TKL2 : tak sabar digeletek

baik, tips rumah tangga kali ni.. pasal ape yang kau kena mulekan terus bila kawen. maksud aku, start gadis kau itu halal untuk kau pegang di mana-mana je, sebolehnya kau mulakan hal-hal ni dalam kehidupan kau. semoga kehidupan kau lebih terisi dengan kasih sayang dan manfaat. bukan hanya tahu bergomol. hoho.

sesi tazkirah

bunyik macam formal. tapi jangan jadik skema dol, habis sembahyang ngan bini, tibe2 kau berdiri kat depan saf, sambil tangan ketar-ketar baca fadhail amal. bini kau pun bingung, samada dia ingat kau kena sawan, habis elok pun dia pikir kau tengah mamai.

bendanya mudah je. dalam sehari, pastikan kau spend satu mase bersama isteri kau untuk sesi tazkirah. tak kisahlah kau nak peruntukkan masa lepas solat ke, sebelum tidur ke, lepas jimak ke.. ikut suka kau. tapi biar waktu2 yang molek a boh! waktu di mana kau punya masa untuk tak pikir pasal keje yang gile tensi, pasal kereta punye sport rim nak tuka kaler ape, pasal gadis kilang yang kau aim agak2 buleh jadik no 2..

bagi kau yang solat jemaah kat masjid surau, tahniah aku ucapkan.. bagi kau yang solat jemaah ngan bini kat rumah, sila tanam azam untuk kau join jemaah kat musolla nu ha.. ape2 pun, berbalik kepada tajuk, biasenyelah, eloknya kita spend masa untuk bercakap-cakap dengan isteri kita samada lepas solat atau sebelum tido.. tak perlu panjang bagai kau nak terang segala hukum hakam dari cara sebut bismillah sampai cara bayar dam haji dalam satu malam.. cukup dengan 15 minit lebih kurang sekali jalan.. yang penting istiqamah setiap hari..

bagi kau yang hafal beratus ke beribu hadith, faham tafsir qur’an, bolehlah kau selamba je kan kongsi ilmu.. tapi bagi orang cetek ilmu macam aku, banyak sumber2 bahan bacaan yang boleh dibaca untuk tazkirah tu kan. yang paling mudah..

1. Fadhail amal (Fadhilat amal).. Shaikh Maulana Muhammad Zakariya ra. dah karang siap dengan penerangan lagi. ade kisah para sahabat, fadhilat Qur’an, fadhilat solat, fadhilat zikir, fadhilat ramadhan, fadhilat tabligh. kau cume tinggal bace je. dan kalau kau ade kesempatan, elaborate sekadar yang mampu pun dah cukup.

selain tu, bagi kau yang carik bahan bacaan lain, ape kate kau ulangkaji ilmu fardhu ain dengan bini kau..

2. Indahnya Hidup Bersyariat.. Al-fadhil Dato’ Ismail Kamus dah buat buku sikit punye cantik tentang ilmu fardhu ain. kau boleh ulangkaji balik daripada cara-cara tayamum, sampaila ke cara urus jenazah, dan yang paling penting, bacaan doa sebelum jimak! hoho.

katelah kau still carik sumber lain untuk dibaca, apekata kau bace kitab untuk perbetul cara solat kau..

3. Formula Solat Sempurna.. Ustaz Zaharuddin tulis dengan begitu terperinci dan best untuk dibaca. kau boleh tahu dalil-dalil bacaan dalam solat, cara solat Nabi s.a.w., pendapat-pendapat imam mazhab lain.. memang best gilelah! kalau kau dapat baca dengan isteri kau lagi best! sama-sama perbaiki diri kan.

dan bagi kau yang mampu dari segi ilmu, aku sarankan kitab berikut..

4. Kitab Riyadhus Salihin.. Imam Nawawi dah susun hadith2 Nabi s.a.w., juga petikan ayat-ayat Quran ikut bab. dari bab ikhlas, sabar, bab makan minum, bab pemerintah, bab rezeki, dan macam2 lagilah. setakat yang aku tau, terjemahan kitab Riyadhus Salihin ni ada 2 jilid. memang menarik! cuma, terkadang ada hadith yang dengan ilmu yang cetek, memang susah nak paham. yang penting, jangan kau pandai2 hurai ikut sukahati kau. yang mampu hurai kau hurai, yang tak mampu kau tanyelah mane2 ustaz.. selamat!

dan jika mahu mendalami dari basic, aku rasa, ini patut dulu diutamakan..

5. Hadith 40.. punyelah Imam Nawawi tau, umat Islam akhir zaman la ni punyalah susah nak belek hadith.. daripada ratus2 ribu hadith, Imam Nawawi ringkaskan sampai terjilidnya hadith 40 ni.. pun kite tak khatam lagi kan? huu ~ Astaghfirullah.. bagi kau yang malas nak google, ni aku bagi link download hadith 40.

dan mungkin jugak, di sebalik hari hari kau bertazkirah 15minit dengan isteri kau yang masih bergetah tu, kau boleh jugak selitkan dengan sesi Al-Quran.. kau boleh sama-sama baca Quran dengan bini kau.. sambil sama2 perbetul tajwid, dan lepastu boleh selak2 tafsir  dan tadabbur isinya.. indah bukan?

pada aku, untuk lebih mengindahkan suasana, tazkirah ni bolehlah baca gilir2 dengan bini kau, jangan asyik2 kau je. mentang2 kau ustaz. dan boleh jugak mintak isteri kau hurai serba sikit apa yang dia bace, dan kau bertanye soalan.. yang penting, kau jangan berlagak pura-pura tahu semua.. even kau tahu semua pun, buat2 tak tahu dulu agar bini kau rase die pun mampu menyampaikan! sama-sama perbaiki diri kan=)

habis sesi tazkirah, bolehlah kau sambung dengan sesi geletek menggeletek atau sesi yang lebih aggresif dari itu.

aku cume bagitau ape yang aku tau. banyak lagi kitab2 yang best untuk dibaca kat luar sane yang kau lebih tau. mane yang masing2 mampu lah kan. harap dengan usaha sikit ni, kasih sayang kau dan isteri makin lama makin mekar, dan isteri kau tentunya makin tak sabar nak tunggu sesi tazkirah setiap ari.. (pasal tak sabar nak kena geletek lepas tu)..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: