mentaliti

dah lame gile nak bercakap tentang hal ni.. tapi sentiasa cuba jauhkan diri dari bercakap hal2 yang berkait dengan politik.. aku rase ini bukan lagi isu politik.. tapi ini dah jadi isu sosial yang perlu difahami umum. mentaliti rakyat yang semakin hancur dengan kebinasaan yang dicipta oleh para pemimpin..

berbillion duit kerajaan yang termasuk dalamnya duit rakyat, dihabiskan untuk pembangunan, pembangunan, pembangunan! naik muak, naik loya, naik gile dengan mentaliti pemimpin yang fikir, negara maju perlukan pembangunan!

ye, betul, kami rakyat perlukan pembangunan. tapi bukan pembangunan infrasruktur semata-mata. pembangunan sahsiah, pembangunan keselamatan, pembangunan perkhidmatan, dan paling penting, pembangunan mentaliti! kamonla para pemimpin, korang bukan tak selalu ke luar negara.. pergi ke negara yang lebih maju dari negara kita dan ape yang kau dapat? camne korang nih? datang sekadar melancong je ke?

pinjam kata Sheikh Muhammad Abduh, “Aku ke Paris, aku menjumpai Islam tanpa Muslim. Aku pulang ke Cairo, aku jumpa Muslim tanpa Islam”.

ye, itu juga yang aku jumpa tuan! duduk di jepun, datang ke sini dan aku jumpa ISLAM TANPA MUSLIM. jujur dalam mu`ammalat menjadi pekerti, sentiasa berakad dalam jual beli, rasuah memang jauh sekali, kebersihan menjadi sendi hidup sehari-hari, perkhidmatan pelanggan dutamai, janji dan masa sentiasa ditepati, soal keselamatan langsung tak dicurigai.. kau tak nampak lagi?? balik ke nagara kita, ape yang kau nampak? ye, MUSLIM TANPA ISLAM di sana sini! ini hakikat..

kamonla pemimpin, kau tentu nampak semua ni. aku dihantar ke jepun dengan rezeki dan kehendak Ilahi, cuma ianya melalui biasiswa kerajaan yang diberi, takkan nilai yang aku dapat sekadar kena simpan dalam hati? dah tu, apa tujuan aku mengembara kalau hasil yang patut aku lahirkan sekadar mengikut polisi membuta tuli..

dalam banyak2 isu yang boleh dibangkitkan, soal keselamatan aku rasa yang paling patut diutamakan.. bagai bukan hidup di negara sendiri kalau di negara kita.. ke sana sini sentiasa dalam ketakutan, kekhuatiran, kerisauan.. perompak, peragut, perogol, pembunuh.. adoiilaa.. kat sini, aku tak pernah kunci rumah dan kereta.. aku boleh tinggal laptop dalam kereta tak berkunci dan pergi shopping sampai bersimpul urat kaki, tanpa rasa risau sikit pun.. rumah apatah lagi, memang 24/7 tak penah berkunci.. dan kunci pun dah ilang ntah ke mana.. aku cuma nak bukak mata kau orang, di mana negara bukan Islam ini menawarkan keselamatan yang tak berbelah bahagi.. kau bebas bergerak ke sana sini tanpa ada risau dalam hati..

aku dah nak balik ke nagara sendiri. kerisauan aku pada keselamatan kat sana nanti bertimpa-timpa menekan minda.. baru bujang.. belum ade anak bini.. haihh.. aku rasa, pucuk pangkal yang perlu dilakukan adalah, para pemimpin perlu ubah mentaliti, kemudian baru rakyat akan menyusuli.. hakikat sekarang ni, pemimpin dahla kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak amik peduli.. betapa rosaknya mentaliti..

kat negara orang ni, matlamat pemimpin adalah semata-mata untuk membuat rakyatnya selesa hidup.. dari segi pembangunan, keselamatan, perkhidmatan, dan segalanya.. sedang matlamat pemimpin negara kita, asal poket sendiri terisi, nama korang dipandang tinggi, dan pasal keselesaan rakyat, aa..boleh tolak tepi..

aku bercakap bukan kerana aku dah lupa jasa negara kat aku.. tapi aku bercakap atas rasa sayangkan negara.. atas rasa perlunya perubahan mentaliti dalam setiap lapisan masyarakat terutamanya pemimpin.. atas rasa pedulinya aku pada hidup anak cucu aku suatu hari nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: