TKL6 : terhantuk rak tv

dalam TKL1 hingga TKL5, aku bercakap berdasarkan

  1. teori pemikiran berdasarkan ilmu
  2. rasional akal
  3. emosi yang lebih kepada nilai kasih sayang yang sangat aku utamakan

tapi dalam TKL6 ini, ianya lebih berdasarkan rasional akal, mengenepikan sedikit nilai kasih sayang yang sangat aku utamakan, digantikan teori pemikiran berdasarkan ilmu dengan pengalaman..

jika kau ade simptom lampi, mesti tak faham.. bace dulu.. nanti kau pahamlah..

utamanya, tips ini hanyalah sesuai untuk lelaki-lelaki yang sedikit terer masak macam encik kadir.. lebih terer kau masak, lebih berguna tips ini…kot. ironinye, kepada kau lelaki yang haram tak reti langsung masak, bace pun takde gune..kot.

aku ulang, tips ini untuk lelaki.

nilai di sebalik nilai

untuk mengekalkan kau sebagai seorang suami yang direspek oleh isteri dan anak-anak, melalui pengalaman yang aku nampak depan mata, terer mane pun kau dalam arena seni masak memasak..

jangan selalu masak!

ye, jangan !

baiklah.. idea die begini..

abang kadir merupakan seorang lelaki berjiwa jantan tegar, berjanggut 7 helai, dan memang terer gile masak. dia masak memang sedap. dipuji ramai dengan kesedapan yang begitu mengarut. dasat betul.

walaupun dia terer masak, kat rumah dia memang jarang gile masak. memang die rase kesian kat isterinya, samsiah yang setiap hari berpenat lelah dengan membasuh, mengemas, urusan anak dan segala bagai..

kadir membiarkan samsiah yang masak setiap hari, kerana pada kadir, ia sesuai dengan lumrah entiti sebuah unit kekeluargaan. pun samsiah masak asam pedas rasa air rebus cili kering.. dia biarkan.. pun samsiah masak tomyam rase air bilas batu giling.. dia biarkan.. kadir biarkan samsiah belajar..

hanya terkadang, 2 3 bulan sekali, baru kadir amik alih tugas masak memasak di dapur..

suatu pagi sabtu yang bahagia..

semua burung baru saje bangun dari tidur.. burung kelicap, burung wak-wak, burung dodo.. kicauan mereka menceriakan pagi sabtu yang dingin itu.. tidak ketinggalan, kadir punye burung pun baru bangun jugak.. burung kadir, namenye badrul muhaimin..

*badrul muhaimin seekor burung tiung

selesai sembahyang dhuha, kadir, samsiah dan anak mereka, ramlahram 3 tahun, dorang same-same lepak depan tv nak tengok katun spongebob.. sambil bermanja-manja..

samsiah hidang karipap, semalam dia uli.. inti daging.. sedap oo.. lepas subuh tadi dia goreng.. rajin betul samsiah.. dorang pun tengok spongebob sambil makan karipap..

sakan mereka gelak tengok gelagat patrick yang bersuara bagai suhaimi mior hasan tu.. samsiah gelak sampai guling-guling terhantuk rak tv.. over betul samsiah.

ramlahram nangis ngadu kat kadir kate mama main guling-guling tak ajak dia.. kadir pujuk ramlahram dengan bagi ramlahram main janggut dia..

habis spongebob, kadir pun tepuk tangan dua kali.. serentak berkata,

“baik-baik.. cik cik puan samsiah, cik ramlahram, dan para peminat papa di luar sane sekalian, papa nak wat pengumuman…

… dengan sukacitanya, papa mengisytiharkan.. hari ini, chef papa akan masakkk!”

Yayyyyy! serentak samsiah dan ramlahram tepuktangan dan menjerit kegembiraan..

samsiah pun kate,

“Waahhh, abang nak masak arini!! tak sabarnye.. rindunye nak makan masakan abang..”

ramlahram pulak kate,

“Yayyy !! papa masak hari ni ! bestnyeeee.. cepatla masak paaa.. ”

“tapi, tapi, tapi… sebelum tu… ”

kadir ubah muke yang tadinya senyum, kepada muka mustapa kamal..

“sebelum tu ape paaa?” kate ramlahram penuh kecomelan.

“aah, sebelum tu ape paa?” samsiah yang heran cube meniru gaya ramlahram bertanya dengan comel.

kadir pun panggil samsiah dan ramlahram supaya dekat dengan dia.. bagai ade benda nak dibisikkan..

seraya dekat je samsiah ngan ramlahram kat kadir… perlahan kadir berbisik..

“sebelum tu…….

.. dua dua kena geletek dengan papa duluuuu!! wahahaha!”

kadir pun peluk dua-dua entiti yang paling membahagiakan hidupnya tu, lalu digeletek-geletek samsiah dan ramlahram tanpa perikemanusiaan. bahagia sungguh rumahtangga dorang nih.

tamat.

nampak tak ?

betapa berbunganya hati samsiah dan ramlahram bila kadir yang terer masak tetapi jarang masak, hendak memasak pada hari tersebut..

itulah yang dicarik sebenarnya. nilai di sebalik nilai. di balik kata-kata berperasaan yang spontan daripada samsiah dan ramlahram, terselit elemen yang membuat kadir lebih dikagumi, dihormati, disanjungi, dan disayangi..

pun ape terjadi, kadir tentu akan kekal lebih direspek dengan nilai itu sebagai seorang ketua dalam keluarga, sebagai seorang imam dalam rumahtangga.

fikir secara songsangnya, cuba kadir selalu masak.. samsiah jugak selalu masak.. sama-sama selalu masak..

makanya, tidak akan ade lagi istimewanya masakan kadir. tidak akan ade kata-kata berperasaan daripada samsiah dan ramlahram tatkala kadir sentuh sudip nak masak.. semuanya normal.. semua seperti biase.. hambar ~

nasihat aku, silalah selalu tolong isteri kau kat dapur. tolong-tolong selalu takpe, tapi jika kau yang masak, jangan ! takut sampai satu masa, akibat kau selalu masak, isteri kau berani cakap,

“bangg.. boleh tolong masak tak rini? saya pening-pening sikit la bangg..” samsiah meliok lentokkan badannya gedik sambil tangan urut-urut dahi. tipikal sungguh.

kalau pening sebab dua minggu lepas punye usaha penanaman benih membuahkan hasil takpe.. ni pening pasal belum habiskan lagi tengok drama korea. huh!

moral di sebalik nilai, mendidik tidak semestinya dengan menurut sayang ~

notatahilalat : puas hati kau entri kali ni aku gubah dengan bahasa penuh sopan santun ? wahai amir imran ! haa.. sedap semalam sound aku.. sentap hutak die. haha. penat aku elakkan diri dari menyentuh hal-hal yang manusia suka. oh ~ berape banyak delete kau tau!

2 Responses to “TKL6 : terhantuk rak tv”

  1. nini cokelat celup paling beshhh….heeee

  2. Ummu Humaira Says:

    Alhamdulillah..suka dgn hasil nukilan yang ada dalam blog ni. asif, ana sudah siarkan, mohon halalkn ya..

    moga thabat di jalan dakwah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: