aku bukan anti sosial

aku bukan anti sosial

ye, aku bukan anti sosial. malah kalau kau yang kenal aku, tahu aku bagaimana. tapi dalam hidup aku sentiasa cuba mencari satu titik perubahan.. untuk menjadi lebih baik dari semalam, semalamnya, dan semalam malam malamnya. aku akui, aku punya dosa yang banyak. kepada Maha Penerima Taubat jugalah aku memohon ampun atas segala kemungkaran yang aku lakukan.

dan aku juga sedar. aku bukanlah hot nak update status terkini perasaan aku kat facebook, twitter dan segala bagai.  bodoh sangat tu. aku ade akaun facebook pun sebab aku rase senang nanti aku nak jemput kawan2 time aku kawen, dan kau jugak senang nak jemput aku. walaupun macam tak ikhlas sangat je jemput gune facebook. haha. hakikat orang yang malas kan.

kenape aku tak suka aktif facebook?

aku tak suka facebook bukan kerna facebook itu. tapi aku takut tersalah gune, hasil dari penilitian aku kat cara kau memanipulasi facebook. maafkan aku, tapi aku rasa rata-rata manusia sangat bodoh menggunakan facebook. pun ade segelintir yang pandai. yang pandai maksud aku, yang mencari saham syurga menggunakan facebook. dan yang bodoh majoritinya,  dalam sedar mahupun dalam tak sedar, kau mengumpul saham neraka kau melalui facebook.

pada aku, selain kau yang berposing tunjuk buah dada sape lagi besar di facebook, orang yang tidak ketinggalan bodohnya jugak ialah orang yang menunjukkan perasaan yang tak sepatutnya kat status facebook kau. benda yang sepatutnya tak perlu heboh, kau hebohkan seantero facebook bagi friends kau yang beratus2 itu bace.

bahayanya status facebook kau adalah bila orang yang paham ape yang kau maksudkan akan memberi pelbagai reaksi, dan orang yang tak paham akan membuat pelbagai spekulasi. lagi-lagi bila status yang melibatkan perasaan terkini kau. kadang2 benda kecil yang boleh settle hanya dengan meminta maaf melalui satu panggilan mahupun mesej, kau besar2kan di facebook dengan harapan memuaskan hati kau yang dirasuk saitan.

contoh

kecik punya hal. kau dapat kerja yang gaji tak seberapa kat bandar kl. oleh kerana mak ayah kau berjiwa kampung, sebab taknak kau rosak dan pelbagai lagi, mereka tak bagi. kau pun memberontak bengang apesal pulak tak boleh. tapi kau tak mampu nak bantah kunun taknak jadik anak derhaka, kau pun update status kebengangan kau tu.

tulis samar2 pulak tu,

“mempunyai mereka yang berfikiran begitu, ohh sukarnya hidup~..”

kau membuatkan orang yang bace status kau tertanya2. siape mereka? begitu yang camne? dan kawan2 kau yang tau cerita tu bajet cool dengan nak sabarkan kau. kawan2 kau yang tak tau cerita, bace komen2 bawah status kau dan mulalah tanggapan macam2..

“oooo.. mendelah parents die nih.. kolot gile kot pikir camtu..”

“kalau nak rosak, kat kampung pun boleh rosak..”

nah. padahal niat mak bapak kau punyalah suci. taknak kau terjebak dalam maksiat pengaruh metropolitan, risau keselamatan kau, cukup ke duit makan pakai kau nanti. oleh kerana status kau yang macam gampang tu, kau telah mengaibkan mak bapak kau tanpa kau sedar. taknak derhaka kunun. maruah mak bapak & keluarga harus dijaga tak kira ape kau paham tak bai?

ini contoh. pelbagai lagi benda lain. yang lebih dekat dengan kau. perihal yang membuat kau bengang daripada member serumah, member sekelas, adik beradik, suami isteri.. tolonglah jangan jadik bodoh dengan aibkan orang lain sekadar nak puaskan nafsu kau. macam kau bagus sangat!

nasihat aku, jangan update status time ko bengang atau marah. kau bukan lagi macam bodoh, tapi memang bodoh jadiknya dengan status kau tu. cuba update bile perlu, contohnya nak cakap thanx kawan2 wish birthday, nak gitau kau nak kawen, nak sebarkan ayat2 Allah. percaya cakap aku, dunia akan lebih aman jika kau tak heboh perasaan kau itu.

bacaan tambahan

facebook dan kilang dosa

jangan promosi dosa di facebook & blog

dosa-dosa & facebook

sekadar baca & terima ilmu tak guna kalau kau tak amalkan. dan satu peringatan, aku menulis tak lain, hanyalah sebagai nota untuk diri sendiri, dan bakal anak isteri aku nanti. chalo. wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: