Archive for December, 2010

sang syurga

Posted in hati lalala kata with tags on December 30, 2010 by sinyu lalala

akibat bermain drum application kat iphone..

ibu ibu
engkau satu
menjadi permata
dalam hidupku 

ibu ibu
kau mentariku
menjadi sang syurga
dalam duniaku

ibu ibu
ampuni aku
yang penuh ngan dosa
pada dirimu

<sang syurga>

bila nyanyi kat mak, mak suka.. suke tengok mak happy=) abaikan suara yang bagai resaksa gongron itu..

hari memorial

Posted in hati lalala kata with tags on December 26, 2010 by sinyu lalala

26 disember 2002

12:32 am

saat memorial

hari ini punya

8 tahun lalu

shiawasedatta

mata kuru kana

shiawaseni naru hi

………

mentaliti

Posted in otak lalala kata with tags on December 23, 2010 by sinyu lalala

dah lame gile nak bercakap tentang hal ni.. tapi sentiasa cuba jauhkan diri dari bercakap hal2 yang berkait dengan politik.. aku rase ini bukan lagi isu politik.. tapi ini dah jadi isu sosial yang perlu difahami umum. mentaliti rakyat yang semakin hancur dengan kebinasaan yang dicipta oleh para pemimpin..

berbillion duit kerajaan yang termasuk dalamnya duit rakyat, dihabiskan untuk pembangunan, pembangunan, pembangunan! naik muak, naik loya, naik gile dengan mentaliti pemimpin yang fikir, negara maju perlukan pembangunan!

ye, betul, kami rakyat perlukan pembangunan. tapi bukan pembangunan infrasruktur semata-mata. pembangunan sahsiah, pembangunan keselamatan, pembangunan perkhidmatan, dan paling penting, pembangunan mentaliti! kamonla para pemimpin, korang bukan tak selalu ke luar negara.. pergi ke negara yang lebih maju dari negara kita dan ape yang kau dapat? camne korang nih? datang sekadar melancong je ke?

pinjam kata Sheikh Muhammad Abduh, “Aku ke Paris, aku menjumpai Islam tanpa Muslim. Aku pulang ke Cairo, aku jumpa Muslim tanpa Islam”.

ye, itu juga yang aku jumpa tuan! duduk di jepun, datang ke sini dan aku jumpa ISLAM TANPA MUSLIM. jujur dalam mu`ammalat menjadi pekerti, sentiasa berakad dalam jual beli, rasuah memang jauh sekali, kebersihan menjadi sendi hidup sehari-hari, perkhidmatan pelanggan dutamai, janji dan masa sentiasa ditepati, soal keselamatan langsung tak dicurigai.. kau tak nampak lagi?? balik ke nagara kita, ape yang kau nampak? ye, MUSLIM TANPA ISLAM di sana sini! ini hakikat..

kamonla pemimpin, kau tentu nampak semua ni. aku dihantar ke jepun dengan rezeki dan kehendak Ilahi, cuma ianya melalui biasiswa kerajaan yang diberi, takkan nilai yang aku dapat sekadar kena simpan dalam hati? dah tu, apa tujuan aku mengembara kalau hasil yang patut aku lahirkan sekadar mengikut polisi membuta tuli..

dalam banyak2 isu yang boleh dibangkitkan, soal keselamatan aku rasa yang paling patut diutamakan.. bagai bukan hidup di negara sendiri kalau di negara kita.. ke sana sini sentiasa dalam ketakutan, kekhuatiran, kerisauan.. perompak, peragut, perogol, pembunuh.. adoiilaa.. kat sini, aku tak pernah kunci rumah dan kereta.. aku boleh tinggal laptop dalam kereta tak berkunci dan pergi shopping sampai bersimpul urat kaki, tanpa rasa risau sikit pun.. rumah apatah lagi, memang 24/7 tak penah berkunci.. dan kunci pun dah ilang ntah ke mana.. aku cuma nak bukak mata kau orang, di mana negara bukan Islam ini menawarkan keselamatan yang tak berbelah bahagi.. kau bebas bergerak ke sana sini tanpa ada risau dalam hati..

aku dah nak balik ke nagara sendiri. kerisauan aku pada keselamatan kat sana nanti bertimpa-timpa menekan minda.. baru bujang.. belum ade anak bini.. haihh.. aku rasa, pucuk pangkal yang perlu dilakukan adalah, para pemimpin perlu ubah mentaliti, kemudian baru rakyat akan menyusuli.. hakikat sekarang ni, pemimpin dahla kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak amik peduli.. betapa rosaknya mentaliti..

kat negara orang ni, matlamat pemimpin adalah semata-mata untuk membuat rakyatnya selesa hidup.. dari segi pembangunan, keselamatan, perkhidmatan, dan segalanya.. sedang matlamat pemimpin negara kita, asal poket sendiri terisi, nama korang dipandang tinggi, dan pasal keselesaan rakyat, aa..boleh tolak tepi..

aku bercakap bukan kerana aku dah lupa jasa negara kat aku.. tapi aku bercakap atas rasa sayangkan negara.. atas rasa perlunya perubahan mentaliti dalam setiap lapisan masyarakat terutamanya pemimpin.. atas rasa pedulinya aku pada hidup anak cucu aku suatu hari nanti..

jangan sayang aku kerna aku tinggi

Posted in otak lalala kata with tags on December 12, 2010 by sinyu lalala

kenapa aku rase cam baru lepas spm lagi e? otak aku tak berkembang, atau aku cepat sangat matang? ho! pemberitahuan, tajuk entri ini menjengkelkan, dan isinya menggelikan sebahagian dari kau. akan bercakap pasal kawen. oleh itu, kau yang geli, jangan bacelah ye!

rata-rata, aku peratikan manusia yang dalam linkungan kenalan aku, akan start pikir pasal kawen pada umur lebih kurang 21~23.. start umur camni, dah mula masing2 gatal punggung pikir pasal kawen. aku tak termasuk dalam kategori ni.. pasal aku da pikir pasal kawen start umur aku 16 lagi. 7 taun lepas. haha. dan terbalik kepada situasi yang majoritinya berlaku, di mana kau pikir pasal kawen start umur 23, aku kena lupakan pasal kawen pada umur 23. (sila bace dalam nada tersengeh2.. jangan bace secara melankolik kononnya kesian kat aku). ho!

bercakap pasal jodoh, pada umur camni, awal 20an, masing2 akan pikir untuk setapak lagi ke peringkat hidup manusia, iaitu kawen. tak kira lah kau dah ade calon ke, takde calon ke, terlebih calon ke, mesti kau akan pikir jugak. ianya sesuatu yang normal. kadang2 kau sendiri tak tahu bila akan tiba masa kau bersedia untuk kawen. dia bulih datang tiba2. contoh, kau plan nak kawen after habes belajar, tapi baru tahun 2 ke 3 pengajian, tup2 ade mamat masuk minang, kau pun terbukak hati untuk kate, “ye, aku da sedia nak kawen!”. ianya biase je. semuanya datang dari Allah kan. kita merancang, Allah juga merancang, dan jangan lupa, Allah adelah sebaik2 perancang.

gadis semakin lama semakin mahal

aku pun tak paham kenapa. hari ni ade jemputan kawen untuk family aku. so, tadi aku sajelah aku tanye kakak aku berape hantarannya, dengan nada cool bagai sesuatu yang norma, kakak aku kate, “hantarannye 12ribu”. apekegile!!! oh duniaaaa.. kau menyukarkan lelaki miskin macam aku untuk cepat ade anak.. ohooo~

ianya perlu diubah!! ye, aku perlu ubah mendealah fenomena gadis semakin mahal ni. selagi ianya berterusan, selagi itulah gadis akan semakin mahal, semakin mahal dan semakin mahal. ini tak bulih dibiarkan. perlu ade pencetus, yang akan membuatkan lelaki-lelaki miskin yang nak kawen berkata, “hantaran dorang tu seribu setengah je.. takde masalah pun. kawen jugak. bahagia jugak. so, aku pun kawen nanti nak hantaran seribu sengah jugakla”. heh!

kereta, komputer dan gadis

kereta, semakin hari semakin murah. begitu juga dengan komputer, semakin hari semakin murah. ini menunjukkan teknologi semakin berkembang. bila sesuatu itu semakin berkembang, harga akan berkurang dari semasa ke semasa. gadis pula lain ceritanya. semakin tidak berkembang, semakin mahal! itulah yang berlaku pada gadis pada hari ini. kalau orang dulu-dulu kahwin, hantaran untuk gadis 3,4 ratus. habis kuat seribu dua ribu camtu. sedang dalam diri gadis itu, al-Quran 15juzuk dia hafal. paling koman surah al-mulk jadi amalan. sembahyang tak tinggal. masak, jangan kau cerita. segala negeri punye masakan dia bulih tibai jadik segala. daging salai lomak cili api, laksa penang, baryani gam, cek mek molek, sata, kuah lodeh, segala ceruk mane punye masakan buleh. hantaran 3 ratus, pakej lengkap, bahagia ke akhir hayat lagi.

la ni, hantaran 8ribu, oh tak, 10ribu, err.. sekarang 12ribu ke 20ribu.. tapi masak?? arararara.. kuah kacang pun bukak mesra.net camne cite bai? nak masak asam pedas, rase bubur lambok kot! masak buleh kawtim lagi kot.. kot la. al-Quran.. surah-surah lazim pun terkial2.. jap, check balik fatihah pun ade yang tak molek lagi. itu hantaran beribu riban tu dol! pendek kate, dalam dunia kegadisan, semakin tidak berkembang ilmu di dada, dunia meletakkan harga yang semakin mahal. silap2, belum sempat habis bayar loan kawen, dah cerai. berlaku kan?

aku tau, yang bace akan cakap, kau ingat gadis ni ape, barang! harga gadis semakin mahal pulak!! bukan, aku tak cakap gadis itu barang. gadis itu sesuatu untuk dimiliki untuk sama-sama berkongsi hidup dengan. so, kau yang faham tentang gadis itu bukan barang untuk dijualbeli dan diperdagangkan, mesti kau tidak akan kisah pasal hantaran bukan. tapi masalahnya, manusia hari ini yang meletakkan gadis itu bagai barang! nilai semakin mahal bila semakin tinggi mutunya(kunun dengan ade kelulusan), semakin mahal bila ianya semakin cantik(kunun hot la), semakin mahal bila ianya limited edition(kunun dianya anak tunggal).. nah! kau yang letakkan nilai gadis itu macam barang bukan!

kereta, komputer dan gadis, bila kita pilih untuk memiliki, semuanya ade spec(specifications) masing2 bukan? kau mesti mahu yang terbaik, dengan harga yang terbaik untuk kau jugak. dunia hari ini banyak menyusahkan kita. dengan berleluasanya fahaman kunun ade nilai standard dalam hantaran mengikut zaman. contohnya zaman la ni, rm10ribu tu at least. gile betul! aku yang tak fikir pasal kawen lagi ni pun dah terasa getarnya. kamonlaaa… takkan takde gadis yang faham?? seksa kot nak kumpul rm10ribu.. tu hantaran je tu.. majlis lagi.. beli barang2 hantaran lagi.. koman2 rm30ribu kot nak kena standby. adess.. pastu bulan2 nanti nak bayar duit loan kawen, loan kereta ngan rumah lagi. ohhhhh~ hidup dengan hutang sampai mati. silap2 wasiat pun sampai tulis suruh anak sambung bayarkan hutang. aku bercakap dari sudut seorang lelaki miskin macam aku.. kau yang kaya, duit berlori-lori takpelah.

aku menulis bukan mengatakan aku anti pada hantaran mahal. sekadar aku mahu gadis hari ini faham akan beban lelaki yang tak berduit. cuba letak diri korang kat tempat lelaki yang nak gile kawen ngan korang tapi takde duit sampai kena buat loan untuk hantaran 10ribu tu. huhh! tak pun, camnilah. ape kate korang je yang bagi hantaran kat lelaki? haa.. best gak tu! kat akula especially.. amacam??

kesimpulannya.. aku rase, kawen tak patut dijadikan beban. aku rase belambak artikel pasal mahar/hantaran kat internet ni. aku tak bace pun aku tau die mesti nak suruh gadis2 sedar tak payah mahar mahal2, same macam ape aku tulis. lagipun aku bukan gadis untuk bace artikel camtu. aku tulis pasal ni sebab tibe2 aku rase aku perlu ubah fenomena ni. semangat macam semangat luffy tibe2 menjelma dalam diri aku. ho!

tak pikir pasal kawen itu tipu

bila aku ditanya pasal kawen. aku akan jawab tak pikir lagi. aku tipu tu. padahal tiap2 ari aku duk pikir. aku makin hari makin tua kot. tapi disebabkan zaman hot aku telah tamat(macam pernah hot je, heh!), dan aku tidak reti mengurat setelah 7tahun tidak berkecimpung dalam arena seni mengurat, aku elak dari berfikir pasal kawen. bukan tak fikir. tapi elak dari berfikir.

matlamat aku kini adalah cinta lepas kawen. aku mahu jalan yang diredhaiNya. segala yang berlaku banyak mengajar aku erti kehidupan. Alhamdulillah. tak pernah sesaat aku menyesal apa yang dah aku lalui. aku cuma akan amik pengajaran daripada apa yang dah berlaku. semoga matlamat aku dipermudahkan Ilahi. bila sampai masa, aku cuma akan pegi kat sape2 yang aku berkenan, dan cakap, “eh kau yang disitu, jom kawen!” uwaahhh.. cool kan!

harap mak abah aku sabar untuk tunggu dapat menantu perempuan pertama dorang. oh, kepada sapepunlah bakal isteri aku nanti, aku cuma ingin ingatkan kau, dengan ayat yang akan selalu meniti kat bibir aku,

“aku tidak janjikan kemewahan dalam kehidupan kita, cuma yang aku mampu, menjanjikan kasih sayang yang tak terhingga dan kebahagiaan menempuh suka duka hidup kita nanti…”

ohhhh.. gile karat bukan! haha. panjang lagi aku nak tulis tu, tapi takut kau muntah hijau, mata berselaput & berkonjuntivitis, baik takat tu je. yang lain, tunggu kau jadik isteri aku nanti. oh ye, satu lagi, kepada kamu bakal isteri aku, jangan sayang aku kerna aku tinggi ye! tolonglah.. haha

kepada kau yang cuba berborak dengan aku dalam nada sedih bertanyakan perihal hati aku, aku takkan layan melankolik kau. dari awal lagi, aku tidak pernah tunjukkan yang aku sedih. sebab aku tau muka aku buruk sangat time sedih. heh! so, aku akan sentiasa senyum pun bagaimana taufan dalam hati aku. so, tolong senyum ye dik bila berborak dengan aku!

p/s : huda dah kawen. sarah dah fikir2 taun depan nak kawen. naim housemate aku nak kawen dah bulan 1 ni. amir pun da tunang. capek da tunang kawen bulan 3. oh oh!! aku tak jeles pun kau orang kawen awal, aku cuma akan jeles bile korang dapat anak awal dari aku! aaaaaaa ~ haha =P