telor itik peram

punyelah hebat Sang Maha Pencipta.. sampai seringkali tak tercapai dek akal nak menerangkan sesuatu perkara..

kau makan telur, tapi kentut bau lemon.. itu barangkali 3 hari lepas kau minum lemonade punye saki baki bau.. kau makan petai, tapi kentut bau prosperity burger bertoppingkan sos lada hitam mcD.. itu sah igauan kau semata-mata..

baik, berkenaan bau & memori..

tentu dengar perkataan itu je kau dah dapat tangkap ape yang aku nak cakap… aku tak suka camtu, so, lebih baik kau buat-buat tak tau je selagi aku belum cakap.. (sebab tu kebanyakan entri aku tajuknya tidak akan menerangkan isi ape yang aku tulis)..

jadi, begini.. bau & memori..

dalam teknologi, proses menghidu tak sampai lagi. Mungkin Allah belum ilhamkan kepada mana-mana technologist untuk cipta teknologi rakaman bau, pengstoran bau, dan pengolahan bau. Atau mungkin dah ade, cuma aku belum tau..

macam deria mata, melalui kefahaman yang dianugerahkan Allah tentang cahaya, pakar-pakar dah berjaya mengaplikasikannya dalam teknologi.

jadi, memori rakaman ape yang kita lihat telah direalisasikan dengan teknologi kamera, videocamera dan sebagainya.. distorkan dalam bentuk imej atau video. Yang kini kau boleh share di mana-mana, penghantaran melalui internet dan segala bagai.

tapi bau… uniknya bau.. ia masih belum boleh dishare di ruang maya seperti ym, skype dan lain-lain. tak begitu? kalau bau boleh dishare, tentu wujud pole di facebook untuk pertandingan kentut siapa paling macam haram baunya.. kan? kau hanya perlu undi, dan jika tepat ape yang kau teka, kau menang 3 set batu nisan tajaan atuk aku. amacam, best kan!

baik, eloknya kau paham sikit-sikit camne perjalanan sistem bau ni..

proses bau ni start dikendalikan oleh neuron-neuron olfactory kat dalam idung, pastu adela geng-geng die yang lain termasuk olfactory bulb dan pejadah tah mende lain yang aku tak ingat.. mende ni start kat bahagian atas hidung atau dalam bahasa timor leste disebut nasal.

kemudian, ape yang kita dah bau tu akan diuruskan oleh limbic system atau dalam bahasa melayu dia, sistem limbik. sistem limbik ni kat otakla kan, takkan kat buku lali pulak.

kat sistem limbik ni adelah komponen-komponen die, macam amigdala, thalamus & hypothalamus. ade lain ke?? ntah aku tak ingat. jadi sistem limbik ni lah yang akan uruskan kentut bau telor itik peram yang baru je kau hidu sebentar tadi, dan menafsirkan yang gila mengarut busuknya bau itu.

aku main taram je penerangan atas tadi tu. aku rase cam betul. kau tanyelah orang lagi pakar. tanye aku pasal shaft & journal bearing bolehla aku jawab dengan terperinci.

baik, balik kepada cerita asal. aku rase uniknya bau pabila sesuatu bau tu dirakam otak kita tanpa kita sedari. terdapat sesuatu bau tu yang unconscious ke subconscious mind kita akan rakam walhal kita tak suruh. aku rase semua orang penah jadik..

bila kau sampai sesuatu tempat tu, atau sesuatu keadaan, kau terhidu suatu bau yang kau punyai memori dengan bau tu.. contohnya,

1.    bau awal-awal kau jejakkan kaki ke universiti kau.. 4 tahun dah berlalu, kau dah grad dah pun, tiba-tiba kau terbau bau yang sama dengan bau hari pertama di universiti, yang membuatkan memori kau pulang ke masa itu.. hebat bukan?

2.    bau badan bf atau gf lame kau mase berpeluh. bau standard haiwan melata kena gilis ngan keretapi ah die punye bau.. punyelah maut.. kau dah berpisah hampir setaun, tapi bau tu datang tiba-tiba membuatkan memori kau balik ke masa itu.

3.    bau ayah atau ibu kau.. sedang kau main luckystrike sambil hisap rokok berisi, kau terbau bau ayah atau ibu kau yang dah kembali ke rahmatullah 5 taun dulu.. dan kau pun tertunduk memikirkan ape punye anak la kau sekarang ni..

bergunenya bau punye memori ni kan. baru-baru ni yang terjadi kat aku adalah yang bagai contoh nombor 1..

aku berjalan di universiti dan tiba-tiba, bau hari pertama aku jejakkan kaki ke universiti masuk dalam idung aku yang lubang belah kirinya separa tersumbat dan aku pun bagai terhuyung hayang dihanyutkan memori balik ke mase lampau. huh! terasa bagai.. eh, aku da nak abes? Allahurabbi..

aku tak pernah suruh otak aku rakam bau hari pertama aku di universiti tu. itu yang membuatkan aku tertarik dengan topik ni. di mane, sesuatu memori tu dirakam siap dengan bau sekali. Dasat wo!

jadi, hati-hati kau yang pernah kentut bau telor itik depan aku, aku ingat siapa kau! memori aku takkan luput akan hal ni. seksa jiwa raga aku kau tau terrakam bau tersebut.

oh, dan aku jugak nak jadikan ini sebagai satu alasan boleh tak?

aku seorang yang tak suke gile pakai perfume. aku rase rimas. membazir bagi aku perfume. 9 tahun belum tentu nampak ganjakan isipadunya.

sebelum ni aku beralasan bahawa perfume di badan sendiri menyesakkan hidung dan aku memang bukan jenis yang pakai perfume, jadi aku takkan belajar pakai. mungkin perlu pakai suatu hari nanti, tapi buat mase ni belum.

dan hari ini, dengan rasminya aku nak jadikan entri ini sebagai satu lagi alasan aku malas pakai perfume.

dengan wujudnya memori bau ini, aku nak bagi bakal isteri aku nanti rindu akan bau badan aku setiap mase.

lagi-lagi bau aku balik ke rumah lepas keje. mungkin bau ketiak basah itu yang akan kau rindukan bila aku sudah tiada nanti. pengubat rindu kau=)

kalau perfume, kau boleh beli di mane-mane dan bau. tiada nilai sentimental, tiada nilai kasih sayang, dan tiada keistimewaan di situ.

peluh jantan seorang lelaki adalah tersendiri & istimewa bagi seorang isteri yang pandai menghargai. bagai Siti Aisyah menghargai peluh keringat Baginda s.a.w.

Notatahilalat : sistem limbik kununnye adalah pusat mengawal hal-hal yang tak mampu dikawal dengan suruhan seperti emosi, metabolisma diri, rasa haus, rasa lapar, rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, rasa nak bagi pelempang, rasa macam-macam lagilah. kalau aku salah, ajarkan aku jalan yang benar. tolonglah.

One Response to “telor itik peram”

  1. bau mmg boleh buat kt ingt pd memori lalu😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: