Archive for the hati lalala kata Category

nuurul qalbi

Posted in hati lalala kata with tags on March 7, 2011 by sinyu lalala

diam bukan kerna sibuk duniawi, tapi diam mencari nuurul qalbi.. cahaya hati, cahaya Ilahi ~

 

Advertisements

tawakkaltu ‘alallah

Posted in hati lalala kata with tags on March 4, 2011 by sinyu lalala

jika Allah kata ada, maka tiada apa yang mampu meniadakannya.. dan jika Allah kata tiada, maka tiada apa yang mampu mengadakannya..

(3:160)

bismillahittawakkaltu ‘alallah

agak-agak a encik google weh

Posted in hati lalala kata with tags on January 23, 2011 by sinyu lalala

aritu aku saje bermain-main dengan encik google. aku saje menggoogle nama mereka yang penting dalam hidup aku. saje nak tengok sejauh mane femes mereka itu. kire bile type di google, belum habis type da keluar suggestion name sekian sekian kan..

dan bile dah rase puas hati dengan name mereka yang lain, aku cube name aku sendiri pulak. keputusannya..

haha. dem la google. macam aram.. yang paling menghiburkan “hermy the hermit crab” tu lah! dahla sedap disebut. catchy sungguh bunyinye.. haaa~

hermit crab kot.. jauh gile pergi dengan aku. takde kaitan sungguh. dahla sebelum tu aku ade dipanggil dengan name mr.crab by someone. memang jadik bahan ah ni. berape banyak watak katunla nak disamakan dengan aku.. sinyu(lalala)la, shinchanla, mr.crabla.. dan la ni, hermy the hermit crab.. huuuuuu~ piskemen sungguh!

tapi hermit crab sangat cumel kau tau! macam aku jugak. cumel dengan janggut 2 helai tanda matang.

notatahilalat : ini update entri akibat aku kehilangan steroid jiwa. semoga aku bersemangat kembali untuk terus habiskan sisa sisa hidup di sini. ohh ~

melodi hati 2010, 2011 ~

Posted in hati lalala kata with tags on January 1, 2011 by sinyu lalala

melodi hati 2010

the long december rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life, you’re my sweetest nightingale
but i can’t hear it here no more.. and I go ~

melodi hati 2011

tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya…

sang syurga

Posted in hati lalala kata with tags on December 30, 2010 by sinyu lalala

akibat bermain drum application kat iphone..

ibu ibu
engkau satu
menjadi permata
dalam hidupku 

ibu ibu
kau mentariku
menjadi sang syurga
dalam duniaku

ibu ibu
ampuni aku
yang penuh ngan dosa
pada dirimu

<sang syurga>

bila nyanyi kat mak, mak suka.. suke tengok mak happy=) abaikan suara yang bagai resaksa gongron itu..

hari memorial

Posted in hati lalala kata with tags on December 26, 2010 by sinyu lalala

26 disember 2002

12:32 am

saat memorial

hari ini punya

8 tahun lalu

shiawasedatta

mata kuru kana

shiawaseni naru hi

………

sahabat terindah

Posted in hati lalala kata with tags on July 16, 2010 by sinyu lalala

entri ini adalah untuk sahabat terindah sepanjang hayatku.. sebagai tanda pernghargaan dan terima kasih dari diriku..

segalanya bermula dengan indah.. berterusan dengan indah.. dan berakhir dengan indah.. sungguh, kamulah insan yang banyak berjasa dan banyak sekali membantu diriku.. di waktu susah senang daku, suka duka aku, pahit getir, jatuh bangun daku selama 7 tahun ini..terlalu banyak jasamu yang hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikanmu itu..

terima kasih atas kasih sayang, atas tawa tangis, atas gurau rajuk dan keindahan yang telah dikongsikan.. 7 tahun yang penuh dengan kehidupan.. ketahuilah, diriku sangat menghargai kamu sahabatku.. daku berharap persahabatan kita akan kekal dunia akhirat..

andai selepas ini kita tidak diizinkan berhubungan lagi.. andai terus dan terus sehingga nafas terakhirku.. terlebih dahulu daku ingin meminta halal atas segala apa yang telah kita kongsikan.. ku pohon maaf atas segala salah silap selama kita mengenali.. maafkan diriku kerana tidak mampu memberikan yang terbaik untuk dirimu.. dan daku sangat ingin dirimu tahu, dikaulah sahabat terindah bagi diri ini..

dan dengan ini, diriku ingin mengucapkan Tahniah kepada kamu sahabatku.. Sahabatku, jadilah seorang isteri yang solehah..isteri yang patuh kepada segala suruhan suamimu selagi menuruti syariat, patuh kepada Allah dan Rasul, jadilah dikau seorang ibu mithali.. ibu yang penyayang dan memahami.. kudoakan dikau menjadi yang terbaik untuk keluargamu..

penghargaan ini tidak lain..hanyalah kepada kamu sahabatku yang baru sahaja selamat menyelami kehidupan berumahtangga bermula hari ini.. dengan ucapan selamat berbahagia ke akhir nanti.. teristimewa untukmu…

Selamat Pengantin Baru

Nurhuda binti Nadzri

Semoga Allah memberkati perkahwinanmu sahabatku =)

tamat.