TKL4 : rumahtangga dalam hati

Kali ni akan cakap sikit pasal camne nak bentuk rumahtangga yang ideal dengan diri kau. Ianya bermula dengan langkah pertama iaitulah,

kau kena mula bayangkan dan set dari awal lagi camne keadaan keluarga yang kau ingin bentuk satu hari nanti.. dari awal-awal, sebelum kau ada calon untuk dijadikan pasangan hidup lagi..

dengan ini, baru kau akan letak satu standard untuk pilih pasangan hidup.. tak salah memilih, cume jangan over je letak standard tinggi melangit…

contoh

kau letak gambaran keluarga impian kau..

1.  keluarga amal agama

solat jemaah sama2, pastu bertazkirah & tegur menegur bersama, pastu same-same saling kejut bangun tahajud dll.

2.  keluarga manja

saling geletek menggeletek, saling buat lawak bodoh dan ketawa, saling jalan berpegangan tangan sampai ke tua dll.

itu contoh je.

so, bile kau dah ade matlamat sebegini, kau akan mudah membuat standard untuk mencari calon hidup kau. kesinambungan daripada contoh tadi..

1.  keluarga amal agama

dengan matlamat ini, tentu kau akan cari mereka yang berfikrah. yang kau rase, die dapat memberi kebaikan kepada kau, dan kau juga berusaha memberi kebaikan kepadanya dalam hal agama juga dunia..

lebih lagi bile fikir tentang anak. kau mesti nak ayah/ibu kepada anak-anak kau adelah seorang yang berfikrah bukan? takkan kau nak pilih gadis gambar facebook spesis posing meransang mazi, lelaki pulak style amik gambar nampak aurat pun takde hal.. kan dah lari dari matlamat kan..

2.  keluarga manja

jadi, daripada beberapa orang calon berfikrah yang kau berkenan, tentunya sekali ade yang bile kau tengok muke die je, kau rase tenang dan boleh senyum.. dan ade jugak yang bile kau tengok muke die, kau jadik hormat yang lebih kepada cuak..

memilih calon dalam Islam pun Nabi suruh tengok dulu muka bakal kan sebelum apa-apa.. & boleh jugak kau merisik tentang perangai sebenar dia.. maybe tanye kawan atau family dia..

so, melalui perangai dan rupe yang kau rase berkenan & kau yakin mampu tackle hati die untuk main geletek2 lepas kawen, kau bolehlah buat pilihan kan ! takkan muke bagai rosnah mat aris pun kau plan nak main geletek2 gak kot.. errrr… (bukan aku kutuk, tapi realiti manusia ade yang muke manja, dan ade jugak muke jenis bekeng kan)

bukan tak boleh bentuk rumahtangga yang ideal selepas kahwin. maksud aku, pilih je mane2 calon, dan bentuklah lepas-lepas tu. boleh, tapi sukar dan memakan masa. Kalau iman kau gah bagai iman para sahabat takpe. Iman dengan kulit bawang, kulit bawang tebal lagi, nak cerita pasal usul fiqh segala bagai lepas kawen?mimpila..

Mungkin ade mereka yang jenis tak amik port, tak kisah langsung pasal bagaimana bentuk rumahtangga dia satu hari nanti. Cuma go with the flow. Tiada masalah. Cuma kau mungkin saje terlepas sesuatu yang kau inginkan dalam hidup.

Bagi kau yang ade impian sebegini, aku rase, lebih elok kau ceritakan kepada bakal pasangan hidup kau. Sekurang-kurangnya, bila dah cakap, manusia akan rase lebih nak buat, atau nanti rasa malu kalau tak buat. Hakikat sifat manusia.

Dan bile dah cakap, pasangan kau pun tidak boleh tidak, kenalah mengerti akan hal ni. Kalau dua-dua punye matlamat yang sama, senang cerita kan! Kalau tak, cari titik persamaan, atau pilih jalan yang lebih baik.

Walaupun kau belum berumahtangga, pastikan rumahtangga impian telah wujud dalam hati kau.

notatahilalat : macam encik hermit, rumahtangga impian dah terbina sejak 8 tahun lepas lagi. What a ‘berpandangan jauh’ person he is! heh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: