TKL5 : nini cokelat celup

kepada mereka yang bace entri sebelum ini dan rase jijik sedikit dengan bahasa aku, ia memang ape yang aku nak kau rase. dengan itu kau akan faham, lebih jijik wanita islam melayu yang meliok lentok dedah sini sane depan belasan lelaki bukan?

aku menulis bukan kate aku betul segala bagai bukan, entri itu aku tulis cume untuk lahirkan kerisauan aku pada situasi muslimat kita pada hari ini dan bagaimana pulak di masa akan datang.

kalau ramai punah akhlak, susahlah aku nak carik yang kedua, ketiga dan keempat. haha. tak tak, aku cuma pikir nanti camne anak aku nak carik calon isteri kalau bilangan muslimat yang mukminat sikit sangat. kesian dia.. (kenape aku hanya sebut yang kedua ketiga keempat tadi e? yang pertama mane?? rrr..)

balik kepada tajuk arini..

Situasi 1

kadir baru lepas buang air besar. dia bukak pintu tandas, keluar, dan menyanyi, “nini cokelat celup, plup plup.. nini cokelat celup, plup plup..” jijik sungguh nanyian lepas keluar tandas kadir.

sedang kadir jalan sambil perbetul ikatan tuala yang dah londeh nak terlucut, kadir nampak isterinya, samsiah tengah pilih baju kotor yang hendak dibasuh kat depan mesin basuh. diasing-asingkan baju mengikut yang mane bernajis yang mane tak, yang mane boleh dibasuh sekali yang mane tak.. sungguh berfikrah samsiah itu.

kadir jalan terus.. sambil korek pusat, sambil kadir tukar lagu.. “hai.. senangnya dalam ati.. kalau beristeri ~dua~..” (dua tu dia nyanyi pelahan je takut frying-pan hinggap di dahi).. sampai ruang tamu, kadir duduk depan laptop, kadir bukak folder koleksi gambar foto-outing die semalam yang bersubjekkan seorang talent pakai tube pink berskirt jarang. kadir teruja.. lalu kadir panggil samsiah supaya bersiap sedia. bodoh punye kadir.

Situasi 2

kadir baru lepas buang air besar. dia bukak pintu tandas, keluar, dan menyanyi, “nini cokelat celup, plup plup.. nini cokelat celup, plup plup..” jijik sungguh nanyian lepas keluar tandas kadir.

sedang kadir jalan sambil perbetul ikatan tuala yang dah londeh nak terlucut, kadir nampak samsiah tengah pilih baju kotor yang hendak dibasuh kat depan mesin basuh. diasing-asingkan baju mengikut yang mane bernajis yang mane tak, yang mane boleh dibasuh sekali yang mane tak.. sungguh berfikrah samsiah itu.

nampak je samsiah kadir terus teringat “oh, belum bace doa kuar tandas.. ghufranakalhamdulillahillazi azhaba ‘annii azaa waafaani..”. betapa dengan melihat samsiah je, kadir terus menjadi berfikrah juga.

kadir nak jalan terus, tapi die terpanggil untuk buat sesuatu yang dia rase dia perlu..

kadir jalan hinjit-hinjit ke arah samsiah bagi samsiah tak perasan.. dan sampai je kadir kat samsiah, “ppuutt….” samsiah kentut kaw piaw bau jus mengkudu.. huuuiyaaii (ini masalah aku ni, takleh serius).

sambung cite tadi.. kadir jalan hinjit-hinjit ke arah samsiah bagi samsiah tak perasan.. dan sampai je kadir kat samsiah, kadir rangkul isterinya itu dari belakang dengan lemah lembut penuh kasih sayang.. dipeluk erat dan digomol-gomol manja telinga samsiah dengan hidungnya sambil berkata..

“sayang.. terima kasih ye sayangku! terima kasih sangat3..”

samsiah pelik. sawankah encik kadir? tapi samsiah suka dipeluk dan dimanja begitu.

dengan bingung, sambil samsiah amik tangan kadir lalu diusap-usap dan dicungkil daki dalam kuku jari kadir, samsiah tanye dalam nada manja.. “untukk?”

kadir senyum.

~ tak perlu kata apa-apa.. senyum.. tak perlu kata apa-apa..

tiba-tiba kadir nyanyi lagu senyum..

samsiah cuba sambung nyanyian kadir..

~ kalau berpacaran..memang banyak pantang larang..

berderai perut kadir ketawa, samsiah pun ketawa sama.. sampai terasa di ulu hati kelakarnya..

memang sejak azali samsiah fail bab lagu-lagu ni.. jauh perginya..

ini dah mengarut.. (hermitttt, fokus!)

balik cite asal. aa.. ha, samsiah pun tanye..

“untuk ape bang terima kasih tu?”

kadir pun menyatakan..

“terima kasih untuk sayang sebab sayang sentiasa jage makan pakai abang, hidup abang, perasaan abang, ibadat abang…”

belum habis cakap lagi, samsiah dah gigit bibir kadir.

lepas tu, scene censored yang aku je tau. hoho.

ye, sebuah nilai yang sangat tinggi manfaatnya, tapi sungguh sukar nak dilakukan, apatah lagi dalam dunia suami isteri.

BERTERIMA KASIH.

kepada kau yang dah kahwin..

ada kau ucap terima kasih setiap kali isteri kau sambut kau pulang dari kerja?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau masak makan tengahari makan malam?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau basuh baju kau yang bau mambang tanah tu?

ade kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau ironkan baju kau?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau bagi service terbaik samada secara ringan mahupun berat?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau siapkan kau sarapan?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau kejut kau bangun tahajud bangun subuh?

ada kau ucap terima kasih tiap kali isteri kau dodoi kau tidur?

ohhh.. banyak sangat jasa sang isteri yang kalau aku listkan, sampai lusa belum tentu kau habis baca.

kepada sang suami dan bakal-bakal suami, jadilah seorang yang pandai menghargai. dengan ucapan terima kasih, ia sudah cukup untuk meleraikan penat sang isteri yang bertungkus lumus menjaga kehidupan sebuah keluarga.

kalau kau anggap ianya sudah menjadi tanggungjawab isteri, kau silap! memasak, membasuh,  mengurut, bukanlah tanggungjawab seorang isteri. tanggungjawab seorang isteri hanyalah untuk melayan kita.

apa yang mereka persembahkan kepada kita itu, memasak, membasuh, mendodoi, mengejut, mengurut dan lain-lain itu tidak lain, hanyalah suatu bentuk terjemahan kasih sayang mereka kepada kita. jadi sedarlah sang suami, berterima kasihlah kepada isteri kau sentiasa. bukan sukar pun.

kalau kau berlatarbelakangkan kehidupan bagai dalam situasi 1, cari titik tolak untuk perubahan supaya ianya menjadi lebih indah seperti situasi 2. ianya pasti dan pasti akan lebih menguntumkan bunga dalam hati pasangan suami isteri.

ianya bukan sahaja untuk sang suami, untuk sang isteri juga. isteri-isteri sekalian, berterima kasihlah kepada suami korang atas penat lelah mereka, kasih sayang mereka, lawak bodoh mereka, belai manja mereka.. dan ape-ape jelah yang kau mampu terima kasihkan.

jarang dengar suami cakap terima kasih bila isteri sediakan sarapan, makan tengahari, makan malam.. kan? harap aku jugak mampu amalkan nilai ini suatu hari nanti.

jadi, hari ini kau dan aku telah belajar satu nilai lagi yang perlu diamalkan dalam rumahtangga selepas harus mempunyai sense of humor dan selalu memuji, ianya adalah sentiasa berterima kasih.

2 Responses to “TKL5 : nini cokelat celup”

  1. mengarott..wahaha saket siak perot ku ktwe

  2. berterima kasih =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: