TKL7 : ramlahram & selamat

baik, entri kali ni lebih ditujukan kepada engkau yang belum kawen, nak kawen dah sikit lagi, atau ade plan nak kawen tapi takde calon. Oh, dan jugak kepada  yang dah ade calon, tapi tak cukup duit lagi.. yela hantaran cam gile mahal sekarang kan. heh.

dan lebih khususnya kepada kau yang nak kawen dengan pasangan yang kau kenal dalam mase yang singkat.

satu jalan yang mulia jika kau pilih untuk tidak bercinta, tidak berkasih sayang, tidak berdating, tidak berjanji setia bagai sebelum kawen. kau dah dapat elak banyak maksiat kat situ. baguslah.

dari sudut pandangan aku, sebagai peringatan kepada kau yang berkahwin atas dasar cinta selepas kawen ni, tolonglah.. tolonglah jangan expect semuanya bakal indah dalam kehidupan rumahtangga kau nanti.

mungkin ade kau yang terberpendapat bahawa dengan kau tidak bercinta macam couple-couple lain yang bajet hot kat luar sane, dengan cinta ikhwan-akhwat kau, anta anti antuma antunna ana nahnu segala bagai kau di luar sane, kau rasekan diri kau telah menurut segala kehendak cinta dalam Islam, telah menurut jalan perkahwinan yang diredhai Allah, makanya, kau akan bahagia, kau akan tenang, kau akan kecapi keluarga impian kau.. ahaa.. ianya tidak pasti lagi yang pasti!

perkara pertama kau perlu tahu ialah, Allah berhak uji sesiapa pun yang Dia rase dia nak uji. tak kirelah samada kau jenis patuh segala suruhanNya, mahupun kau memang jenis tak amik port langsung pasal agama.

balik kepada situasi, contohnya sebelum kawen kau agak tengok rupe die ni style lemah lembut, penuh sense of loving, sopan santun, hemah tinggi.. kau pun dah kawen memang ikut jalan Islam.. tapi lepas kawen, suami kau yang kau kenali dia alim bagai kitab muwatto imam Malik dalam dada, sebalik tu dia style baran macam haram. kau terkentut dalam selimut time tidur je pun, abes dibakarnya selimut ngan seluar kecik kau sekali akibat marah kentut kau berbau epal hijau segar sedangkan kentut dia bau telor itik peram.

kau pun berdukacita kenapelah dapat suami baran camtu sekali.. padahal dah molek dah jalan perkahwinan kau..

kononnya kau telah ikut perintah Allah segala bagai, tapi kenape kau masih diuji sebegitu teruk. nah, sila check balik iman kau..

kat situ, ape hak kau nak persoalkan ujian Allah, walhal kau milik Dia sepenuhnya.. tak begitu?

ok..itu satu. kau paham dah?? bagus.

keduanya, salah kau terlalu impikan yang indah-indah sahaja. dan kau lupa untuk turut sama fikir beberapa kemungkinan yang kurang indah.

asbab kau rase jalan cerita cinta kau diredhai, maka kau impikan hidup yang bahagia je dengan suami kau.. makan bersuap, jalan pimpin tangan sampai tua, geletek menggeletek, puji memuji..

tapi kau terlupa untuk fikir kemungkinan yang kurang indah..

contoh mudah, kau terlupe untuk fikir kemungkinan suami kau seorang yang susah bangun pagi yang mungkin sekali bila kau kejut subuh, kau yang kena tendang melekat di dinding..

mungkin contoh melampau sangat. kau fikir sendirilah yang ringan-ringan sikit.

jadi, sebab kau tak bersiap sedia untuk kemungkinan yang buruk-buruk, bila sesuatu keburukan berlaku dalam rumahtangga, kau pun tak dapat nak handle diri. sedih melampau, padahal kena tinggi suara sikit baru..

yelah, ini sering terjadik pada pasangan yang jenis tak lame kenal sebelum kawen kan. kalau dah lame kenal, dah lame couple, mungkin sekali kau dah tau camne nak handle bila kau kena marah kan. atau mungkin kau dah lali kena maki hamun. so, mungkin tiada masalah lagi selepas kawen.

jangan silap, aku tak bermaksud bahawa bercouple lame sebelum kawen itu bagus. aku cume beritahu bagaimana realiti yang terjadi. dan sejujurnya mengikut pengalaman aku, bercinta lepas kawen itu tersangatlah indahnya yang kau takkan dapat bayangkan bagaimana indah. Ohoooooo Hoiiii indahnye. so, cubalah!

baik, untuk memudahkan kefahaman kau, aku bagi contoh abang kadir dan samsiah yang kini telah beranak dua.. anak pertama mereka ramhlahram 2 taun, dan kedua, selamat 3 bulan. Ini kisah cinta mereka.. mungkin ade pengajaran.

Disember 2008

Kadir kenal ngan samsiah melalui unit bait muslim. padahal kadir bukan ahli usrah ke ahli mana-mana persatuan islamik. kadir cuma rasa die nak kawen, takde calon, dan dia nak perkahwinan atas jalan Islami.

Samsiah pulak memang baik orangnya. ahli persatuan islami, dan kenal kadir lalu unit bait muslim tu lah. Samsiah ni style gatal sikit. perempuan kan, dia suke berimaginasi keluarga impian dia, manja-manja ngan suamilah, main geletek-geleteklah, gedik-gediklah.. memang geli jugaklah.

Samsiah ade tengok muke kadir kat gambar sekali. dan ikut suke die je agak-agak kadir ni romantik orangnya, penuh sense of humor, sopan santun. Dia da mula la pikir pasal keluarga impian dia kunun-kunun bakal terrealisasi.

Kadir pun ade tengok muke samsiah sekali kat gambar. Kadir agak-agak samsiah ni style kuat berangan, pandai masak lemak cili api, kentut bau tak busuk sangat, tak suka harry potter, suka makan kuih sipot, tak suka warna kuning, selalu potong kuku hari kames.. agak spesifik kadir teka.

………….. (banyak lagi aku nak tulis tapi aku ade thesis kena siapkan!! gile betul!)

dipercepatkan cerita, mereka pun kawen atas jalan Islami. segalanya bagai indah. cinta bermula selepas kawen.

Februari 2009

Suatu malam, sedang kadir ngan samsiah baring mengiring berpelukan kat sofa di ruang tamu, sambil tengok tv, sambil kadir raba-raba perut samsiah yang ade ramlahram kat dalam berusia 6 minggu..

Tangan kadir bukan berhenti setakat bermain di perut, malah ke tempat-tempat lain.. samsiah geli sambil ketawa ihik2..

Sukeati doranglah, dorang suami isteri kan.. halal dah.

Keindahan cinta mereka tiba-tiba terhenti.. bilamana suatu bau menyelinap ke setiap rongga pernafasan kadir. Volume tv dimutekan kadir.

“bau apekah?? syaitankah datang mengganggu?? Pergi kau!! Pergii!!  jangan kau ganggu anak isteri aku! ‘auzubulillah…Allahumma rabbahaazihid..” jerkah kadir tiba-tiba.

Kadir memang suka tengok cite hantu malaysia. bile bau busuk sikit je die akan ingat tu bau saitan.

“abang.. rilekslahhh.. tenang bang tenang.. ihik ihik. saya terlepas angin la banggg..ihik” ujar samsiah menggelitik-gelitik sambil usap peha suaminya itu.

Terus terhenti bacaan doa lepas azan yang kadir terbaca tadi. kadir tension. malu bercampur bengang.

“gile ape awak ni! tahyul gile bau kentut awak!! Perghhh!! Rosak paru-paru saye awak tau! Berlumut serta merta paru-paru ni dek bau kentut awak tu..” jerkah kadir spontan berlandaskan amarahnya.

Kadir sebenarnye lebih kepada nak cover malu. Tu dimarahnya samsiah yang tak sengaja kentut bau mentega expired tu. Kesian samsiah.

“sampai ati abang cakap camtu.. ni first time saye terkentut depan abang.. camtu sekali hina saye kena maki.. uhuu..” tangis samsiah berderu-deru. Tu la first time die kena marah dengan kadir.

Kadir teruskan ego dengan mengerutkan dahi tanda bengang, dan samsiah lari masuk bilik nangis macam ape lagi.

Samsiah gile tak sangka, sekelip mata rumahtangga impian dia bagai berkecai. Menangis sepanjang malam dia. Dikunci pintu bilik setiap malam selama 7 hari turut-turut.

Sangap kadir. Kesian pulak kat kadir.

Samsiah rase macam da tak dapat terima kadir lagi dalam hidup dia, kadir pulak pikir camne die nak cari sorang lagi ni.

Dua dua macam dah tak dapat terima antara satu sama lain padahal bende kecik je pun.

pokok masalahnya, samsiah tak dapat terima yang kadir baran, kadir pulak tak dapat terima samsiah yang dia ingat kentut bau tak busuk sangat, rupanya bau lebih hebat dari dia punye.

Lepas dinasihati oleh pakar motivasi rumahtangga, encik hermit si ketam comel, barulah mereka berbaik-baik semula. tu pun setelah sebulan peristiwa penahanan syahwat dan muke ketat antara mereka berdua berlaku.

kau nampak tak ape silap mereka?

mereka expect yang indah-indah sahaja dari pasangan masing-masing. terlupe yang masing-masing ade kelemahan.

pun contoh pada kes kadir samsiah sangat macam bodoh, nasihat aku, jangan kau melebih-lebih dalam perasaan.

dan persiapkan diri kau menerima kelemahan pasangan kau.

semoga bergunalah kan!

notatahilalat : maaf, aku masih dalam mood menggunakan kentut sebagai contoh kerana otak aku masih berfikir tentang hebatnya bau & memori. hoho.

2 Responses to “TKL7 : ramlahram & selamat”

  1. hahahahahahahahahahah!!!!!!

  2. ~ alangkah btuahnyer mereka2 yg dpat mrasai pnglaman brcnta lpas kwin…xsmua org leh rse tue..urmm..nk jugak…=))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: