kol & sms mesia

kau yang duduk kat jepun, kau selalu kol ke, sms ke malaysia gune ape e? tak kisahlah kau kontek sape, mak bapak kau ke, bakal mertua kau ke, tokki, tunang tanpa sedar kau ke.. kau gune apekah ye? aku cuma nak berkongsi apa yang aku guna.. semoga bermanfaat untuk aku kalau aku datang jepun balik satu ari nanti, mahupun kepada kau yang dah sedia kat jepun.. atau kau yang baru nak jinak2 duk jepun.. atau kau yang baru amik preparation aaj, ppktj, jad, dan pekemendealah sekalipun..

aku sorang yang praktikal.. suke mencari jalan untuk capai yang terbaik dalam hidup.. so, dalam konteks nak sms ngan kol mesia sekalipun aku carik jalan terbaik.. tanak rugi. sebab aku kerap sangat kol dan sms mesia, so, aku perlukan something yang effisien lagi menjimatkan. kacak betul ayat aku. tak le blah. camni citela senang, aku carik yang paling low cost tp berkualiti dalam nak kontek famili & member2 kat mesia nu..

kalau kau nak kol mesia, selain skype, kau boleh gune voip. voice-over-internet-protocol kalau tak silap aku. kau google la sendiri kalau nak tau sangat. tapi aku yakin sume orang tau. macam2 voip ade kat internet ni.. name yang kurang senonoh macam nonoh pun ade. aram betul. so, untuk compare price, kau boleh check rate semasa untuk kol malaysia landline mahupun mobile kat sini.. http://www.compare-voip-rates.com/ .

aku rase voip lebih murah berbanding skype. untuk kau yang jarang2 kol mesia, ikut suka kaulah nak guna ape pun kan. tapi bagi kau yang kerap, fikir penjimatan, voip lebih menguntungkan. bagi aku, famili aku tak gune tepon rumah, so, aku akan kol mobile je, dan voip yang aku guna adelah lowratevoip. antara yang termurah lah tu. dah bertahun gak aku guna menatang ni. tapi bagi kau yang nak kol nombor rumah(landline), banyak provider bagi free kol. lagi jimat kau!

kalau kau kol direct ke mesia gune line handphone kompem gile punye mahal. so, voip jugak boleh guna je kat handphone kau. ade yang ade symbian application sendiri. tapi aku gune fring app kat iphone, dan register voip aku melalui fring. dan boleh kol mesia sesuke ati aku gune line 3g yang ade. oh, kalau kau pun gune iphone, pastikan iphone kau dah jailbreak dan install voipover3g kat cydia.. takut2 ade cas data lain pulak. voipover3g ni pun berguna kalau kau nak kol gune skype.

pasal bayaran, aku sarankan better kau bila topup kredit kau, bayar gune paypal. bayar direct gune kadkredit sangat bahaya. banyak kes kecurian id kad kredit untuk beli kredit voip da berlaku. so, paypal lebih selamat. kalau kau takde kad kredit untuk register paypal, kau boleh… ahh, mustahil takde dah duk jepun! hoh

untuk sms, aku saran kau jangan sms gune voip punye SMS. dalam 17, belum tentu 1 pun sampai. aku da test banyak kali. kredit kena tolak, tapi sms tak sampai. so, untuk jalan yang lebih effisien, kau gunelah ni.. http://bimasakti.net/ . bimasakti ni budak indonesia owner dia. aku tau melalui senior aku, dulu dorang satu toyota kousen kat nagoya. bimasakti ni best pada aku pasal senang nak topup, jugak boleh gune paypal.

kalau kau sms direct dari hp kau ke mesia, kau kena cas 100yen per sms. kalau gune mendealah bimasakti ni, 10yen je per sms. 1/10 la kire harga dia. okla kan. ni untuk orang yang selalu sms orang mesia macam aku la. selalu message famili n sahabat handai kan. kalau kau jarang2 sms mesia, tak payah gune bimasakti ni pun takpe.

so, aku rase perkongsian cukup ah takat ni. aku rase ade je yang lebih effisien dan menjimatkan kat internet nu ha.. tapi setakat aku tau, ni la yang aku guna. sekadar nak bagitau kat kau orang yang tercarik2 cara nak kol n sms mesia dengan rate yang terbaek. chalo bette. selamat mengamalikannye pung!

One Response to “kol & sms mesia”

  1. hohoho..
    dh nk grad dh br tau psl sms tu..
    al-maklumla, xrajin nk cari sendiri..ngeee~

    nway,thanks utk info itu..^^
    bolehla nk guna dlm ms 3,4 bln yg tnggl ni..hehe
    n utk my sis jgk nnt..thanks k..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: