TKL1 : jangan hanya tahu bergomol

disebabkan ini musim orang kawen, entri aku jugak berkenaan orang kawen. tarikh 1.1.11 memang gile ramai a pilih buat tarikh kawen, pasni 11.1.11, pastu 1.11.11, pastu lagi 11.11.11. haaaaa… pilih2 kak long, kak ngah! haa.. jangan segan2.. meh pilih meh.. yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat!

tibe2 aku terpanggil nak tulis pasal tips rumah tangga. supaya kau yang dah kawen, tengah kawen, dah nak kawen, tidak hanya tahu bergomol je..

bila terlafaz akad kau terima nikahnya je, secara automatik dosa-dosa isteri kau serta merta jadi tanggungjawab kau. maksud aku, dosa-dosa yang jika kau tidak tegur, ianya menjadi saham neraka kau. malang sekali kalau kau baru lepas akad je, isteri kau yang bertudung ala siti nurhaliza mahupun ala-ala bini pemimpin tu, jambulnya ditonton oleh sekalian hadirin yang datang. kau pulak tak tegur. awal2 kawen dah tanggung dosa. ohhhh..

untuk mengelakkan kau hanya tahu bergomol dengan isteri kau je, aku sediakan beberapa perkara yang bila kawen je, kau kena buat, supaya kau tidak disabit panjang cerita di hari perhakiman nanti.

1. kau perlu check bacaan fatihah dia. sebab fatihah adelah rukun sembahyang, jadi bacaan perlu sempurna. tajwidnya dari segi makhraj huruf, hukum2 mad dan lain2, pastikan bertepatan. kalau fatihah fail, solat jadi fail, dan kau yang tak mengajar isteri kau pun, fail!

2. kau perlu check wuduknya. pastikan wuduknya sempurna. semua anggota wuduk disapu, dibasuh dengan lengkap. bukan apa, ade je manusia yang wuduknya, basuh lengan pun kantoi.. air tak cecah siku. so, check ni sekadar untuk kalau ade silap, ditegur dengan baik.. dan kalau kau yang wuduk tak betul, bolehlah suruh bini kau ketuk kepala kau dengan sepana idup.

3. check solatnya. pastikan solatnya juga dilakukan dengan cara yang terbaik. rukuk, iktidal, sujud dengan sempurna. sebab bukan apa, ade je manusia yang solat seperti yang nabi gambarkan bagai burung mematuk. so, kalaulah isteri kau sebahagian daripada mereka yang begitu, bolehlah kau tegur dan ajar cara yang betul kan. kalau kau dah ajar elok2, belakang kau dia masih sembahyang 2 minit siap, memang hampeh! tp da bukan salah kau kan..

4. check mandi wajibnya. time ni, kau check pastikan dia betul2 ratakan air ke semua lapisan kulit. tak perlu kau formal bangang pegi tengok je bini kau mandi sambil tanda checklist bahagian mane die dah cuci. kau pun mandila sekali dol dengan bini kau! sambil amik kesempatan meraba dan mengajar ape yang patut. kau nak malu ape? nabi pun mandi dengan isterinya Aisyah kan. pasal mandi wajib, kalau bini kau mandi tak cukup syarat, semua amal die burn camtu je kan. baik kau ajar die molek2.

5. ajar ilmu fardhu ain. ini perlu. sebab kau pun same bangang tak cukup ilmu fardhu ain, baik kau sama2 belajar. tak payah tanye bacaan sujud sajadah, tanye air musyammas ape pun kau dah blur. ilmu fardhu ain sememangnya kau ade dan telah belajar, tapi setakat mane kau memahami & amalkan jadi persoalan.

banyak lagi. tapi 5 ni dulu cukup la kot. pasal ilmu gomol menggomol, ustazah aku cakap, “tak payah belajar ilmu tu. tu malam pertama, masuk bilik ngan bini, piaapp tutup lampu, jalaannnn”.

dan sebelum terlupe, sebelum kau pasang niat nak buat ape yang kat atas tu, kau kenalah betulkan diri kau punye dulu. kau pun bace fatihah ta jadi to, ‘ain jadi alif, ha pedas jadi ha biase, baik kau lupekan dulu niat nak ajar bini kau tu. sume benda la, baik fatihah, solat, wuduk, mandi wajib, sume kau perlu perbetul diri dulu. kalau bini kau lagi terer, tak salah kau belajar dengan dia. dalam rumahtangga jangan letak ego kau tinggi2.

semoga bermanfaat untuk aku sebenarnya.. sebab aku belum kawen. hee. dan kalau bermanfaat untuk yang bace, baguslah. selamat mengamalikannye pun!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: