarlah lagu ubat hati ni.. ini yang bahasa melayu punye.. aku suke dengar yang ade bahasa jawa sekali, sambil dengar sambil hangguk2 konon paham.. sambil videocall ngan family, aku nyanyi depan bapak aku.. bapak aku kagum anak die boleh cakap jawa.. padahal aku tengok lirik.. hoho!

aku cume nak tulis nota untuk diri sendiri, juga untuk bakal isteri dan bakal anak2 aku. sebagai ubat hati yang kian penuh dengan titik dosa. oh, kepada kau yang sedang mencari ubat hati jugak, bacelah kalau kau masih peduli pasal hati kau yang semakin hitam tu..  berkisar tentang kualiti & kuantiti.

1. baca Quran dan maknanya

sekarang umur dah 23.. maknanya lepas lebih kurang 10 tahun boleh baca Quran sendiri tanpa perlu disergah mak, baru sekarang ni aku ade upaya untuk baca Quran dengan maknanya sekali. Astaghfirullah.. baru sekarang duk baca Quran sambil perhati makna satu persatu.. sambil tadabbur dan amik pengajaran.. Subhanallah, punyelah banyak pengajaran, ilmu dan keindahan.. sebelum ni asyik kejar Kuantiti dan terlepas pandang pasal Kualiti. betul, banyak baca Quran tu bagus.. macam kisah atuk suruh cucu amik air pakai baldi kotor+bocor yang kau orang sume tau tu. akan membersihkan hati kau yang hitam sikit demi sikit. tapi takkan kau nak duk kat takuk yang sama sampai mati?? kalau cerita pasal khatam Quran, mungkin kau dah berbelas kali, mungkin berpuluh kali, tapi berapa kali kau dah khatam Quran dengan rujuk makna2nya sekali?

aku tak suruh kau tafsir, aku cuma suruh kau baca maknanya. sungguh, kau akan jumpa pelbagai keindahan, dan ianya pasti akan menjadi ubat kepada hati kau! baca Quran banyak2 pun, kalau kau masih ingkar perintah Allah dalam quran tu tak gune jugak! lagi kau kena laknat adalah. baca, faham dan amal ye anak2!

ingat, kualiti lebih utama dari kuantiti!

2. solat malam dirikanlah

solat malam, tak kisahlah solat tahajud bile kau jage tengah2 malam/pagi ke, solat hajat ke, solat taubat ke, solat witir sebelum tidur ke, ikut suka kau lah.. yang penting, kau usahakan untuk solat malam. Allah nak tengok kesungguhan kau tu.. kesungguhan kau mencari cinta dan redhaNya.. oho, sekali lagi, kau perlu jelas, solat sunat tengah2 malam banyak2 pun, kalau kau tak hadirkan diri dalam solat tu tak guna jugak.. setakat kau tungging telentang solat, tapi hati & kepala kau duk ingat machester city kena sayur ngan arsenal semalam, duk pikir sependa kaler ape nak pakai pegi keja esok, duk terbayang majlis kawen ko nanti nak wat video ala2 majlis kawen anak Naza tu.. hoho!

memang susah dol nak khusyuk. ramai orang sampai mati tak dapat khusyuk dalam solat.. tapi usahakanlah. dengan kau faham bacaan2 dalam solat kau, paling tak, kau fokuskan diri kau dengan sentiasa ingat yang kau tengah menghadap Allah. semayang sunat berpuluh rakaat tapi hati duk ingat dunia tak guna sesen pun. dengan sekali solat sunat 2 rakaat je pun, tapi dalam 2 rakaat tu kau betul2 merasakan kehambaan diri kepadaNya, betul2 berserah pada Allah akan segala perihal kehidupan kau, ia pasti akan menjadi ubat kepada hati kau!

ingat, kualiti lebih utama dari kuantiti!

3. berkumpullah dengan orang soleh

dulu kecik2 bile orang cakap pasal anak soleh masuk syurga, aku selalu ingat bapak aku untung, sebab atuk aku nama saleh(ade bunyik cam soleh). hoho! kau tau ape pekdah berkumpul dengan orang soleh? kumpul dengan kawan kau yang namanye soleh mahupun salleh, tapi perangai dorang hanya baik sikit dari saitan, itu bukanlah ubat hati, itu cari mati. orang soleh, bila kau bercakap dengan mereka iman kau akan meningkat, mendengar kata-kata mereka ilmu kau akan bertambah, mengamalkan ilmu yang mereka ajar, hati kau akan semakin dekat dengan Ilahi.

ohho, untuk mengaitkan unsur kualiti dan kuantiti, tak gune kalau kau bergaul dengan orang soleh, samada mendengar ceramah mereka, atau duduk dalam halaqah berkongsi masalah dengan mereka, mahupun borak2 sebelum tidur masa iktikaf kat masjid dan sebagainya, dan kau sekadar dengar, tak mengamalkan apatah lagi menyampaikan kepada orang lain.. ilmu tanpa amal sia-sia nak oi! paling koman, sampaikanlah kepada anak bini di rumah, dan cuba amalkan ilmu yang diperoleh tu. kualiti mengatasi kuantiti, kau dengar banyak2 tapi tiada kesan kat hati takde pekdah. kau dengar sikit, tapi dengan sedikit itu mampu memberi perubahan hasanah dalam hidup kau, itulah ubat hati namanya!

ingat, kualiti lebih utama dari kuantiti!

4. perbanyaklah berpuasa

sape yang nak kawen, tapi tak mampu lagi, Nabi suruh puasa. supaya dapat kawal nafsu. tapi kalau kau silap niat dalam puasa tu, sekadar nak tahan nafsu kau, habis puasa, jangan sampai tangan dalam seluar sepanjang malam! hoho! kau perlu tahu apa erti puasa yang Nabi suruh.. bukan dengan maksud supaya kau jauhkan diri dari perkara yang membatalkan puasa semata-mata. kalau camtu, yang kau akan dapat hanya lapar ngan haus je. pengajaran di balik puasa tu, ialah mendidik diri mampu menolak apa yang mampu diperoleh depan mata.

masa puasa, ada makanan keliling kau, tapi kau mampu tolak.. bagus! tapi tak cukup bagus kalau itu je yang kau mampu. menghayati nilai “menolak apa yang mampu diperoleh” tu yang kau perlu hidupkan dalam diri. kau ada duit, kau nak, tapi kau mampu tahan nafsu supaya takyah beli benda bajet hot macam beg tangan LV, cardigan Liz Claiborne, jacket & sneakers OnitsukaTiger. kau ade internet laju, kau nak, tapi kau mampu tahan nafsu supaya tak tengok cerita yang menyetimkan kau sepanjang menonton. kau ade muke market, kau nak, tapi kau mampu tahan nafsu supaya tak tabarruj letak gambar profile bajet comel kat facebook kau. puasa sunat banyak mana pun, tapi kalau kau tak menghayati nilai di sebalik puasa tu, sampai sudah nafsu kau tak terkawal. dengan puasa yang berkualiti, insyaAllah kau akan ketemu ubat hati kau yang sakit tu!

ingat, kualiti lebih utama dari kuantiti!

5.  zikir malam berpanjanglah

zikir ni, kalau ikut yang aku dengar dari sorang ustaz, dia lain dengan Quran. kalau Quran, kau baca tanpa faham maksud, kau still dapat pahala dan fadhilatnya. tapi zikir, kalau kau tak faham, takde ape yang kau akan dapat. selain habis air liur tersembur sini sane. fahamilah zikir yang kau baca, baru kau akan rase dekat dengan Dia. Subhanallah.. masa sebut Subhanallah tu, kau datangkan maksud Maha Suci Allah tu dalam hati kau.. betapa Allah jauh dari segala sifat yang mencelakan.. begitu jugak time kau sebut Alhamdulillah, Allahuakbar dsb. tak guna kalau mulut kau kumat kamit bertasbih, bertahmid, bertakbir, tapi hati kau duk ingat bilelah testis Lampard nak baik, kepala duk pikir nanti tax handphone da takde kau nak beli iphone4 ke blackberry torch.. camtu baik kau tak payah berzikir.

lagi satu, masa kecik2 dulu aku selalu kena tipu dengan ustaz kat surau.. mase zikir lepas sembahyang, dia sebut Subhanallah sikit punye laju.. Alhamdulillah pun cam gile laju.. tu ok lagi.. konon aku mampu ikut lagi la. tapi tang Allahuakbar ni.. aku selalu terdengar die sebut Subhanallah balik.. punyelah laju die sebut. hampeh punye ustaz ! bile kat rumah, aku jadik imam kat adik aku, aku kenakan adik aku pulak. bila time Allahuakbar, aku baca laju2. pastu aku dengar adik aku sebut Subhanallah.. dan aku puas hati kelajuan zikir aku mampu menyamai ustaz surau tu. hampeh tul aku. itu kecik2 dulu la. sekarang, bile pikir2 balik, ape gune aku sebut laju2 tapi dalam hati kosong? tuan-tuan yang mulia sekalian, zikir adalah amalan yang mulia untuk kita mendekatkan hati kita kepada Sang Pencipta.

oleh itu, tolonglah.. zikir dengan sebutan yang betul, dengan faham maksudnya. same jugak dengan sebutan dalam solat. time rukuk, sujud.. sebutlah dengan sebutan yang betul. jangan nak laju sampai sebutan tak betul. biarlah kita sebut sekali je pun takpe, janji dengan sebutan yang betul.. insyaAllah Allah terima. ni kita, duk bace laju2, dengan maksud pun tak faham, sebutan salah pulak lagi.. tak guna betul kita nih.

ingat, kualiti lebih utama dari kuantiti!

panjang pulak aku tulis. kompem ngantuk bakal anak bini aku nak baca kang nih. ohho, sebelum lupe. ingat, walaupun kualiti lebih utama dari kuantiti, tapi kuantiti tu jangan diabaikan. lebih baik kita sertakan bersama kuantiti & kualiti. lebih kaw piaw jadiknya ! renung-renungi, dan selamat mengamalikannye pun! ho!

One Response to “perihal kualiti & kuantiti”

  1. urmm..kdg2 rmai yg trlepas pndang mnde2 camnie..
    kualiti lbh utma dr kuantiti!!! sayer akn ingat tuh..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: