posing si perangsang mazi

Posted in otak lalala kata with tags on January 31, 2011 by sinyu lalala

oh, entri minggu ni dimulakan dengan entri emo. kau pun perlu emo macam aku time bace ni..

tajuk pun dah cukup menjengkelkan. apetah lagi isi ape yang aku nak cakap..

kau pun tentu perasan fenomena yang aku nak cakap ni..

iaitulah fenomena foto-outing ke, fotoshoot ke, ape-ape jelah jugak name yang kau nak bagi.. keluar ramai-ramai untuk ambil gambar dengan semua orang sandang dslr budget dia fotografer handalan..

firstly, ianya berlaku sebab fenomena penyepahan dslr di kalangan orang malaysia.. lagi-lagi di kalangan budak baru nak up.. pasal penyepahan dslr ni aku penah tulis kat sini [sentiasa menjadi diri kau]

tidak semua sesi foto-outing atau fotoshoot itu jengkel.. tapi ianya sungguh jengkel bila ade gadis yang secara sukarela posing liok lentok menjadi peransang mazi batang-batang gersang..

maaf bahasa kasar.. tapi ini hakikat. bukanlah fenomena baru sebenarnya, tapi fenomena ini mengalami penularan dan menjadi satu kebiasaaan dalam masyarakat.. sangat keji

utamanya, jangan kau yang bace salah sangka.. aku tidak benci mereka yang gemarkan fotografi.. malah, aku sangat suka melihat hasil fotografi.. pada aku, gambar punyai satu elemen penyampaian yang gile lengkap.. lebih berkesan daripada hasil penulisan..

maksud aku, contohnya entri ini ditulis sehingga beribu patah perkataan untuk memahamkan kau yang bace.. tapi melalui fotografi, kalau ianya diolah dengan baik oleh fotografer, sekeping gambar dah cukup untuk memahamkan kau orang..

baik, balik kepada tajuk.. fenomena fotoshoot si perangsang mazi! ohh melayu..

dahla kau melayu.. islam pulak lagi.. kenapelah kau bajet hot sangat.. menyampah bai aku usha, walaupun kau memang hot.. tengok kau liuk lentok tayang buah dada posing depan belasan fotografer.. dalam hutanla, tepi air terjun la.. dalam tandas la.. atas katil la.. dem !

kau tu islam.. kau tu melayu.. kau tu gadis.. punah gile kot. adoii.. seriusnya, aku tidak baik.. aku pendosa.. gile banyak dosa aku.. tapi tetap aku benci gile dengan fenomena ni.. bukan aku bajet baik

murah gile kot gadis kalau camni.. kau posing tayang ketiak bagai, dengan belasan fotografer cover stim duk shoot gambar kau dari segenap sudut.. geli gile kot

kau yang lelaki pun satu, bajet kool je dapat photoshoot gadis kan.. kamonla, banyak lagi cara kau boleh tunjukkan skil fotografi kau..

kadang-kadang muke gadis bukanlah hot pun.. muke takat penjual putu piring je.. tapi sebab bajet hot, diminta pulak menjadi subjek dalam gambar oleh abang-abang gersang.. kau konon bangga dengan gelaran model/talent segala bagai.. pegi mampuslah !

gambar keindahan alam semulajadi yang patut bila kau tengok kau ucap Subhanallah..

berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah itu tadi, tapi dengan kehadiran gadis posing tayang tali coli, ucapan Subhanallah menjadi Astaghfirullah..

kau nampak tak kenapa aku benci fenomena ni ?

tunjuk skill fotografi kau macam ustaz azhar.. baru dengan sekali tengok hasil fotografi kau, yang melihat terus akan teringat kehebatan Sang Pencipta.. <http://www.digitalmukmin.com/>

maaf lagi sekali atas emo yang tibe-tibe dan bahasa yang sukar diterima segelintir kau barangkali.

Advertisements

TKL4 : rumahtangga dalam hati

Posted in tips kawen lalala with tags on January 26, 2011 by sinyu lalala

Kali ni akan cakap sikit pasal camne nak bentuk rumahtangga yang ideal dengan diri kau. Ianya bermula dengan langkah pertama iaitulah,

kau kena mula bayangkan dan set dari awal lagi camne keadaan keluarga yang kau ingin bentuk satu hari nanti.. dari awal-awal, sebelum kau ada calon untuk dijadikan pasangan hidup lagi..

dengan ini, baru kau akan letak satu standard untuk pilih pasangan hidup.. tak salah memilih, cume jangan over je letak standard tinggi melangit…

contoh

kau letak gambaran keluarga impian kau..

1.  keluarga amal agama

solat jemaah sama2, pastu bertazkirah & tegur menegur bersama, pastu same-same saling kejut bangun tahajud dll.

2.  keluarga manja

saling geletek menggeletek, saling buat lawak bodoh dan ketawa, saling jalan berpegangan tangan sampai ke tua dll.

itu contoh je.

so, bile kau dah ade matlamat sebegini, kau akan mudah membuat standard untuk mencari calon hidup kau. kesinambungan daripada contoh tadi..

1.  keluarga amal agama

dengan matlamat ini, tentu kau akan cari mereka yang berfikrah. yang kau rase, die dapat memberi kebaikan kepada kau, dan kau juga berusaha memberi kebaikan kepadanya dalam hal agama juga dunia..

lebih lagi bile fikir tentang anak. kau mesti nak ayah/ibu kepada anak-anak kau adelah seorang yang berfikrah bukan? takkan kau nak pilih gadis gambar facebook spesis posing meransang mazi, lelaki pulak style amik gambar nampak aurat pun takde hal.. kan dah lari dari matlamat kan..

2.  keluarga manja

jadi, daripada beberapa orang calon berfikrah yang kau berkenan, tentunya sekali ade yang bile kau tengok muke die je, kau rase tenang dan boleh senyum.. dan ade jugak yang bile kau tengok muke die, kau jadik hormat yang lebih kepada cuak..

memilih calon dalam Islam pun Nabi suruh tengok dulu muka bakal kan sebelum apa-apa.. & boleh jugak kau merisik tentang perangai sebenar dia.. maybe tanye kawan atau family dia..

so, melalui perangai dan rupe yang kau rase berkenan & kau yakin mampu tackle hati die untuk main geletek2 lepas kawen, kau bolehlah buat pilihan kan ! takkan muke bagai rosnah mat aris pun kau plan nak main geletek2 gak kot.. errrr… (bukan aku kutuk, tapi realiti manusia ade yang muke manja, dan ade jugak muke jenis bekeng kan)

bukan tak boleh bentuk rumahtangga yang ideal selepas kahwin. maksud aku, pilih je mane2 calon, dan bentuklah lepas-lepas tu. boleh, tapi sukar dan memakan masa. Kalau iman kau gah bagai iman para sahabat takpe. Iman dengan kulit bawang, kulit bawang tebal lagi, nak cerita pasal usul fiqh segala bagai lepas kawen?mimpila..

Mungkin ade mereka yang jenis tak amik port, tak kisah langsung pasal bagaimana bentuk rumahtangga dia satu hari nanti. Cuma go with the flow. Tiada masalah. Cuma kau mungkin saje terlepas sesuatu yang kau inginkan dalam hidup.

Bagi kau yang ade impian sebegini, aku rase, lebih elok kau ceritakan kepada bakal pasangan hidup kau. Sekurang-kurangnya, bila dah cakap, manusia akan rase lebih nak buat, atau nanti rasa malu kalau tak buat. Hakikat sifat manusia.

Dan bile dah cakap, pasangan kau pun tidak boleh tidak, kenalah mengerti akan hal ni. Kalau dua-dua punye matlamat yang sama, senang cerita kan! Kalau tak, cari titik persamaan, atau pilih jalan yang lebih baik.

Walaupun kau belum berumahtangga, pastikan rumahtangga impian telah wujud dalam hati kau.

notatahilalat : macam encik hermit, rumahtangga impian dah terbina sejak 8 tahun lepas lagi. What a ‘berpandangan jauh’ person he is! heh

agak-agak a encik google weh

Posted in hati lalala kata with tags on January 23, 2011 by sinyu lalala

aritu aku saje bermain-main dengan encik google. aku saje menggoogle nama mereka yang penting dalam hidup aku. saje nak tengok sejauh mane femes mereka itu. kire bile type di google, belum habis type da keluar suggestion name sekian sekian kan..

dan bile dah rase puas hati dengan name mereka yang lain, aku cube name aku sendiri pulak. keputusannya..

haha. dem la google. macam aram.. yang paling menghiburkan “hermy the hermit crab” tu lah! dahla sedap disebut. catchy sungguh bunyinye.. haaa~

hermit crab kot.. jauh gile pergi dengan aku. takde kaitan sungguh. dahla sebelum tu aku ade dipanggil dengan name mr.crab by someone. memang jadik bahan ah ni. berape banyak watak katunla nak disamakan dengan aku.. sinyu(lalala)la, shinchanla, mr.crabla.. dan la ni, hermy the hermit crab.. huuuuuu~ piskemen sungguh!

tapi hermit crab sangat cumel kau tau! macam aku jugak. cumel dengan janggut 2 helai tanda matang.

notatahilalat : ini update entri akibat aku kehilangan steroid jiwa. semoga aku bersemangat kembali untuk terus habiskan sisa sisa hidup di sini. ohh ~

TKL3 : kucing pelat R

Posted in tips kawen lalala with tags on January 22, 2011 by sinyu lalala

situasi 1

kadir balik dari keje. takdelah penat mane, tapi penat macam biase jela, balik keje kan. cuaca panas mesia menyebabkan kadir berpeluh jantan sedikit. kadir ketuk pintu..

kTang kTang! kadir ketuk pintu gune kuku jari telunjuk.

“assalamualaikum… sayanggg.. oo sayang.. abg balik ni.. “

“waalaikumussalam.. abang dah balik. ya Allah.. ni ape ni bau macam biawak koma ni bang? euwww..” kata samsiah sambil sebelah tangan tutup hidung, sebelah lagi cube menunjuk ketiak kadir yang basah.

“mengarut ape! makan da siap belum? abang lapar. siapkan makan pi!” kata kadir tak layan samsiah punye gurau.

samsiah tension. “cencurut punye suami. aku nak gurau pun tak leh..” kata hati samsiah.

situasi 2

kadir balik dari keje. takdelah penat mane, tapi penat macam biase jela, balik keje kan. cuaca panas mesia menyebabkan kadir berpeluh jantan sedikit. kadir ketuk pintu..

kTang kTang! kadir ketuk pintu gune kuku jari telunjuk.

“assalamualaikum… sayanggg.. oo sayang.. abg balik ni.. “

“waalaikumussalam.. abang dah balik. ya Allah.. ni ape ni bau macam biawak koma ni bang? euwww..” kata samsiah sambil sebelah tangan tutup hidung, sebelah lagi cube menunjuk ketiak kadir yang basah

kadir tiba-tiba menjatuhkan badan dalam situasi merangkak. diam. tak kata apa-apa. kepala tunduk ke bawah.

samsiah mule risau. samsiah agak yang gurauan die macam siot. panik ah die ape lagi. cemas gile samsiah.

“bang, bang.. nape ni bang??” sambil samsiah goyang2 kan badan kadir. kadir beku.

dalam tunduk, kadir berkata..

“biawak koma da sedar balikk!! woaaaarrrrhahaha!!! makan budakkk!!!” jerkah kadir sambil kejar samsiah dengan gaye biawak.

samsiah pun lari kedek2 hahaha ketawa takut ditangkap dan digomol kadir.

tamat

sense of humor

nampak tak? betapa sense of humor penting dalam rumahtangga. walaupun muke kau bekeng style warden mrsm, walaupun kau seorang pengarah syarikat, walaupun kau seorang pengutip 30sen di luar tandas bus stand, sila wujudkan sense of humor dalam hidup kau.

aku cume ingin memberitahu, kepada kau yang bergelar suami mahupun isteri, berguraulah. kau sendiri dapat agak ape kesan die kan. contoh macam situasi 1, mungkin sekali kadir makan malam sorang diri, samsiah tengok tv malas nak layan si suami. kalau situasi 2 pulak, sudah tentu kadir akan kenyang lebih dari sekadar kenyang di perut malam itu.

pesan aku, berjenakalah dengan suami/isteri kau. pun jenaka kau style tak masuk akal, kalau dah bertaun bersama, pasti lambat laun dia akan dapat terima cara kau itu.

situasi 3

“sayang, sayang reti buat bunyik kucing marah?” kata kadir spontan time tengah foreplay kunyah kuaci dengan samsiah depan tv.

“tau tau! nak dengar sayang try?” balas samsiah pantas sambil sisa kuaci tersembur dari mulutnya.

“mmmgghhhiooowwww…” sungguh-sungguh samsiah buat bunyik kucing marah sambil mukenye dikemutkan simbolik kucing marah, tangan posing style nak cakar. memang huduh zahirnya.

“mendelah sayang ni. tak reti cakap jela tak reti. mane ade kucing pelat R.. huhh!” balas kadir sambil buat muke tak layan sebab ape yang dibuat samsiah tak menepati citarasenya. memang sungguh samsiah pelat R.

“mentibang punye suami.. dah untung aku layan lawak bunguk kau..” getus hati samsiah bengang.

situasi 4

“sayang, sayang reti buat bunyik kucing marah?” kata kadir spontan time tengah foreplay kunyah kuaci dengan samsiah depan tv.

“tau tau! nak dengar sayang try?” balas samsiah pantas sambil sisa kuaci tersembur dari mulutnya.

“mmmgghhhiooowwww…” sungguh-sungguh samsiah buat bunyik kucing marah sambil mukenye dikemutkan simbolik kucing marah, tangan posing style nak cakar. memang huduh zahirnya.

“coomellll!!! sayang abang comellll! haha. kucing abang yang pelat R ni cumel laaa..” kata kadir sambil merangkul samsiah.

samsiah ketawa sambil dalam hati rase bahagia dipuji comel. terus dicakar-cakar suaminya itu dengan cakar harimau, bukan kucing lagi.

tamat.

contoh yang agak bangang. bukan agak, tapi memang.

selalu memuji

ye, selain sense of humor, kau jugak perlu sifat suke memuji. lagi-lagi kepada insan yang sentiasa bersama dengan kau. tak kisahlah ape yang dia buat, selagi ade point untuk kau puji, pujilah!

bangun tidur, kau cium suami/isteri kau dan puji bau die wangi.. pun bau belacan ngan bau serbuk kunyit berkesinambungan..

isteri kau masak sedap, puji lebih2 sikit.. tak sedap pun kau kate je sedap.. tapi, lebih sedap kalau buat camni camtu kau nasihat elok-elok.. indah bukan?

suami kau pandai cuci tandas, kau kipas kuat sikit.. sampai bakteria e-coli pakat taknak duduk kat najis lagi lah kire punye bersih ngan wangi tandas kau tu..

isteri kau pandai iron baju, puji kaw piaw sikit.. cakap boleh luke sape kena baju yang die gosok tu.. punyelah tajam..

ape jua, isteri/suami kau terer ape sekalipun, biasekan memuji. hatta isteri kau buat bunyik kucing pelat R sekalipun, puji je comel.

sebab dalam rumahtangga, pujian mampu mendatangkan bunga dalam hati. bila bunga ade dalam hati, kebahagiaan, keserasian, keindahan akan wujud insyaAllah.

so, kali ni kau telah belajar 2 benda penting, iaitulah perlunya sense of humor, dan selalu memuji. amal2kan dan selamat merenunginyepun!

TKL2 : tak sabar digeletek

Posted in tips kawen lalala with tags on January 11, 2011 by sinyu lalala

baik, tips rumah tangga kali ni.. pasal ape yang kau kena mulekan terus bila kawen. maksud aku, start gadis kau itu halal untuk kau pegang di mana-mana je, sebolehnya kau mulakan hal-hal ni dalam kehidupan kau. semoga kehidupan kau lebih terisi dengan kasih sayang dan manfaat. bukan hanya tahu bergomol. hoho.

sesi tazkirah

bunyik macam formal. tapi jangan jadik skema dol, habis sembahyang ngan bini, tibe2 kau berdiri kat depan saf, sambil tangan ketar-ketar baca fadhail amal. bini kau pun bingung, samada dia ingat kau kena sawan, habis elok pun dia pikir kau tengah mamai.

bendanya mudah je. dalam sehari, pastikan kau spend satu mase bersama isteri kau untuk sesi tazkirah. tak kisahlah kau nak peruntukkan masa lepas solat ke, sebelum tidur ke, lepas jimak ke.. ikut suka kau. tapi biar waktu2 yang molek a boh! waktu di mana kau punya masa untuk tak pikir pasal keje yang gile tensi, pasal kereta punye sport rim nak tuka kaler ape, pasal gadis kilang yang kau aim agak2 buleh jadik no 2..

bagi kau yang solat jemaah kat masjid surau, tahniah aku ucapkan.. bagi kau yang solat jemaah ngan bini kat rumah, sila tanam azam untuk kau join jemaah kat musolla nu ha.. ape2 pun, berbalik kepada tajuk, biasenyelah, eloknya kita spend masa untuk bercakap-cakap dengan isteri kita samada lepas solat atau sebelum tido.. tak perlu panjang bagai kau nak terang segala hukum hakam dari cara sebut bismillah sampai cara bayar dam haji dalam satu malam.. cukup dengan 15 minit lebih kurang sekali jalan.. yang penting istiqamah setiap hari..

bagi kau yang hafal beratus ke beribu hadith, faham tafsir qur’an, bolehlah kau selamba je kan kongsi ilmu.. tapi bagi orang cetek ilmu macam aku, banyak sumber2 bahan bacaan yang boleh dibaca untuk tazkirah tu kan. yang paling mudah..

1. Fadhail amal (Fadhilat amal).. Shaikh Maulana Muhammad Zakariya ra. dah karang siap dengan penerangan lagi. ade kisah para sahabat, fadhilat Qur’an, fadhilat solat, fadhilat zikir, fadhilat ramadhan, fadhilat tabligh. kau cume tinggal bace je. dan kalau kau ade kesempatan, elaborate sekadar yang mampu pun dah cukup.

selain tu, bagi kau yang carik bahan bacaan lain, ape kate kau ulangkaji ilmu fardhu ain dengan bini kau..

2. Indahnya Hidup Bersyariat.. Al-fadhil Dato’ Ismail Kamus dah buat buku sikit punye cantik tentang ilmu fardhu ain. kau boleh ulangkaji balik daripada cara-cara tayamum, sampaila ke cara urus jenazah, dan yang paling penting, bacaan doa sebelum jimak! hoho.

katelah kau still carik sumber lain untuk dibaca, apekata kau bace kitab untuk perbetul cara solat kau..

3. Formula Solat Sempurna.. Ustaz Zaharuddin tulis dengan begitu terperinci dan best untuk dibaca. kau boleh tahu dalil-dalil bacaan dalam solat, cara solat Nabi s.a.w., pendapat-pendapat imam mazhab lain.. memang best gilelah! kalau kau dapat baca dengan isteri kau lagi best! sama-sama perbaiki diri kan.

dan bagi kau yang mampu dari segi ilmu, aku sarankan kitab berikut..

4. Kitab Riyadhus Salihin.. Imam Nawawi dah susun hadith2 Nabi s.a.w., juga petikan ayat-ayat Quran ikut bab. dari bab ikhlas, sabar, bab makan minum, bab pemerintah, bab rezeki, dan macam2 lagilah. setakat yang aku tau, terjemahan kitab Riyadhus Salihin ni ada 2 jilid. memang menarik! cuma, terkadang ada hadith yang dengan ilmu yang cetek, memang susah nak paham. yang penting, jangan kau pandai2 hurai ikut sukahati kau. yang mampu hurai kau hurai, yang tak mampu kau tanyelah mane2 ustaz.. selamat!

dan jika mahu mendalami dari basic, aku rasa, ini patut dulu diutamakan..

5. Hadith 40.. punyelah Imam Nawawi tau, umat Islam akhir zaman la ni punyalah susah nak belek hadith.. daripada ratus2 ribu hadith, Imam Nawawi ringkaskan sampai terjilidnya hadith 40 ni.. pun kite tak khatam lagi kan? huu ~ Astaghfirullah.. bagi kau yang malas nak google, ni aku bagi link download hadith 40.

dan mungkin jugak, di sebalik hari hari kau bertazkirah 15minit dengan isteri kau yang masih bergetah tu, kau boleh jugak selitkan dengan sesi Al-Quran.. kau boleh sama-sama baca Quran dengan bini kau.. sambil sama2 perbetul tajwid, dan lepastu boleh selak2 tafsir  dan tadabbur isinya.. indah bukan?

pada aku, untuk lebih mengindahkan suasana, tazkirah ni bolehlah baca gilir2 dengan bini kau, jangan asyik2 kau je. mentang2 kau ustaz. dan boleh jugak mintak isteri kau hurai serba sikit apa yang dia bace, dan kau bertanye soalan.. yang penting, kau jangan berlagak pura-pura tahu semua.. even kau tahu semua pun, buat2 tak tahu dulu agar bini kau rase die pun mampu menyampaikan! sama-sama perbaiki diri kan=)

habis sesi tazkirah, bolehlah kau sambung dengan sesi geletek menggeletek atau sesi yang lebih aggresif dari itu.

aku cume bagitau ape yang aku tau. banyak lagi kitab2 yang best untuk dibaca kat luar sane yang kau lebih tau. mane yang masing2 mampu lah kan. harap dengan usaha sikit ni, kasih sayang kau dan isteri makin lama makin mekar, dan isteri kau tentunya makin tak sabar nak tunggu sesi tazkirah setiap ari.. (pasal tak sabar nak kena geletek lepas tu)..

aku bukan anti sosial

Posted in otak lalala kata with tags on January 3, 2011 by sinyu lalala

aku bukan anti sosial

ye, aku bukan anti sosial. malah kalau kau yang kenal aku, tahu aku bagaimana. tapi dalam hidup aku sentiasa cuba mencari satu titik perubahan.. untuk menjadi lebih baik dari semalam, semalamnya, dan semalam malam malamnya. aku akui, aku punya dosa yang banyak. kepada Maha Penerima Taubat jugalah aku memohon ampun atas segala kemungkaran yang aku lakukan.

dan aku juga sedar. aku bukanlah hot nak update status terkini perasaan aku kat facebook, twitter dan segala bagai.  bodoh sangat tu. aku ade akaun facebook pun sebab aku rase senang nanti aku nak jemput kawan2 time aku kawen, dan kau jugak senang nak jemput aku. walaupun macam tak ikhlas sangat je jemput gune facebook. haha. hakikat orang yang malas kan.

kenape aku tak suka aktif facebook?

aku tak suka facebook bukan kerna facebook itu. tapi aku takut tersalah gune, hasil dari penilitian aku kat cara kau memanipulasi facebook. maafkan aku, tapi aku rasa rata-rata manusia sangat bodoh menggunakan facebook. pun ade segelintir yang pandai. yang pandai maksud aku, yang mencari saham syurga menggunakan facebook. dan yang bodoh majoritinya,  dalam sedar mahupun dalam tak sedar, kau mengumpul saham neraka kau melalui facebook.

pada aku, selain kau yang berposing tunjuk buah dada sape lagi besar di facebook, orang yang tidak ketinggalan bodohnya jugak ialah orang yang menunjukkan perasaan yang tak sepatutnya kat status facebook kau. benda yang sepatutnya tak perlu heboh, kau hebohkan seantero facebook bagi friends kau yang beratus2 itu bace.

bahayanya status facebook kau adalah bila orang yang paham ape yang kau maksudkan akan memberi pelbagai reaksi, dan orang yang tak paham akan membuat pelbagai spekulasi. lagi-lagi bila status yang melibatkan perasaan terkini kau. kadang2 benda kecil yang boleh settle hanya dengan meminta maaf melalui satu panggilan mahupun mesej, kau besar2kan di facebook dengan harapan memuaskan hati kau yang dirasuk saitan.

contoh

kecik punya hal. kau dapat kerja yang gaji tak seberapa kat bandar kl. oleh kerana mak ayah kau berjiwa kampung, sebab taknak kau rosak dan pelbagai lagi, mereka tak bagi. kau pun memberontak bengang apesal pulak tak boleh. tapi kau tak mampu nak bantah kunun taknak jadik anak derhaka, kau pun update status kebengangan kau tu.

tulis samar2 pulak tu,

“mempunyai mereka yang berfikiran begitu, ohh sukarnya hidup~..”

kau membuatkan orang yang bace status kau tertanya2. siape mereka? begitu yang camne? dan kawan2 kau yang tau cerita tu bajet cool dengan nak sabarkan kau. kawan2 kau yang tak tau cerita, bace komen2 bawah status kau dan mulalah tanggapan macam2..

“oooo.. mendelah parents die nih.. kolot gile kot pikir camtu..”

“kalau nak rosak, kat kampung pun boleh rosak..”

nah. padahal niat mak bapak kau punyalah suci. taknak kau terjebak dalam maksiat pengaruh metropolitan, risau keselamatan kau, cukup ke duit makan pakai kau nanti. oleh kerana status kau yang macam gampang tu, kau telah mengaibkan mak bapak kau tanpa kau sedar. taknak derhaka kunun. maruah mak bapak & keluarga harus dijaga tak kira ape kau paham tak bai?

ini contoh. pelbagai lagi benda lain. yang lebih dekat dengan kau. perihal yang membuat kau bengang daripada member serumah, member sekelas, adik beradik, suami isteri.. tolonglah jangan jadik bodoh dengan aibkan orang lain sekadar nak puaskan nafsu kau. macam kau bagus sangat!

nasihat aku, jangan update status time ko bengang atau marah. kau bukan lagi macam bodoh, tapi memang bodoh jadiknya dengan status kau tu. cuba update bile perlu, contohnya nak cakap thanx kawan2 wish birthday, nak gitau kau nak kawen, nak sebarkan ayat2 Allah. percaya cakap aku, dunia akan lebih aman jika kau tak heboh perasaan kau itu.

bacaan tambahan

facebook dan kilang dosa

jangan promosi dosa di facebook & blog

dosa-dosa & facebook

sekadar baca & terima ilmu tak guna kalau kau tak amalkan. dan satu peringatan, aku menulis tak lain, hanyalah sebagai nota untuk diri sendiri, dan bakal anak isteri aku nanti. chalo. wassalam.

TKL1 : jangan hanya tahu bergomol

Posted in tips kawen lalala with tags on January 2, 2011 by sinyu lalala

disebabkan ini musim orang kawen, entri aku jugak berkenaan orang kawen. tarikh 1.1.11 memang gile ramai a pilih buat tarikh kawen, pasni 11.1.11, pastu 1.11.11, pastu lagi 11.11.11. haaaaa… pilih2 kak long, kak ngah! haa.. jangan segan2.. meh pilih meh.. yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat!

tibe2 aku terpanggil nak tulis pasal tips rumah tangga. supaya kau yang dah kawen, tengah kawen, dah nak kawen, tidak hanya tahu bergomol je..

bila terlafaz akad kau terima nikahnya je, secara automatik dosa-dosa isteri kau serta merta jadi tanggungjawab kau. maksud aku, dosa-dosa yang jika kau tidak tegur, ianya menjadi saham neraka kau. malang sekali kalau kau baru lepas akad je, isteri kau yang bertudung ala siti nurhaliza mahupun ala-ala bini pemimpin tu, jambulnya ditonton oleh sekalian hadirin yang datang. kau pulak tak tegur. awal2 kawen dah tanggung dosa. ohhhh..

untuk mengelakkan kau hanya tahu bergomol dengan isteri kau je, aku sediakan beberapa perkara yang bila kawen je, kau kena buat, supaya kau tidak disabit panjang cerita di hari perhakiman nanti.

1. kau perlu check bacaan fatihah dia. sebab fatihah adelah rukun sembahyang, jadi bacaan perlu sempurna. tajwidnya dari segi makhraj huruf, hukum2 mad dan lain2, pastikan bertepatan. kalau fatihah fail, solat jadi fail, dan kau yang tak mengajar isteri kau pun, fail!

2. kau perlu check wuduknya. pastikan wuduknya sempurna. semua anggota wuduk disapu, dibasuh dengan lengkap. bukan apa, ade je manusia yang wuduknya, basuh lengan pun kantoi.. air tak cecah siku. so, check ni sekadar untuk kalau ade silap, ditegur dengan baik.. dan kalau kau yang wuduk tak betul, bolehlah suruh bini kau ketuk kepala kau dengan sepana idup.

3. check solatnya. pastikan solatnya juga dilakukan dengan cara yang terbaik. rukuk, iktidal, sujud dengan sempurna. sebab bukan apa, ade je manusia yang solat seperti yang nabi gambarkan bagai burung mematuk. so, kalaulah isteri kau sebahagian daripada mereka yang begitu, bolehlah kau tegur dan ajar cara yang betul kan. kalau kau dah ajar elok2, belakang kau dia masih sembahyang 2 minit siap, memang hampeh! tp da bukan salah kau kan..

4. check mandi wajibnya. time ni, kau check pastikan dia betul2 ratakan air ke semua lapisan kulit. tak perlu kau formal bangang pegi tengok je bini kau mandi sambil tanda checklist bahagian mane die dah cuci. kau pun mandila sekali dol dengan bini kau! sambil amik kesempatan meraba dan mengajar ape yang patut. kau nak malu ape? nabi pun mandi dengan isterinya Aisyah kan. pasal mandi wajib, kalau bini kau mandi tak cukup syarat, semua amal die burn camtu je kan. baik kau ajar die molek2.

5. ajar ilmu fardhu ain. ini perlu. sebab kau pun same bangang tak cukup ilmu fardhu ain, baik kau sama2 belajar. tak payah tanye bacaan sujud sajadah, tanye air musyammas ape pun kau dah blur. ilmu fardhu ain sememangnya kau ade dan telah belajar, tapi setakat mane kau memahami & amalkan jadi persoalan.

banyak lagi. tapi 5 ni dulu cukup la kot. pasal ilmu gomol menggomol, ustazah aku cakap, “tak payah belajar ilmu tu. tu malam pertama, masuk bilik ngan bini, piaapp tutup lampu, jalaannnn”.

dan sebelum terlupe, sebelum kau pasang niat nak buat ape yang kat atas tu, kau kenalah betulkan diri kau punye dulu. kau pun bace fatihah ta jadi to, ‘ain jadi alif, ha pedas jadi ha biase, baik kau lupekan dulu niat nak ajar bini kau tu. sume benda la, baik fatihah, solat, wuduk, mandi wajib, sume kau perlu perbetul diri dulu. kalau bini kau lagi terer, tak salah kau belajar dengan dia. dalam rumahtangga jangan letak ego kau tinggi2.

semoga bermanfaat untuk aku sebenarnya.. sebab aku belum kawen. hee. dan kalau bermanfaat untuk yang bace, baguslah. selamat mengamalikannye pun!